CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

untuk kamu :)

bismillah~


untuk kamu yang selalu mampu buat orang tersenyum dan gumbira.
semoga senyuman dan kegembiraan juga menemani hari-hari kamu.

untuk kamu yang mudah di rindui,
semoga rahmat ALLAH dan pintu rezekinya selalu terbuka buat kamu.

ini sangat istimewa ok?
di tulis khas untuk kamu
(percayalah ia istimewa, untuk kuasanya terhasil)

mahu tahu?
saya pun sedang mencari ubat kuat.

ubat untuk selalu kuat,
selalu mahu ingat janji dengan DIA,

selalu mahu segera dalam urusan-urusan yang melibatkan DIA,

selalu mahu untuk tidak terlalu bersedih dengan dunia, kekurangan, keterbatasan dan kelemahan ku,

kamu tahu? saya selalu berfikir,
jika syarat bahagia adalah memiliki segala apa yang kita mahu,
saya tidak bahagia. belum bahagia. dan tidak akan pernah bahagia.

kamu paham kan? apa maksud saya.

Syukur sebab ALLAH tidak meletakkn itu sebagai syarat tenang hidup di dunia.
sebaliknya ALLAH meletakkan syarat yang mudah.

ya. hanya dengan mengingatiNya. selalu. jiwa. akan. menjadi. tenang.

subhanALLAH!

tapi kamu, saya belum jumpa tonik kuat.

saya belum jumpa. kerana hakikatnya,

kekuatan itu, bukan cuma dengan sekali usaha, tapi istiqamah yang panjang dan melelahkan.
not a primrose path. really~

sebab itu bila kita di suruh berangkat mencari keredhaan ALLAH,

kita di benarkan berangkat samada dalam keadaan ringan dan berat.
contohnya,

bila kita rasa mauuu..kita kena solat,(ringan)
bila kita rasa nda mauuu punn.. kita kena solat,(berat)

saya tiada rumus seterong untuk kuat. kerana saya sendiri masih berkelana mencari kekuatan. betul.

tapi selain berdoa, berharap, berusaha dan terus meminta, apa lagi daya yang kita ada, sebagai hamba?
kaga' ada apa2nya kan~

kamu mahu tahu?
saya banyak belajar benda dari kamu.

belajar menghargai kawan, belajar cara hidup, belajar main pet society untuk tidak dengki, belajar untuk belajar.

ingat lagika? kamu pernah tanya saya..

"kalau kau jadi orang lain, kau mau ka kawan dengan diri kau yang ini?"

ingat ka? ingat ka? tym tu kita bercerita di bilik, tym tu saya sedih dan emo2. dan kamu ckap ini dengan saya.

bila kamu cakap begitu, rasa macam sedas peluru berpandu menghujani muka saya.haha..

memang bagus untuk refleksi diri. betul.

saya mula bertnya banyak benda dengan diri ini. terima kasih sayang kamu!

eh. di kesempatan ini jugak mau cakap..IMY :)

okeh. dats all, kalo ada lagi nanti.. saya tulis lagi untuk kamu ar.

khas untuk: siapa yang perasan post ini untuk dia :P

tuntun langkahku tuhan~

hei.diba!

bismillah~

malas mau cari gaduh dengan insan ini hari ini.
kerana nanti2.

saya jugak yang penat menanggung rindu. (ceh~)

so, selamat pergi dinda.
ingat pesan mak ayah.

jangan nakal2.
jangan cari pasal.

ayuhla berbuat baik sesama manusia.
kalau rasa hidup masih lama, silalah berbuat dosa.

tapi kalau rasa belum layak ke syurga.
buat lah apa yang patut dik.

mungkin kakak, bukan kakak yang terbaik.
asiiif~

tapi, asal kamu tahu saja ya.
u dont have any other biological kakak in the world! :P


menghantarmu.
dan kakak tinggal sendiri.

harus balik sendiri.
harus sedih sendiri.

berat rasa perpisahan ini.
mungkin kerana ini kali pertama.
ku hantarmu pergi.

mati nanti.
kita tidak tahu.
siapa yang akan menghantar siapa.

tapi dik.
ayuh hidup dengan penuh cinta!

semoga ALLAH memberkati sisa-sisa nyawa.
semoga berpisah tidak gelisah.
bertemu tidak jemu.

have I told u dik?

I Love U. [fullstop].

but still.. 60$ sebulan okeh :P :P :P

^________^

saya takut mati.

bismillahirrahmanirrahim~

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

semoga Allah mengampunkan, sebusuk manapun masa lalu ini.

semoga ALLAH selalu memberikan saya petunjuk dan peringatan untuk saya jalani hidup.

dan semoga, ALLAH tidak berhenti mengutuskan insan-insan yang banyak mengajar saya erti redha dan ketaatan.

semoga Allah menerima segala amalan baik, dan memberikan izzah dengan agama ini.

ya rahman, ya rahim, ya zaljalali wal ikraam..


kepada siapa lagi harus meminta, jika bukan dengan Engkau, raja segala raja...

dan saya takut mati.

takut mati untuk segala jenis kematian. apa-apa pun kematian memang sangat dahsyat.

matinya jiwa, matinya hati, matinya akal, matinya naluri, matinya keazaman, matinya usaha, matinya kematian...

sedang kematian jasadi itu, cuma satu kematian yang kecil. ya. kecil.

saya pernah membaca buku tulisan Mohammad Isa, "agar hati tak mati berkali-kali". dalam buku itu menyebut, kematian yang paling merugikan dalam hidup manusia, adalah kematian jiwa dan hati, kerana kematian sebeginilah yang menyebabkan kemerosotan nilai dalam kalangan masyarakat dan remaja.

kematian hatilah yang menyebabkan dunia makin kucar-kacir. kita perlu mengubati dan menghidupkan semula hati-hati kita, supaya kita kembali hidup dan bernyawa.

kerana jasad yang kematian hati itu, adalah bangkai busuk yang bernyawa, hidup sehari-hari tanpa tujuan yang pasti. hidup untuk mengisi hari esok. sedangkan dian nya makin lama makin malap.

jika kematian jasad, boleh di kesan dengan terhentinya denyut nadi, kematian hati, sulit untuk dikesan, melainkan jiwa-jiwa yang di didik dan peka terhadap cahaya. yang gusar dengan kegelapan, dan merasa resah jika keringnya air mata. ya ALLAH, beruntungnya hamba-hamba yang Engkau pilih menerima hidayahMu!

banyak benda yang di risaukan dalam hidup. risau tentang duit, risau tentang makan, risau tentant jodoh dan si dia, risau tentang keputusan peperiksaan, risau tentang rumah yang berada di hadapan bar, dan kerisauan ini menyebabkan hati lumpuh dalam mengejar akhirat, kerana cahaya dan kegelapan tidak boleh berada di tempat yang sama. jika terlalu leka dengan pelbagai kerisauan, sedar tidak sedar, arah kiblat hidup semakin beralih kepada kesementaraan dunia. ya. hurm? ini cuma pendapat saya, tidak ada sandaran nas mana-mana. maaf jika salah.

sedangkan, bila Allah mentakdirkan noktah untuk nafas ini adalah pada ketika dan saat ini, hari ini, dan waktu ini, nescaya segala kerisauan tadi tidak akan mempunyai nilai walau satu sen pun. tinggallah segala kerisauan itu, tidak ada satu pun yang akan menemani kita ke mahsyar nanti, melainkan 3

anak soleh yang mendoakan
amal jariah
dan ilmu yang di sampaikan


kita penat merancang untuk hidup, sedangkan hari-hari kita cuma membawa kita mendekati satu noktah. ya, kematian itu yang pasti.

ini, untuk saya memujuk hati, ketika jiwa ini selalu berkecamuk dengan pelbagai keresahan dan kebimbangan yang tidak putus-putus. jiwa kacau yang selalu mengganggu jiwa-jiwa remaja (ceh~). ya. dan dunia ini terlalu luas, sedangkan kita cuma punya satu nyawa.

kembali soal mati. saya takut mati. betul. kerana saya banyak dosa dengan ALLAH, banyak dosa dengan mama dan bapa, banyak dosa kepada keluarga, banyak dosa kepada kawan-kawan, banyak dosa kepada diri ini.

saya selalu memungkiri janji, pernah dengan lagu raihan? katanya..

"siang ku ingat, malam ku alpa
ku menangis di siang hari,
kemudian ketawa semula"

astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...

aku tahu tuhan, aku tidak layak masuk ke syurgaMu,
tapi tak upaya ku hadapi api nerakaMu..

tidak ada orang yang boleh menuliskan untuk kita dan menggambarkan bagaimana sebenarnya sakitnya mati kerana hakikatnya, tidak pernah lagi ada orang-orang yang bangkit selepas matinya dan bercerita kepada jiwa-jiwa yang masih hidup. bercerita tentang perjalanannya di alam barzakh agar jiwa jadi gerun dan kembali kepada fitrah, kematian itu sangat rahsia.

persis jodoh juga, kata kawan, jodoh ialah rahsia tuhan paling indah.
bagaimana dengan kematian? indah kah?

jangan tepuk dada!
ini bukan medan selera, ini hakikat dar. hakikat.

kemana lagi harus di arahkan sisa nyawa yang masih berbaki, dan keringat usia remaja ini, jika bukan kepada pelaburan akhirat, yang membawa keuntungan yang tidak boleh di hitung akal. tapi, harganya tidak murah, saat ramai anasir-anasir lain yang mengganggu di sepanjang jalan, jiwa perlu kuat untuk terus bertahan. demi tuhan. ya. demi tuhan.

begitulah hakikat cinta kan?

perlukah di khabar kan padamu segala sebab dan akibat kenapa segala masa harus kau korbankan dan usaha kau serahkan?

perlukah kau mengetahui segala rahsia dan aturan dan di bentangkan kepadamu satu persatu agar kau percaya dan menerima?

pentingkah untuk di hamparkan padamu segala kira-kira matematik dan akal untuk kau menghitung untung rugimu, berapa banyak yang telah kau beri dan berapa yang kau bakal peroleh?

haruskan semua itu. jika kau benar-benar CINTA?

ya. CINTA, bukan cuma cinta.

cintailah, tanpa sebab, kerana hakikat cinta begitu.

jika banyak sebab di letakkan dan di cagarkan, maka itu bukan cinta.itu..itu..hanya satu penipuan. hurm.

cinta tanpa syarat. tidak ada syarat pun, harus di letakkan, supaya hari ini kita bersolat dan berpuasa.

kerana ALLAH tidak pernah meletakkan begitu banyak syarat, untuk sepasang mata. sepasang telinga, dan seketul jantung. andai ALLAH meletakkan syarat, nescaya aku tidak akan mampu untuk apa-apa.


ya ALLAH, dengan segala kerendahan hati, aku memohon kepadaMu,

lidah yang tidak penat mengalun zikir,
kebaikan di dunia dan akhirat.

cukuplah bagiku, kemuliaan ALLAH,
tiada di hatiku, selain ALLAH
cahaya yang terpuji di selawatkan ALLAH
tiada tuhan selain ALLAH.



aku takut mati tuhan. kerana aku banyak berdosa.
ampunihlah ya ALLAH, sebusuk mana pun masa laluku.

mengharap dengan amat~

Wednesday, December 29, 2010

memahami bahasa-bahasa itu.



Bismillah.

terima kasih tuhan atas nikmat sakit dan buntu,
mengajarku untuk lebih menghayati sujudku.

terima kasih atas nikmat persahabatan.
mendidikku menjadi insan yang lebih menghargai.

betul.
manusia tidak akan mampu untuk memiliki segala apa yang di kehendakinya.
hanya ALLAH yang mampu.

dan manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang di milikinya.

kecuali dengan rasa redha.

jangan sombong, jangan jadi sepeti bangsa yahudi. sudah di tolong oleh ALLAH berkali-kali, masih juga lalai dan angkuh.

harap dunia ini, hanya di tangan.
bukan di hati, untuk di cintai.

kerana hati ini cuma mampu menanggung satu cinta.

salah langkah. salah pilih. ia mati.

tuntun langkahku tuhan.

percubaan.percubaan.

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad SAW, para sahabat, dan keluarga baginda.


Alhamdulillah..Malaysia menang dengan agregat 4-2 malam ini, menentang Indonesia. satu perlawanan yang sangat mendebarkan semestinya. Tahniah pasukan bola sepak negara!

teringat sewaktu menemani mama membuat laporan di balai polis, saya menunggu di ruang utama balai polis sambil menonton siaran langsung sukan olimpik. acara tea kwon do final waktu itu, antara Iran dan Australia. Iran menang.bukan kemenangan itu yang ingin saya ceritakan, tapi peserta yang terus sujud syukur di gelanggang tea kwon do. beliau membentangkan bendera negaranya yang tertulis nama Allah dan terus sujud di atasnya.

dan malam ini, saya melihat, kalau2 ada seorang atau dua, dari pasukan harimau malaya, melakukan perkara sedemikian, sujud syukur dengan kemenangan, yang ALLAH beri. mungkin ada, cuma tidak cukup menarik untuk di rakamkan dengan lensa kamera.ya. mungkin ada.


sujud itu luar biasa fungsinya. luar biasa praktiknya.

saya pernah melihat sebuah gambar dari blog seorang kawan tentang ritual 3 agama samawi yang saling berkait, (yahudi, nasrani, islam). dalam gambar itu, orang yahudi menyembah tuhannya secara berdiri, manakala yang nasrani melakukan ritualnya dengan berlutut. yang muslim? pasti sudah tahu, di bawah sekali, melakukan ritualnya, dengan bersujud menyembah bumi.

meletakkan kepala sama parasnya dengan kaki, penuh kerendahan, penuh penyerahan. dan di saat inilah, seorang hamba itu, paling dekat dengan tuhan.

tidak kisahlah apa yang mereka mahu katakan tentang ritual ini. teringat soalan kawan2 bukan bukan islam dahulu. "kenapa muslim ketika solat menyembah punggung orang di depannya?".. saya tahu itu bukan soalan, hanya provokasi. tapi tidak mengapa la saudara, bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku.

hari ini 29 december 2010. malam ini malam terakhir berada bersama deeba darul, kerana esok adik saya akan kembali pulang ke sekolah. emo dan sedih. taun depan jumpa lagi, insyaALLAH.

saya mahu katakan pada seseorang, sila jangan hancurkan kepercayaan saya, jaga diri baik-baik. ingat mak ayah, sedara sedari, cucu cicit. cuma kepercayaan yang boleh saya beri, sila jaga diri.

saya pinjam kata-kata seorang sahabat.

"jika doktor punya penawar untuk sakit hati, mungkin manusia akan kurang bercakap dengan tuhan"

betul. sekarang ini pun, tatkala dokter tidak punya ubat sakit hati, manusia masih alpa. apatah lagi jika ada ubat itu kan.. mungkin ada. ya, barbiturat~



salam rindu. salam sayang buat semua.

^__^

Tuesday, December 28, 2010

dunia ini terlalu luas, dan kita cuma ada satu nyawa.

from : nik abduh

agama di celah kehidupan

Disember 27, 2010 in Agama, hikmah, Islam, tazkirah | 2 comments

Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Segala jenis kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinasikan kematian, lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan kejap. Justeru manusia asyik berbalahan mengemudi kehidupan sendiri, apatah meladeni kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila – bila pun.

Kita datang daripada tiada. Daripada kosong, lalu menjadi ada dan hidup. Titik ilmu kita bermula di situ. Kemudian kita akan tiada dan mati, lalu titik ilmu berakhir di situ. Kita menjadi tanah setanah – tanahnya. Kita mati kutu di situ tanpa petunjuk satu pun untuk memperkenalkan kehidupan dan kematian kita yang tercetus sekitar 70 tahun perjalanan masa!

Jika ada manusia perkasa melayarkan enjin dan kuasa otak fikirnya buat meneropong apa yang sebelum air maninya atau apa yang selepas tanahnya, dia pasti akan keluar dan kembali dengan kebingungan, kebuntuan dan kalah. Atau, jika dia enggan mengalah lalu menghunus ego dan keras kepalanya lalu menjawab itu dan ini, maka dia tidak akan lebih selain menyumbang sangkaan, teka – teki dan keraguan yang menambahkan sesat dan pesong manusia seluruhnya.

Itulah kehidupan 70 tahun kita yang penuh rahsia yang disirat kejap. Bayangkan bagaimana jika disumbat otak ini untuk memikirkan berjenisan lagi kehidupan lain yang berbilionan banyaknya di alam semesta ini. Yang lahir hari ini dan sedia mati esok seperti episod hidup sesetengah serangga yang merayap halus di bumi atau yang telah lahir wujud dan hidup semenjak jutaan tahun dulu dan entah bila hujung hayatnya akan menyembah lantai kematian. Bayangkan betapa terbebannya akal ini untuk memikirkan.

Berfikirlah berat – berat. Atau, berfikirlah ringan – ringan. Ah, kebanyakan manusia memilih jalan yang kedua. Enggan menerima kesukaran dalam kehidupan. FirmanNya: “Dan Kami tunjukkan manusia dua jalan. Maka dia enggan mendaki yang sukar.” – al Balad: 10-11

Sekarang, anda lihatlah pada manusia dan kehidupan. Ada seribu satu tafsiran mengenai kehidupan dan manusia memilih sesuka hati dan sekehendak mereka jugalah jika mahu menukarkannya pada bila – bila masa sahaja. Masing – masing ada pegangan, cara dan matlamat untuk dikejar sepanjang hidup sebelum mati itu tiba – tiba datang menyentap tanpa tawar – menawar dan belas kasihan lagi. Hidup adalah realiti yang mesti dikecapi dan mati adalah bagai hantu!

Mari melihat permainan manusia mengejar kelazatan hidup atau mari melihat manusia membina syurga sendiri. Jika mahu hidup mewah, wang dan harta adalah sandaran dan bekalan. Jika tidak, anda dibebani hutang lalu menjadi buruan dan ketakutan. Jika mahu kuat dan tersohor, kuasa adalah sandaran dan tongkat. Jika tidak, anda akan rebah dan terhina sekali. Jika mahu kedudukan dan dihormati, sokongan dan anak buah adalah sandaran dan tiang. Jika tidak, anda akan ditendang dan dicemuh.

Harta itu sedikit. Kuasa itu terhad. Sokongan itu akan hilang. Jika manusia merebuti harta, kuasa, kedudukan dan sokongan, mereka akan saling bertembungan, lalu wujudlah persengketaan dan peperangan. Syurga yang diidam, neraka yang terhidang.

FirmanNya: “Adakah manusia akan memiliki apa saja yang diidamkannya? ( Tidak ) Maka milik Allahlah akhirat dan dunia ini.” – al Najm: 24-25

Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Ia terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Dunia ini, kita dimiliki lebih mudah difahami daripada kita memiliki. Kita diumbang – ambing oleh satu ketentuan yang begitu teguh dan pasti.

Inilah hasil dan akibat ‘berfikirlah ringan – ringan’. Inilah hasil keseronokan, bersenda gurau dan bermain – main di sekeping papan di tengah – tengah lautan luas dan ganas. Kehidupan ini selalu saja memuntahkan laharnya yang kejam untuk membunuh segala harapan.

Tetapi lahar kehidupan tidak kejam mutlak. Ia memang membakar tetapi rupanya ia turut membajai kehidupan di depan. Ia rahsia dan bagai umur yang memanjangkan kehidupan untuk dihuni kebenaran dan kekudusan.

Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi akan turut dikurniai ruang, buah – buah dan masa untuk kembali berfikir. Merenung jauh dan jauh ke dalam. ‘Berfikirlah berat – berat’. Ia satu desakan yang tidak boleh ditolak mentah – mentah lagi. Ia lahir bersama kehidupan yang penuh rahsia dan hijab ini.

Manusia layak berfikir berat – berat. Ia bukan haiwan binatang untuk berfikir mudah – mudah dan ringan – ringan. Manusia bukan binatang yang hidup untuk memakan dan dimakan! Manusia hidup untuk menyumbang kepada kehidupan.

Akhirnya, manusia mula berfikir dan bercakap mengenai hakikat kehidupan. Manusia mencuba – cuba memerhati kehidupan dan apa yang mengelilinginya. Mereka mula mengesani kewujudan yang gagal disentuh panca indera, tetapi dikesan oleh hati, akal dan rasa. Ia mengesan tanda dan menanda kesan. Kesan menjadi begitu bernilai untuk mengenal hakikat.

Nasi lebih dikenal pada kesan kenyangnya, bukan putih lembutnya. Lembu lebih dikenal pada tanda tapak kaki dan tahinya, bukan wajah dan susuknya. Manusia lebih dikenali pada kesan akhlak dan ilmunya, bukan pada rupa paras dan jasadnya. Kesan adalah isi. Isi adalah hakikat. Hakikat itulah jawaban yang pasti betul.

Di sini, manusia tiba – tiba menemui satu kewujudan yang sedia wujud bersama kehidupan. Ia dikendong kehidupan dan kehidupan menjadi cantik jika dihiasinya. Malangnya, ia biasa saja dikotori atau ditinggalkan dek kegalakan dan kealpaan manusia.

Kewujudan itu adalah ugama. Tahukah anda bila ugama mencipta sejarah kewujudannya? Ya, ia wujud semenjak manusia dikesan kewujudannya. Bila? Manusia dan ugama akan saling bergandingan menjawabnya untuk kita.

Ugama bukan lahir dari akal. Akal itu melahirkan pemikiran. Agama bukan pemikiran. Ia datang dari luar akal. Ia didatangkan untuk membantu akal ketika akal buntu dan terdampar. Ia datang bersama komponennya yang di luar hasilan akal. Ia datang bersama perutusan nabi dan kitab, wahyu dan mukjizat serta makrifat dan alam ghaib. Ia bersifat perutusan daripada satu kuasa yang agong yang menguasai kehidupan alam raya.

Itulah ugama. Saya akan menulis mengenai kehidupan ini dan ugama ini. Selepas harta, kuasa, pangkat, wanita, kedudukan, kesihatan dan sokongan yang menjadi idaman, bagaimanakah jika kita mula melihat ugama sebagai idaman yang lebih baik daripada semua itu? Agama adalah manisan kehidupan. Marilah mengenal kehidupan melalui jalan ugama.

( Artike ini untuk kolum akhbar Siasah )

eh. lagi?

bismillah~

"Munajatku padaMu tuhan,
ampuni dosaku masa silam,
sempurnakanlah kehidupanku,
murahkan rezeki dengan nikmatMu,
jadikanku, hamba bertakwa,
tiang iman, untuk agama"



rasa sedih. tiba2. dan saat ini, hati menjerit sekuat2 nya..

"Bila nak bagi makan?????"


T___T..

risau, 150 frederick st, my house next yr..is situated in front of a bar, with a small living room and, no internet, adeh.. terlalu banyak untuk di risaukan..

smoga semuanya baik2 saja..

insyaALLAH,insyaALLAH, insyaALLAH! =)

Allah kan ada.. mst ini smua yg terbaik bagi kmi, ada hikmah yang besar untuk di renungi..!

Monday, December 27, 2010

terlalu singkat~

mahu bercerita.

kota belud tidak banyak berubah. kuda batu masih berada di tempat yang sama. cuma, kereta semakin banyak dan jalan makin sesak.

one thing about coming back to Malaysia is the fact that you need to have cash to buy stuff. how to get those cash? of course, have to withdraw (well.. unless you dont have anything to withdraw). Let just put that aside. It was really hot yesterday, and the traffic was unbearable. there I was, with my ATM card struggling to reach the nearest ATM maschine to withdraw.

There are 4 ATM machines in KB, I made my way to the Public Bank ATM machine, and to my utter dissapointment, only one of the machines day can be used since the rest are out of service. Well, adding up to the frustration, there were such a long line waiting. Of course, all of us there share the same interest at that time, we wish to get some money from the littel card that we have, well..since there is no magic to perform that transaction, I need to do it manually. and the only device which can fulfill our needs was..the ATM machine, I looked at the women standing in front of me and smile. She gives me a bitter smile (a symbol of tiredness).

I was cheering in my heart...go makciiiik..we can do it!!!!! <----(apakah??=.=")

After waiting for what has been like years, I quit. I went out and rush toward the other ATM machine, the Agro Bank. On my way, I passed by the Gandy cake house..and I saw my favorite tiny chocolate ball!..but hey, I dont have cash. I was only able to look at it for a moment and walk away. (this is what my mom would say as "pathetic"..huhu)

amist all the struggle, I finally reach my destination, there was still a considerable long line, but that didnt matter. I can stand that.

Alhamdulillah. I manage to withdraw some cash. well, when I was waiting for my turn to withdraw, I kept on thinking, why do I have to encounter so much trouble for the sake of getting some money. I never face such difficulties in NZ. having to Q. having to run to the nearest ATM machine. having to accept the fact that sometimes, the machine will be out of service. that just because, we dont need cash in NZ that much. full stop.


come to think about the use of cash, it reminds me of the dinar talk that I heard before. Some of the concern of using cash or currency instead of the golden dinar is, it is illegal from the perspective of islamic muammalat.

hurm. I dont really understand why either. still collecting some infos about it.


My sister is going back to swak soon, all these times, my family sent me to the airport and I am the one who owez leave them behind.. but this time, I am sending my sister off and I will be the one who is left behind. so saaaad..T_____T



owh, there is no conclusion for this post, it is just something to share.. experience, nothing special, maybe the special one is not yet to come.


till then~
daaaaa....

Saturday, December 25, 2010

maaf

bismillah.

“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur” [Ibrahim 14: 5]



maafkan. kerana membisu.
dan cuba untuk menghilang.

kerana saya merasa tidak pantas.
untuk apa yang bakal dikatakan.

betul. Tuhan tidak pernah meletakkan syarat.
hanya hamba yang banyak kerenah.

semoga masih ada ruang dan kesempatan.
untuk saya.

kembali menghitung syukur.
dan merenung kembali perjalanan ini.

maafkan saya.
kerana tidak kuat.

maaf lagi. tolong doakan saya.
sebagai sahabat.

sayang semua.

Thursday, December 23, 2010

tentang seseorang: berubah.


dan siapa yang berhijah pada jalan Allah, (untuk membela dan mengakkan Islam)maka ia akan dapat di muka bumi ini, tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur,dan siapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan dengan tujuan berhijrah kerana ALlah dan rsalNya dan dia mati dalam perjalanan,maka sesungguhnya, telah tetap pahalanya di sisi Allah, sesungguhnya ALlah maha pengampun, maha mengasihani (QS An-Nisa:100)


dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang



sorang sahabat pernh crita kat saya apa yang dia experience waktu dia berubah. dia kata,

"saya kena terima hakikat yang saya dah berubah, so banyak benda yang dah x sama"

menurut sahabat itu, dia memang selalu berusaha untuk istiqamah, tapi manusia tidak selalu kuat, mudah lalai dan leka. mudah hanyut. sahabat tu jugak kata,Allah ajar kita dengan cara yang berbeza-beza, dia amat terasa dalam dirinya sendiri didikan dari Allah tu.

Bila sesuatu terjadi kat kita, hanya kita yang dapat rasa, sebenarnya itu tarbiyah secara langsung dari Allah, orang lain boleh menduga, tapi hanya kita yang boleh bertindak balas dengan semua tu.

saya kagum dengan sahabat ni. sebagai sahabat yang agak baik ngan dia, saya melihat dia di uji dengan pelbagai cabaran dalam hidup. tidak kurang limpahan nikmat. betul. cumanya, saya selalu terfikir..

I havent been tested as hard as what happen to you.

_________________________________________________________________


bila kita berubah, kita perlu set kan niat kita betul2, kita berubah sebenarnya kerana apa. kata kak usrah saya, kita berubah dan berhijrah kearah menjadi hamba Allah yang lebih baik hendaklah kerana aqidah bukan kerana semangat. ini sebab, semangat boleh luntur, tapi bukan akidah.

dan saat kak usrah saya cakap macam tu, saya menyangka akidah tu sebab tunggal untuk bertahan dalam fikrah. sangkaan saya meleset, kerana, kefahaman dan kePERCAYAan tenatang akidah yang sebenar itu, adalah titik tolak, tapi untuk terus bergerak dan mengekal kan fikrah, akidah perlu selalu di suburkan, macam letak baja pada bunga.

jika hanya faham, tapi tidak amal, maka ritual kita sehari-hari boleh jadi ritual formal yang hambar. yang lesu.

mujahadah yang lesu


saya ingat, hidup ini sudah cukup dengan mujahadah. tidak juga ya. mujahadah itu juga perlu di jaga, biar ia jadi mujahadah yang tepat, konsisten dan meningkat. bukan cuma mujahadah yang lesu.

contohnya, hari ini, kita bermujahadah untuk solat 5 waktu. mujahadah kita lesu apabila sampai ke tua pun kita solat 5 waktu tapi tak pernah berusaha untuk solat di awal waktu. tak pernah berusaha untuk solat berjemaah. tak pernah berusaha untuk solat di masjid. jadi..mujahadah kita ini, mujahadah mendatar.

mujahadah yang kuat ialah, mujahadah yang bergerak. berhala tuju (mempunyai hala tuju, bukan tujuh berhala). ya. hari ini solat lewat. besok awal lagi. kemudian topup awal dengan solat sunat rawatib dsb. insyaALLAH.

nota: mujahadah kita bagaimana sih? saya masih mendatar ni. hanya ALLAH tahu betapa banyaknya dosa ini, bantu aku untuk mempertingkatkan mujahadah ku ya ALLAH. siapalah aku ini.

baiklah. paman saya pernah cakap kat saya, salah satu ciri-ciri orang yang riak(xsure) ialah, orang2 yang terburu-buru untuk memperbaiki amalan sunatnya, tapi lalai dalam amalan wajibnya. contohnya, kita sedekah sana-sini, tapi lalai dalam solat.

tapi paman jugak kata, amalan-amalan sunat kita boleh membantu kita untuk memperbaiki amalam2 wajib, cuma, jangan sampai kita melebih-lebihkan amalan2 sunat, tapi wajib entah ke mana. peringatan untuk diri ini terutamanya.


ramai saya lihat kawan2 sekeliliang yang mulai berubah, ada yang berubah jadi baik, tidak kurang yang berubah jadi kurang baik. harapnya, sempatlah kita semua untuk berubah jadi baik dan kembali kepada fitrah sebelum kita berubah menjadi mayat.


Edcoustic: Berubah


Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku




nota: semoga kuat sahabat! slamat memetik ceri! =)

Tuesday, December 21, 2010

sejenak

Bilakah masanya orang-orang yang sensitive kepada agama mahu membangunkan negara dengan meletakkan redha Allah sebagai yang utama?

Kesimpulan


Kitalah agen perubahan. Itu pasti. Kita harus berhati besar. Kita punya kebolehan, cuma perlu usaha. Ayuh, kita menjadi golongan profesional yang beriman dan bertaqwa. Golongan yang sedikit sekali berhibur tapi banyak belajar. Kita jadi salah seorang daripada ratusan ribu hamba-Nya yang menggunakan jawatan, kuasa, harta dan pengaruh kita untuk menjadikan islam kembali dilihat sebagai kemajuan, bukannya penghalang kemajuan.


from : Bayyinat

Monday, December 20, 2010

sesuatu yang indah.

Saya ingin berkongsi sesuatu yang indah. Indah pada hati ini. Tidak semua yang indah itu boleh di gambar dengan kata-kata. often, everything of that kind, is just a smile. like this ^_^

untuk awak, kamu, kau, saya, dan kita.

Bismillah

It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.

Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to Grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to the shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the Name of God,
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
to find your real name.


Maulana Jalaludin Rumi


inilah yang indah itu. untaian bahasa yang menggamit rasa sayu.
subhanallah!

Sunday, December 19, 2010

aku terima nikahnya..

bismillah..

buku ini di beli ketika shopping di Tamma dengan mama. antara hadiah cuti yang paling best. sebabnya, ini adalah buku pertama yang saya habis baca ketika cuti! adei. its never too late to start! insyaALLAH.

buku ini adalah buku tentang hidup. sangka saya, buku ini cerita tentang nikah semata. congratz to ustaz hasrizal for the catchy title. there are a lot of things to learn from the book as well as things to ponder..

di sebalik tajuk buku, terselit seribu satu makna. bukan hanya pada lafaz. ya. tanggungjawab "menerima nikah" bukan hanya pada nama yang dilafaz di hujung ayat itu, tapi, juga pada seluruh aspek kehidupan. bersedia menerima nikah bermaksud, bersedia menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi suami dan isteri yang mengerti, juga ibu dan ayah yang patuh kepadaNya..insyaALLAh.

saya bukanlah pengulas buku yang baik. satu aspek yang sangat menyentuh hati saya adalah cerita ustaz tentang apa yang kita doakan tentang ibu bapa kita. di dunia ini, hanya ada dua sahaja yang mampu dan sanggup memberikan kita kasih sayang tanpa syarat. ya. percuma. tanpa apa-apa pun pengharapan balasan. itulah ibu bapa dan Tuhan.

untuk mencapai redha tuhan, haruslah melalui keredhaan ibu bapa. kerana itulah, syurga di bawah tapak kaki ibu.

teringat kata Ust. Nouman Ali Khan, ada 2 benda utama yang kita perlu jaga dalam hidup, yang jika kita menjaga benda ini, insyaALLAH hidup akan sejahtera. itulah ketaatan kepada ibu bapa. prihatin kepada mereka dan menjaga hak-hak mereka.

kebejatan sosial yang berlaku hari ini, adalah kerana runtuhnya institusi keluarga dalam masyarakat. tidak kurang dengan dosa yang di warisi. dosa keengkaran kepada ibu bapa. jika hari ini, kita berdosa dan berbuat salah kepada ibu bapa. hari esok, anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama. oleh itu, mendidik anak-anak untuk jadi anak yang soleh, harus bermula, dengan hari ini. mencuba menjadi anak yang taat!

ya Allah, kurniakanlah kami pasangandan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata, dan jadikan kamilah pemimpin bagi kaum yang beriman. ameen ya Rabb..

memaknakan sebuah cuti.

dengan nama ALLAH.
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad SAW.

sudah lama tidak mengupdate belog ini. sudah lama di biarkan dengan hanya satu nota. sengaja begitu. di samping sibuk dengan hal-hal rumahtangga, jiwa, dan sosial, sibuk juga menjadi bidan kepada kucing yang kehilangan abangnya dan ikan-ikan yang kehilangan ibu-bapa.

dan kitaran robot itu bermula


bangun pagi gosok gigi, solat, sedia brekfast. kemas umah. tngok tibi. makan. solat. dan mandi. setelah penat. tido lagi. esok bermula seperti semula. dan ini semua mmg satu kitaran hidup yang di ulang-ulang dan di putar-putar.

bila ini akan berakhir? jawapan. bila mati. dan bila kematian itu, tiada siapa yang tahu. dan rugilah kami ya ALLAH, kiranya hari-hari kami tidak menjadikan kami hambaMu yang lebih taat, lebih setia dan lebih kuat. ampunkan khilaf kami ya ALLAH.

nota: adakah robot lupa, bahawa suatu hari tuannya akan mencabut wayar nyawanya?
nota: jangan berlengah mengejar syurga.

si kucing



ketika abang kucing pergi, saya merasa sangat sayu. tatkala melihat si anak kucing keseorangan, tiada lagi teman bermain. pakcik2 dan makcik2 kucing begitu sibuk dengan hal sendiri.

mak kata, anak kucing jangan di pegang. nanti ibu kucing tidak lagi mempedulikannya. betul kata mak. kini adik kucing yang menjadi mangsa pemegangan saya dan masyitah, telah hilang emak, hilang saudara.

mengambil ibrah


begitulah kehidupan ini. ada senang ada susahnya, di tarik sesuatu kebaikan. Allah ganti dengan sesuatu yang lain. di timpakan sesuatu bala. akan ada damai menanti. cuma perlu tabah dan redha sepenuh hati. ya. sepenuh hati.

jika hari ini, Allah menarik kasih sayang si ibu kucing kepadanya. Allah telah memberi pada diri adikku Masyitah kasih sayang kepada si anak kucing. apa yang kita beri, kita akan dapat smula.


cuti ini terasa pendek.
terima kasih tuhan atas nikmat cuti.

Thursday, December 9, 2010

a note

wahai tuhan, aku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula, aku sanggup ke nerakaMu


I made a decision. and its not easy.

thank you for everything.

a story

Every Friday afternoon, after the Jumma prayers, the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.

This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain. The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'

His dad asked, 'Ready for what' 'Dad, it's time we go out and distribute these Islamic books.' Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.' The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather.' Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go Please' His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.' 'Thanks, Dad!' And with that, he was off and out into the rain.

This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet. After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone- chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET.

He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted. Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered.. He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer. Finally, he turned to leave, but something stopped him. Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch! He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.' With that, he handed her his last booklet and turned to leave.. She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'

Next week on Friday afternoon after Jumma prayers, the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly lady's voice was heard over the speaker. 'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband died few years ago, leaving me totally alone in this world.. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, i was contemplating suicide as i had no hope left. So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home.. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me.

I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away. I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly..... I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!' Then he gave me this booklet, Path To Paradise that I now hold in my hand. As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more. You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'

There was not a dry eye in the mosque. The shouts of TAKBIR...ALLAH AKBAR.. rented the air. Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated.... He took his son in his arms and sobbed uncontrollably. Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a father that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...

Blessed are your eyes for reading this message. Don't let this message die, read it again and pass it to others. Heaven is for His people! Remember, God's message CAN make the difference in the life of someone close to you. Please share this wonderful message Spread His Word, help Him and you'll see His hand in everything you do...

Monday, December 6, 2010

saya terharu.

assalamualaikum.

saya terharu. terharu dengan begitu banyak peluang yang ALLAH beri pada saya. terharu dengan berapa banyak pintu yang ALLAH bukakan bagi saya.terharu dengan berapa ramai orang-orang yang prihatin yang Allah anugerahkan di sekeliling saya. terharu jugak dengan limparan rezeki dan kurnia. terharu dengan begitu banyak tanda, banyak peringatan, banyak teguran secara langsung dan tidak langsung.

sungguh, saya amat terharu.

sedangkan bila sesama manusia sendiri, kita merasa terharu bila slalu di beri peluang walaupun kerap kali mungkir, apatah lagi dengan tuhan. kan?

tapi saya sedih juga. sedih kerana diri ini terlalu lama terpaku di hadapan pintu yang sudah tertutup. kurang cekap mengintai hikmah yang hadir. tidak peka pada petunjuk.

mahu di letakkan di mana muka ini. sudah seringkali mungkir pada janji, acap kali juga melakukan dosa. tapi Allah masih memberiku peluang..Alhamdulillah..betapa aku malu dan berdosa.

ampuni aku ya ALLAH.

tadi bersama adik2 menonton sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan. terpanar bila menonton persembahan peserta2 program realiti "adik-adikkku".

paling tersentuh dengan nyanyian adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, lagu
tobat maksiat


bukan tidak pernah dengar lagu ini. tapi bila mendengar suara adik Qayyim yang sayu, terasa sangat terkesan untaian bait2 lagu yang di dengari. subhanallah!

Oh, adik Qayyim insan instimewa, cacat penglihatannya, rakan2 membantu untuk dia berdiri di tengah pentas, ya ALLAH.. permudahkanlah urusannya sehari2, semoga terus berjaya di dunia dan akhirat adik Qayyim!

sempena maal hijrah ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan, selamat tahun baru kepada awak, kamu, dan kawan-kawan sekalian. mari kita sama-sama berhijrah!

menjadi lebih baik, lebih lebih baik!

ya ALLAH, bantulah kami untuk cinta padaMu, rindu padaMu, dekat padaMu,

tadi beberapa kali "ayuh bongkar rahsia kitab suci, ayuh gali maksud sunnah nabi".. di sebut2 oleh adik2.

betul. kenapalah aku ini malas sangat membongkat rahsia kitab suci dan sunnah nabi. ampun ya rabb.. berilah kekuatan ya ALLAH!

akhir kata. ya. aku sungguh terharu. dan ya. betapa aku malu.

tuntun langkahku tuhan....

Wednesday, December 1, 2010

for the sake.

dengan nama ALLAH
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad

entri ini dicedok sepenuhnya dari blog papan kekunci.

tq and mohon share (baru nak minx kebenaran)

mungkin ada manfaat bagi sesiapa, siapa tahu kan..:)


" bagi anakku yang sudah jatuh cinta,rasakan cintamu dalam hati.Berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat.Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun,berangan-angan,membayangkan wajahnya yang kacak dan cantik.Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini,jagalah batas-batas pergaulan.Peliharalah kehormatan diri . Jangan biarkan cinta yang mubah ini,menjadi cinta yang salah.Berdoalah kepada Allah S.W.T agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu,agamamu dan keluargamu.Apabila jodohmu ada,insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah S.W.T"


"Ya Allah,kurniakan aku cinta-Mu,kurniakan kepadaku cinta orang yang cintakan kepada-Mu,Kurniakan cinta apa sahaja yang menghampirkan cintaku kepada-MU,Semoga cinta-Mu lebih kudambakan daripada seteguk air''


oh, ini ada satu titipan untuk seorang sahabat. dulu saya pernah katakan padanya, jahiliah dalam diri saya seperti serumpun rumput, pernah nampak rumput serumpun??

cara paling muntij untuk mencabut serumpun rumput, bukan dengan mencabutnya sekali gus, tapi cabut rumput itu, satu persatu. dan dari masa ke semasa, harus menarik rumput itu dengan menggoyang-goyangkan akarnya supaya tautannya pada tanah semakin lemah dan akhirnya boleh cabut la. tapi usaha ini harus di buat secara konsisten, kalau sehari tak buat, akar rumput akan kembali mencengkam bumi.

knp tidak guna cangkul ya? kerana apa yang penting dalam tarbiyah adalah mujahadah dan usaha yang panjang, yang mencerminkan kesanggupan kita untuk berubah, bukan cuma pada hasil yang cepat tapi melukakan.

apa kabar kamu sahabat? harap baik2 saja..:)

Friday, November 26, 2010

saya mahu kuat lagi.

dengan nama ALLAH yang sudah terlalu banyak memberikanku nikmat rezeki, kasih sayang dan limpahan kurnia yang lainnya..

selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad SAW.para sahabat. dan keluarga baginda.

saya mencari diri saya yang hilang. yang lemas dan tenggelam dalam arus duniawi dan normalisasi. dan saat saya hampir lemah dan putus asa, ALLAh mengilhamkan pada saya, untuk melihat dunia, buat kesekian kalinya, dengan sudut yang berbeza.

saya melihat, di sana, ada dua kaca mata,
1. kaca mata yang murahan
2. kaca mata yang berkualiti tinggi.

kaca mata murahan ini, mudah silau pada gemilauan fatamorgana, tumpuannya hanya pada lahiriah sahaja, banyaknya harta, mewahnya kereta, besarnya rumah, dan keluarga berada. material menjadi kayu ukur penilai bagi kaca mata yang pertama. sangat superficial dan abstrak nilaiannya. selalu memberikan justifikasi yang meleset, meletakkan harga kebahagiaan pada kemewahan dan sesenangan materi semata.

kaca mata yang tinggi nilainya ini, sangat la mahal, tapi.. kualitinya tiada tandingan! nilaiannya tepat, tidak pernah meleset dan pemilik serta pengguna kaca mata nilai tinggi ini luar biasa potensi diri mereka. mereka tidak di silaukan dengan dunia, malah mereka memburu kehidupan yang lebih abadi, yang pada kaca mata mereka, satu pelaburan yang sangat menguntungkan. ya, pelaburan akhirat.

saya? masih bertatih untuk membeli kaca mata kualiti tinggi ini, membelinya, bukan dengan wang, tapi dengan ilmu. bukan sebarang ilmu, tapi ilmu yang benar, tidak cukup dengan berilmu dengan ilmu yang benar, ia perlu di hadam, di fahami dan praktikkan.

tidak murah tahu? tapi amatlah berbaloi2!

banyak benda yang saya terlupa, di saat dan ketika ini. ini adalah akibat dari bersenang lenang dalam tarbiyyah. sambil lewa dalam amalan, dan saban hari, hati ini makin sakit..tenat sakitnya.

dan saya sudah sampai di ketika dan waktu, hati ini meronta ingin kembali ke asalnya.

normal? ya.. smua org mengalami benda yang sama. iman bertambah dan berkurang.

betul, tapi cam kakak usrah saya kata, bila kita naik, kita naik tinggi, bila jatuh tu, jatuh sedikit sahaja..supaya polarnya masih meningkat. iya? tapi kak.. sekarang polarnya makin jatuh, how???

risau. risau. dan risau lagi.

saya harus segera mencari diri yang hilang. tolong doakan saya ya? tolong ingatkan saya ya? tolong saya?



ya ALLAH, janganlah ENGKAU palingkan hati ini setelah Engkau beri kami petunjuk.

kekuatan itu, seni..perlu di cari. apa seni kekuatanmu?


tuntun langkahku tuhan :)





^__________^ saya yakin, ALLAH sayang saya!

Monday, November 22, 2010

post mortem: 3

dengan nama ALLAH~


hari ini, hari untuk menilai dan melihat semula bagaimana telah di lalui hari-hari belakangan ini. mungkin ada sesuatu yang tidak tepat dan mesti di ambil kira. ada satu kesilapan yang sudah lama menjadi duri dan mendarah daging dalam jiwa yang sempit dan kecil.

hari ini, hari menghitung kira-kira niat dengan mengaplikasikan semua rumus matematik yang sudah di pelajari supaya dapat menghasilkan formula paling berkesan untuk menmbentuk satu garis lurus, ya.. garis niat yang lurus, tidak ada bengkang-bengkoknya.

aku meminta untuk di ajarkan dan di fahamkan maksud ikhlas supaya semua apa yang di lakukan valid dan sah nilainya di hadapan tuhanku. ternyata ikhlas itu bukan hanya fakta tapi perlu didalami dan di serasikan dengan perlakuan, lintasan hati juga tutur kata.

lawak ya,
bagaimana hendak membetulkan dan meluruskan niat sedangkan lahirnya kedua-dua tujuan tadi tidak dapat di nilai kesuksesannya dengan mata kasar.

ikhlas itu ibaratnya semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. ya?

takut niatku lari, dan akhirnya sendiri menyepi lagi..

aku minta di ajarkan ikhlas supaya hari-hariku menjadikan aku makin dekat dengan Tuhan, bukan sebaliknya.

...

ajari aku ikhlas.

post mortem: 2

dengan nama ALLAH yang maha pengasih.

Banyak benda dalam hidup, yang jawapannya tidak cukup sekadar iya dan tidak. Malah paksi simetri kebanyakan soalan-soalan memerlukan jawapan huraian yang dipanjang-panjangkan. Contoh paling jelas, soalan peperiksaan..jangan Cuma melontar fakta, tapi harus pandai berhujah dengannya. =)


Begitu juga dengan apa yang dipercaya, tidak cukup mengetahui secara ilmiah, tapi memahami setiap susur galur dan selok belok pengertian, supaya tidak keliru. Keliru dengan ilmu. Keliru dengan kejahilan. Mungkin~

Tidak berniat untuk menulis sebenarnya..tapi, sudah terlanjur jari menaip..

Ini entri pertama semenjak dua menjak dan tiga menjak..menjejakkan kaki semula ke rumah! (yay!). Alhamdulillah..:) bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan permusafiran saya, kak tia, atiqah dan mahirah dari Christchurch ke goldcoast, ke kuala lumpur, kota kinabalu dan akhirnya kampong suang punggor kota belud!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Pengisian beberapa hari setelah tiba di rumah mmg sangat padat, tapi its worth doing and striving for! Because I am doing it for those whom I love the most. Spending time with them all, is a blessing. Having to deal with my lil sister’s behavior always causing me a hectic day! My dear Masyitah.. a helpful, cheerful, makcik-like, and adorable little lady..:)

It is going to be a long holiday and I am looking forward to fill it with something meaningful~

Still looking for a good prospect of time investment.. something that can give me double or even triple profit! Time and all.. insyaALLAh..

Semoga cuti ini penuh makna dan dapat menjadi ibadah..ameen..

Tuesday, November 9, 2010

post mortem: 1

kakak usrah saya kata,

kita tak boleh iri hati bila tengok orang lain kuat dari kita,
sebabnya, orang tu dah melalui mujahadah yang panjang dan lama,

siapa lemah, itu sebab dia sendiri,
memilih untuk bersenang lenang,
memilih dunia yang fana,
berbanding akhirat yang kekal.

terpesona dengan kilauan fatamorgana yang menyilaukan pandangan.

jadi kalo lemah,

jangan salahkan orang lain.

tanya diri sendiri,
layakkah diri itu, untuk dikurniakan sebuah "kekuatan dan keteguhan"

sedangkan bila di timpakan sedikit ujian,
sudah mahu mengalah..

..


if you think you can, you can!
if you think you cant, you are right!

perkongsian: destinasi cinta


dengan nama ALLAH, yang maha pengasih dan penyayang,
ku pohonkan sejuta keampunan atas segala dosa-dosa dan keterlupaanku,

ku panjatkan untaian doa,
mengiringi kerinduan ku pada rasulullah,
selawat dan salam untuk baginda, para sahabat dan keluarga,

pertama kali saya mendengar lagu ini, adalah ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang 5 tahun lalu. mewakili sabah ke pertandingan Hiwar bahasa Arab di Pulau Pinang. lagu destinasi cinta, nyanyian kumpulan mestica, yang dlu pernah menjadi kegilaan!

setelah lama, lagu ini semakin jarang saya dengari, sedangkan sebelumnya, setiap petang akan merenung ke luar jendela sambil menghayati bait-bait indah lirik lagu ini.

ada sesuatu yang sungguh menyayat..

hari ini,saya kembali mengingati, how meaningful this song to me..

just a sharing, and a special tribute for us,


sakura yang mulai berbunga, a special work of Deeyana



menyingkap tirai hati,
mengintai keampunan.

dihalaman subur, rahmatMu tuhan,
tiap jejak yang bertapak, debu kejahilan,

akanku jirus dengan madu keimanan.

tak ternilai, air mata dengan permata,
yang bisa, memadamkan api neraka,

andai benar mengalir,
dari nasuha nurani,
takkan berpaling pada palsu duniawi,

destinasi cinta yang kucari,
sebenarnya terlalu hampir
hanya kabur kerana dosa, di dalam hati

telah ku redah daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa

tiada tenang ku temui,
hanya kecewa menyelubungi,

ku gelintar segenap maya,
dambakan sebutir hakikat,

untukku semai menjadi sepohon makrifat,
moga dapatku berteduh di rendang kasihMu,

namun ranjaunya tidak pernah sepi
selagi denyut nadi belum berhenti,

durjana syaitan kan cuba menodai,
segumpal darah yang bernama hati,

lestarikan wadi qalbuku oh Tuhanku,
leraikan aku dari pautan nafsu,
biarpun sukar bagiku,
melamar redhaMu,

namun masihku mengharap ampunanMu..

Friday, November 5, 2010

saya seorang yang pelupa.

dengan nama ALLAH, selawat dan salam ke atas nabi..




Pembuka


Saya mengambil masa yang lama untuk benar-benar menghadam maksud akhirat negeri abadi, tetaplah bersabar, dan semuanya datang dari ALLAH. Dan saya menghadapi pelbagai dugaan ketika ALLAh mengajarkan saya maksud tawakkal, sabar, ikhlas dan redha.


Sehingga sekarang pun, saya masih belum menjadi penuntut ilmu hati yang mantap. Banyak ketika, saya seperti manusia bodoh, seperti Tuhan tidak pernah mengajarkan dan memberi nikmat yang banyak, sedangkan saban hari saya menagih, meminta dan mendapat anugerah rahmat dan rezeki. Saya, seorang yang pelupa. Benar2, saya seorang yang pelupa. Astaghfirullah~

monolog



Saya lupa bahawa dunia ini tidak kekal dan saya tidak harus meratapinya.

Saya lupa bahawa di kiri dan kanan ada malaikat yang selalu mengawasi dan mencatat amalan baik buruk

Saya lupa bahawa hati perlu kepada makanan

Saya lupa untuk bersyukur

Saya lupa untuk menyandarkan segalanya pada ALLAH

Saya lupa bahawa pengakhiran Cuma ada dua; syurga dan neraka

Saya lupa bahawa, saya menginginkan syurga dan hakikatnya, ia bukan mudah.

Saya lupa itu..saya lupa ini..

Dan hakikat sebuah keterlupaan ini, membuatkan saya selalu rasa memerlukan kepada
peringatan..

Saya perlu kepada peringatan,

Saya tidak sempurna..

“tolong ingatkan aku, bila aku terlupakan tuhan, dalam kelapangan dan kesibukan”..

Marilah sama-sama memberi peringatan, semua orang memerlukannya..

Tertegaknya islam kerana saling ingat mengingati.. (B.Ed TESOL president, 2008)

Saya ingin lari dari hakikat keterbatasan yang selalu membuatkan saya sesak. Tapi, dalam keterbatasan dan kelemahan seorang hamba itu, dia belajar untuk redha dan berharap. Dan alangkah indahnya kehidupan hamba tuhan yang hatinya telah di ikat di dasar rabbi, selalu menyandarkan segalanya pada ALLAH dan tidak gusar dengan keterbatasan dan ketidak upayaan.

Penutup

Hamba itu penuh kelemahan kerana dia seorang hamba. Hamba harus rendah diri, berharap dan meminta. Ditakdirkan lemah, supaya selalu meminta kekuatan, di takdirkan susah, supaya sedar dan kembali pada ALLAH, ditimpakn mehnah supaya faham maksud redha dan penyerahan.

kalau segalanya ada, nanti jadi macam firaun.. menganggap dirinya tuhan

..na’udzubillah..

“ALLAH mengilhamkan, sukma kefasikan dan ketakwaan, beruntung bagi yang menyucikannya, merugi bagi yang mengotorinya” (QS. As-Syams)

Saya masih bertatih untuk mengenal Rabb, semoga punya waktu untuk itu, dan tidak menyesal di mahsyar nanti.. bantu aku tuhan.

nota: segalanya datang dari ALLAH, take it and like it

Tuesday, November 2, 2010

tak sempurna

paling ditakuti, dalam diri, adalah bila mati hatiku,
kerana sungguhpun jasadku kuat dan bertenaga,
tidak akan mampu memberi kepuasan pada ruh,
kerana tujuan hidupku akan sempit,
dan berpaling dari hidup yang jauh lebih lama, lebih kekal,

juga kutakuti pada hati, adalah apabila ia buta,
tidak mampu melihat yang haq,
terpanar dengan yang fana, fana, fana semata.
lalai dengan nikmat, hanyut dengan dunia,

ku takuti juga hatiku tumpul,
tidak cekap menilai dosa dan pahala,
antara keberuntungan dan kemelaratan,
antara yang kekal dan yang kan sirna,

juga ku takuti bila hatiku hitam,
oleh tompok2 dosa,
yang membebani segenap cinta,
mengaburi seluruh deria,

kerana itu, biarpun ramai yang mengikuti tarbiyyah
tidak ramai yang serius dengannya,

hatiku tidak setajam hatimu,
masih banyak sakit dalam dada yang perlu aku ubati,

hatiku masih lemah,
pasang surutnya belum mampu kuramal,

hati itu cuma satu,
sungguhpun ia dalam diri,
hanya ALLAH yang mengawalnya,
kerana itu,
aku minta pada ALLAH,
untuk memberiku hati yang khusyuk dengan kecintaan kepadaNya,

aku tidak minta pengertian darimu
cukuplah bagiku tuhanku,
untuk ku belajar merawat luka-luka dalam hatiku.

aku, tak sempurna.

Monday, November 1, 2010

1 minit

dengan nama ALLAH,
selawat dan salam buat junjungan besarku Muhammad SAW.

*****************************************************

maafkanlah bila tak sempurna mencintaiMU
dalam dada, ku harap hanya KAMU yang bertakhta


*****************************************************


hari ini bimbang. lagi.
rasa cemas. kerdil. kecil.

jiwa hambar. resah dan gelisah.
bagaimana jika saat ini.
ditarikNya nyawa.

tuntun langkahku Tuhan.

Saturday, October 30, 2010

ikat hatiku..

dengan nama ALLAH..
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad..

*******************************************************

ikat hatiku pada tabiyyah ya ALLAH,
sampai saat nafas terhenti,
biar sisa hidup ini,
hadaf padaMU.

ikat hatiku pada tarbiyyah ya ALLAH,
supaya subur kehambaanku,
hilang ego dan riakku,
terlerai dari pautan nafsu,

ikat hatiku pada tarbiyyah ya ALLAH,
sebagai jalan lebih mengenalMu,
merintis wasilah dekat padaMu,
meraih janji syurga abadi,

ikat hatiku pada tarbiyyah ya ALLAH,
supaya mampu memperbaiki diri,
menjadi hamba yang lebih baik
agar mizanku tak condong ke kiri,
agar tak menyesal di mahsyar nanti..

tolong ya ALLAh..
bantu aku ya ALLAH..
ikat hatiku pada tarbiyyah..

tarbiyyah mendidik hati yang lalai,
tawadhuk pada cinta dengan tuhannya..


_post exam emotion_
Dunedin, 12.13am
30 October 2010

Wednesday, October 27, 2010

ayah :)

dengan nama ALLAh yang maha pengasih lagi maha penyayang~
ku utuskan selawat dan salam buat junjungan besarku Muhammad, sahabat dan keluarga baginda..

**************************************************************************

Dia seorang insan yang istimewa. Perwatakannya, pembawaan dirinya, dan sikapnya terhadap sahabat-sahabatnya membuatkan aku selalu tertanya-tanya, apa yang boleh membuatnya menjadi begitu sabar.

sungguhpun dia sederhana, tapi aku selalu melihat impian dan cita-cita yang besar dalam matanya. Dia mahukan kehidupan yang baik buat mereka yang menurut di belakangnya dan selalu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat kami.

padanya aku berhutang budi dan nyawa.

hurm.. sungguh pun jarang punya topik untuk di bicarakan bersama, selalu, dia menjadi pendengarku yang setia.

di saat aku sedih kerana berpindah bilik, mendengar suaranya di hujung telefon sudah membuatkan hatiku sedikit bahagia. ketika mendapat keputusan peperiksaan yang baik, di hatiku terbayang wajah dan senyumannya bangga.

selalu, bila menelefon ke kampung, kami sama2 senyap di talian, tidak tahu topik apa yang hendak di bicarakan.haha~ tapi, dia tidak pernah berkata "sudahla". seperti diam itu juga bahasa. Bahasa perasaan, "ya, semuanya baik2 saja".

aku harap, aku dapat menjadi anak yang solehah buatnya. mungkin tidak seperti Fatimah kepada Rasulullah, tapi aku berusaha ke arah itu.

aku berharap, aku bisa menjadi maharnya untuk ke syurga, hasil didikan agama dan titik peluhnya memelihara dan membesarkan kami.

teringat waktu dulu, bila aku ingin mengikuti teman, keluar rumah berlengan pendek tidak bertudung. Aku dimarahi dan di nasihati. Oh, betapa aku tidak faham. di waktu itu..

kenangan

satu peristiwa yang tidak mungkin ku lupa. ketika aku sedang bermain ditepi kolam di belakang rumah. sewaktu itu hujan baru reda dan air kolam melimpah. aku dan abang2ku bermain perahu kertas sedang dia sedang menggali longkang untuk mengalirkan air.

Bila hampir senja, abang2ku masuk kerumah meninggalkan aku sendiri. anak kecil yang suka bermain. waktu itu, perahuku hanyut ke tengah dan aku cuba menariknya, aku tergelincir ke dalam kolam.

lemas~

ketika sudah bergelen2 air kolam itu aku minum, aku rasakan tanganya menarikku dan mengangkatku ke tanah.

dan atas asbab itu. hari ini, aku masih di sini.

padanya aku berhutang nyawa.

Aku ingin menjadi puterinya yang patuh. menurutinya tanpa banyak bicara, berkorban untuknya supaya dia gembira.

kata-katanya pernah membuat hatiku luluh dan hiba..

"ayah bukan ayah yang terbaik, dan ayah tidak tahu apa lagi yang perlu ayah lakukan untuk memberikan kamu yang terbaik, bagi ayah, bila anak-anak ayah gembira dan berjaya, itu sudah cukup"

ya ALLAH, sayangilah dan cintailah ke dua ibu bapaku, sebagaimana mereka telah menyayangi kami dari kecil hingga besar, limpahilah ke atas mereka maghfirah, redha dan hidayahMu, kurniakanlah mereka syurga sebagai ganjaran kasih sayang yang telah mereka berikan kepada kami..

Tuesday, October 26, 2010

dia :)


dengan nama ALLAH, yang maha pengasih lagi maha penyayang

this post is going to be really short. and is dedicated to someone, a very special friend of mine. dear you, if you happen to read this post. I want you to know, that I really admire you and sometime feel ashamed of myself, on how much you have changed. While, I am still here.. "bertatih di takuk lama"..

when I first saw you, I thought we share a lot of similarities. Well, a lot of people said so. there is this.. "kindred soul" that I notice we both have.

You were childish, cheerful, funny, caring, and I just like you straight away :)

and we became good friends. We share a lot of things together. The experience that we have gone through in our tarbiyyah, the trouble that we face, and also, our story about "him".

well, I know u are busy and I am busy too. but I owez read your blog. and. its really amazing. how you have change a lot.

I mean. really. most of the time, I can feel the sincerety in ur writing. I dont hear from u. but I "listen" to what you read.

even though u always share stories about ur hard times these days in ur blog. u know dear, ALLAH loves u..and he has always do.

tonight when I visit ur blog again. I just realize that you have become stronger, maturer and wiser.

I love u fillah dear. take good care of urself. I remember what kak Azi owez say.. If you feel trouble is all along ur way, then u dont have to worry anymore. because. really. that means you are on the right track.

tarbiyyah is meant to be difficult. because it deals with the inner self.

may ALLAH bless you owez. bdw, I tried to reach you several times. I understand that you might not have time to answer me yet. but just to let u know. I miss you so so much.

ukhuwwah fillah, abadan abada :)



dengan dia :)

Saturday, October 23, 2010

kenapa harus begini?

Berakhir sudah gelombang konflik flotilla, cerita baru pulak menjadi pengisi ruang berita. Cerita yang tidak berapa baru, seorang rakyat Kelantan meninggal ketika menonton perlawanan bola. Sahabat saya, mengatakan bahawa mangsa adalah orang kampungnya. Ada yang kata sesak nafas, ada yang kata kena pukul~


Oh, ummah ini..


Lagi baru, wanita yang menjadi pendamping hidup lelaki paling berpengaruh di Malaysia, Datin Rosmah, menjadi penaung kepada penganjuran Islamic Fashion Festival. A so called “Islamic” fashion..


Memang apa yang dilakukan Datin tidak wajar, seperti tidak tahu ataupun masih terikat dengan jahiliah moden. Itu satu perkara, wujud pulak group di facebook meminta Datin meminta maaf. Memang perlu minta maaf, memang sangat perlu bertaubat setelah melakukan kesalahan yang benar2 mencemar imej islam dan mengelirukan orang lain ttg Islam..

Bukan saya katakan tidak bersetuju, tapi sedih rasanya hati ini melihat ummah saling menuding jari, menggunakan kata-kata kesat untuk “menegur” perbuatan Datin Rosmah.
Sekiranya “jahiliah” dalam Rosmah Nampak dengan penganjuran IFF, “jahiliah” kita sendiri masih Nampak dengan menggunakan kata-kata kesat dan tidak sesuai untuk menghina dan merendah-rendahkan martabat Datin Rosmah yang walau apapun, masih juga seorang muslim.

Mungkin itu yang dimahukan oleh musuh2 islam, melihat kita berbalah sesame sendiri. Melaser di sana-sini, gossip tak tentu hala.

Saya bertanya kepada diri, inikah ISLAM? Inikah ummah terbaik yang dikatakan oleh ALLAH?

*sigh*

Peperangan zaman moden terhadap manusia yang mengangkat kalimah syahadah datang dari semua segi. Tidak cukup dengan pertumpahan darah di Palestin dan isu Gaza yang belum reda, muslim berbunuhan sesama sendiri di Iraq, konflik muslim dan nonmuslim, lagi satu serangan yang sangat dahsyat ada dalam setiap diri.

Bila peluru dan musuh Nampak seperti di bumi Palestin, mereka kuat mempertahankan dan mendaulatkan keamanan serta nasib anak bangsa mereka. Kita ini? Secara halus di tarbiyyahi dengan jahiliah.

Peluru2 musuh datang dalam bentuk majalah2 porno, filem2 aksi ganas, fesyen2 yang entah apa2, menembak kita dari segenap penjuru.

dan ramai sudah jadi mangsa!
seperti mayat hidup yang berjalan di muka bumi tanpa kenal dengan pencipta dan tahu tujuan penciptaannya..

setiap hari kita melihat kematian hati yang cukup dahsyat.
mati hatinya, tanggal akidahnya, punah agamanya..

*aku berlindung dengan ALLAH*

Beritahu saya.. apa perisai yang boleh kita gunakan untuk menangkis serangan demi serangan ini!

Oh, saya seperti tidak mahu hidup lama bila mengenangkan situasi Ummah, takut rasanya menunggu dan melihat bagaimana ini semua akan berakhir? Merasakan bahawa situasi ummah yang paling dahsyat dan konflik Ummah yang paling teruk akan berlaku di zaman ini. Jauh lagi rasanya hendak menunggu tertegaknya khilafah islam.

Bukan tidak yakin, tapi saya sangat takut.

*sigh*

Ya ALLAH, kuatkanlah Ummah ini, satukan dan tautkanlah hati kami semula ya ALLAH.

Ya Rasulullah, kami merindui pimpinanmu..

Thursday, October 21, 2010

sharing: semua org berjuang.

dengan nama ALLAH,
selawat dan salam keatas junjunganku Muhammad


alhamdulillah, masih di beri kesempatan hidup hari ini.
dengan semalam yang kurang berjaya.
hari ini mengharap, agar ada sinar baru di hujung lorong yg suram ini.

*sigh*

semua org bermimpi. ada matlamat, ada tujuan, ada cita-cita yang hendak di capai.
lagaknya, mimpi dan cita-cita inilah yang membuatkan kita bergerak dan berlari.
ada yang berlenggang kangkung.
tidak kurang yang menaiki basikal..*seperti azman* dan berkereta *seperti ghaffar*

namun, bezanya kita cuma, apa yang ada dalam hati. kerana destinasi itu kita sama.
di sana.

ya..di sana..di seberang kehidupan.

semua org merasa payah dalam perjuangan dan usaha mereka.
tidak ada jalanpun yang ditaburi permata, duri dan kaca satu lumrah.

cumanya, adakah apa yang kita perjuangkan di masa dan ketika ini,
adalah suatu yang mampu memberikan pulangan berlipat kali ganda?

saya selalu bersedih atas hakikat ini.
bahawa, jika direnung kehidupan yang singkat ini.
sebenarnya, kita akan menemuai satu realiti yang sangat memeritkan
bahawa, sebenarnya..telah lama, tertipu, hanyut dan leka.

dan hidup, cuma menjadi sesuatu yang semakin hari semakin menyempitkan.

keingingan dan kehendak tidak pernah berhenti bertamu di ruang hati.
dan semakin hari semakin memuncak, tidak pernah merasa cukup.

lantas keluhan selalu didengar, meniti di bibir insan2..
tidak cukup itu, tidak cukup ini.

saya sendiri merasai, kenapa saban hari..lidah ini tidak berhenti dari mengeluh.

*astaghfirullah~

dan waktu ini, ayuhlah kita sama2 merenung. apa yang telah kita perjuangkan.

memperjuangkan cita? cinta? kerjaya? pelajaran? keluarga? masa depan?

apa pun ianya. ayuhla menilai keuntungannya.

jika banyak, maka ayuh berhempas pulas meneruskan. jika tidak. mungkin ada pelaburan lain yang perlu di pertimbangkan. *ASB mungkin* huh~

jangan pernah penat, menatap mentari pagi..merasakannya suatu yang menyakitkan kerana malam untuk berehat sudah berlalu.

jangan pernah merasa lelah berlari, jika yakin *benar-benar yakin* bahawa apa yang diperjuangkan nanti bakal menjadi pendamping,

*oh, sudah banyak merepek~

sudah lah..

saya serius! jom..kita sama2 menilai, meletak tanda harga dan merenungi.
apa sebenarnya yg selama ini kita perjuangkan.

tidak ada kerugian atas itu.:)
insyaALLAH..

saya terjumpa ini, mungkin boleh jadi salah satu yg mahu dipertimbangkan.
61:10-12..

semoga bermanfaat buat diri ini khususnya, dan bagi kamu, kamu, kamu yang sudi berkongsi cerita.

sekarang, saya mahu sambung breakfast..

bismillah~ nyum3...

Tuesday, October 19, 2010

hati~


"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan dengan-Nya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah...

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..."



-Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.-


sumber: muslim in action

dont be hungry ticer >.<"

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful
peace be upon Muhammad the messenger, his fellow companions and families.


opening

Alhamdulillah, I have just finish my EDCR131 exam. It was just like vomiting all the facts which I took exactly 24 hours to memorize. Thank you ALLAh. There is no ease, except what you made ease.

Am I hungry? I mean, angry?

are you Aini? are you?

well..A bit~

I believe, everyone does experience the feeling of anger! well, once in a while. you can be angry but only over things that are necessary. what happen if there are not? well, you basically wasting your time and it only takes away your precious moment of happiness.

I am angry, but wait.. I don't even have the right to. Men do not have the right to judge, just live life patiently.

inner voice: but what happen if I really pissed off?


come to think about it, its ALLAH's right to give judgement to people. yes, I am angry, but considering the fact that, ALLAH rewards those who swallow their anger with jannah. the urge of wanting to get angry will shatter.

InsyaALLAH.

p/s: sorry friend, I should not have been angry. I need to be more patient now. ^^, luv you fillah~





hurm..let's just forgive and forget. For what is waiting in the eternal life is much more precious.

Allah, lead my way to YOUR paradise..:)
ameeen..

Sunday, October 17, 2010

jiwa~

Hai Jiwaku,
bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan2x berat menyerangmu
Apabila hati telah merasa letih.
Dari beban kehidupan yg melelahkan
Alirkan air mata wahai jiwa
Lalu tumpahkan ia dlm solat.
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasihNya

Saturday, October 16, 2010

kembali semula.

bukan mengeluh, atau menyesal.
cuma hendak mengadu. :(

***********************************************************

cuma ada 2 jalan.
1.jalan kanan
2.jalan kiri

tidak ada jalan antara kedua-duanya. tidak ada jalan tengah dan short cut. kenapa? kerana mmg begitu takdir sang pemilik. oleh itu, yang di milik. jangan banyak sgt soalnya okey?

boleh bersoal, tapi jangan mempersoal.

bukan hamba namanya jika terlalu 'nampak' kepandaiannya. bukan hamba namanya jika tidak malu berbuat kesalahan. bukan hamba namanya jika tidak takut pada hukuman. bukan hamba namanya jika tidak berserah dan berharap pada sang tuan. bukan hamba namanya jika merasa aman dari kesilapan. bukan hamba namanya jika tidak ada rasa ketaatan.

jom, menjadi hamba.

hamba yang baik yang merindui syurga.

hamba yang baik yang takutkan neraka.

Tuhan, tuntun langkahku.
mengharap dengan amat.

Thursday, October 14, 2010

putus :(

dengan nama ALLAH,
selawat dan salam keatas junjungan besarku Muhammad, sahabt, dan keluarga baginda.


situasi:

alamak! dah lewat! Ja is not joining me to go to the last EDUC lecture today. I am so frustrated that I have to walk alone to the college. But, never mind. that will be fine. 1 thing that motivate me to go to the class is, well.. not because I have a crush on the lecturer (the lecturer is a women anyway), its because.. "conscience"?. there will be not many people attending the lecture, its the last, I feel for Jane, ksian la kan kalo xdak org dtg lecture dia..huhu..hoping, one day.. my students will try to emphatize me too.. insyaALLAH..

another reason? at least, I will not get old too quickly since I do spend duit rakyat wisely, all right? rakyat2 sekalian..thanx for all the cukais:D


when I was getting ready, I reached for my book on the table. I had, incidentally, push away my tasbih and it drop down the table. Something comes to me, a feeling of inconvenient. since my room floor is carpeted, I didn't hear anything.

I bend down and try to get my tasbih back. To my surprise.. The beads spread all over the floor... I pretend not to see what happen to it and make my way to the college.


:(

along the journey, I lamented about what happen to my previous company.

it is special, I get it from a friend. A friend who has helped me a lot and supported me in my tarbiyyah and life in N.Z.

above all, it really. really. has been a while, I didnt use that tasbih :( :( :(

the whole thing was like, a portrayal of my current life. busy with assignment and preparation for exam. These earthly things have deluded me and make me forgot. sometime. that life is short.

it was a reflection of my own self.:(
******************************************

going to faraway place today, need to find some refreshment. I need a retreat. If I die today, Allah wont ask me how many A's did I get, or how many money that I able to save.

If I die today, Allah will only ask my amal..which I believe, I havent got enough to win the Jannah.

true, I drop the tasbih and the beads spread all over.
but, let it just be that.

wont let my faith to be scattered all over that way~

insyaALLAH..


NOW:

Ja: jom makan, kalau nak la..
Aini: yeaaaaa...makan dah ke?

Ja: aah..

*******************


tuntun langkahku tuhan~
1

Monday, October 11, 2010

nota cinta 1



nota buat pemilik nyawaku:

Rabb,
ampuni aku,
lindungi aku,
kuatkan aku.

aku lemah.

Saturday, October 9, 2010

cikgu, saya nak tanya^-^

dengan nama ALLAH,
yang hidupku, matiku, dan ibadahku, hanya untukNya semata.
ku hulurkan slawat buat junjungan besarku Muhammad. cintaku selepas ALLAH.

cikgu,
cikgu pernah pesan kat saya,
yang haram itu jelas, yang halal itu pun jelas..
tidak mungkin kita bisa tertipu.

tapi cikgu,
lagaknya penipuan zaman ini begitu sulit untuk dikesan..
apabila yang haram dan halal di campur adukkan..
dan manusia mula berbicara dengan suara nafsunya..

"benda ini mmg tidak boleh dalam islam, TAPI..dan TAPI dan TAPI.."

kalau muslim tu saudara bagi muslim yang lain,
kenapa ya cikgu, kita seperti tidak peduli hal sesama?
peduli pada aib dan gosip cuma..
ketawa kita bersama, dan sedih pilu seorang pula..

cikgu, kalau aurat itu wajib di jaga,
kenapa ya cikgu, umat ini seperti tidak punya rasul..
kiblatnya barat..
budayanya jahiliyyah..

cikgu, kenapa ya solat itu 5 kali?

kahwin lebih dari 1 itu boleh ya bagi muslim?

cikgu, apa hukum wajib puasa?

ajarkan saya mengaji boleh?

kadang2 kan cikgu, bila manusia jadi makin bijak,
situasi hanya menjadi semakin rumit.

hukum ALLAH di persoalkan

ini kurang sesuai..kita buang..

ini tidak effektif..kita hilangkan..

ini sudah lapuk.. kita asingkan..

kenapa ya cikgu,

ramai pelajar sekarang sudah hilang hormat pada gurunya..

dajjal tu pasti kan datang kan cikgu,

kenapa kita tidak bersedia menghadapi fitnahnya..


cikgu, saya tahu cikgu cuma guru bahasa inggeris,
tapi cikgu,

cikgu juga seorang muslim,

cikgu perlu tahu situasi ummah ini bagaimana..

cikgu kan murabbi,

contoh kepada kami,

saya harap bila cikgu, sudah jadi cikgu..cikgu bersedia untuk jawab soalan2 ini..dan cikgu ada cadangan untuk mengatasinya..

cikgu..ingat ya..

ilmu grammar, vocabularies, syntax dan pragmatic perlu..kerajaan byr cikgu untuk mengajar itu..

tapi ilmu agama itu cahaya kuburmu..itu jariah yang cikgu langsungkan..itu yang ALLAh beli untuk syurga..

cikgu, jangan lupa pada tanggungjawab ya^_^

dedikasi untuk:
Ticer Aini

Friday, October 8, 2010

lihat dia~

dengan nama ALLAH, yang cintaku terikat pada janjiNYA..
selawat dan salam ke atas junjunganku Muhammad, para sahabat dan keluarga baginda..


Lihat dia,
tidak malu.
terus meminta pada ALLAH.
mendamba kelapangan dan nikmat.
sedang lahirnya terus bergelumang dengan dosa.

lihat dia.
mahu kesenangan terus.
tidak tahan di uji.
tapi hati nya inginkan syurga.
sedang praktiknya seperti hamba kesenangan dunia.
tenggelam dalam kemilau fatamorgana.

lihat dia.
lemah bila menghadap kesulitan.
mahu segera dikeluarkan dari kesengsaraan.
tapi katanya,
dia mahu ALLAH beri kekuatan.
bila di didik untuk sabar.
malah dia mahu menghindar.

lihat dia.
selalu meminta syurga.
sedangkan kiblatnya masih jahiliyyah.
dan tarbiyyah dirinya di tempat ke dua.
apa di hatinya sudah punya raja lain kecuali ALLAH?
astaghfirullah..

lihat lah dia.
seperti anak kecil.
susah sedikit mahu menangis,
di hadapkan ujian..
meraung rasa di tinggalkan..
apa dia tidak malu?
apa dia tidak malu?
apa dia tidak malu?

"Apakah kamu mengira, bahawa kamu akan dibiarkan sahaja masuk syurga sedangkan belum datang ujian kepadamu sebagaimana yang telah ditimpakan kepada umat terdahulu. sehingga nabi dan orang-orang beriman di antara mereka berkata, bila akan datang pertolongan ALLAH?" (2:214)


sudah lah..
jangan menangis lagi..

ujian itukan tanda cinta..
dan tarbiyyah itukan penguat takwa..

dia=aku..adalah sama..

tuntun langkahku tuhan..
mengharap dengan amat..

Wednesday, October 6, 2010

jangan penat.

dengan nama ALLAh, yang jiwaku di bawah kuasaNya..


Kalau kamu tidak mahu berada di sini.
tidak mengapa.
silakan pergi.
kerana pasti, ada yang lebih layak darimu.

kalau kamu merasakan penat.
tidak mengapa,
silakan berhenti.
kerana pasti, yang terus kuat akan terus bertahan.

kamu jangan ingat, ini tidak akan berjaya tanpamu.
kerana kamu bukan siapa2
jika kamu berada di sini,
maka kamu telah memilih jalan selamat.

siapa sebenarnya yang perlu kepada ini,
kamu!
kamu di sini kerana kamu terikat pada janji.
bukan kerana paksaan, tapi ini satu kewajiban,

kamu jangan mudah lepas tangan,
kerana suatu hari nanti.
akan terlihat segala apa yang kamu perbuat..

kamu ingat GAza perlu padamu?
tidak.
kamu yang perlu kepada Gaza.
Allah telah memelihara agama ini.
dan kamu, jika mahu berjaya dan beruntung
teruskan menyelusuri di tepiannya ataupun di tengah2nya..

ini, bukan hanya untuk kau buat,
tetapi untuk kau cinta
kerana tanpa cinta,
kau akan mudah merasa penat.

5:35
carilah wasilah untuk selalu dekat dengan tuhan.

ingat..
Tuhan tidak perlu padamu,
Kau yang perlu pada Tuhan.

dan jika kamu yang berada di posisi memerlu,
kenapa berlagak seperti sudah kecukupan?

dalam keterbatasan upaya..
belajarlah untuk bersyukur.

di dunia ini, tempatmu menempa syurga.
hidup lah di dalamnya..
tapi dengan akhirat di hati beraja..

aduhai, tetaplah dikau setia..

Wednesday, September 29, 2010

I want to fly

dengan nama ALLAH.






aku ingin terbang.
meninggalkan jauh sisa kenangan.
terbang jauh tinggi.
ke puncak makrifat dan cinta Ilahi.
meninggalkan samar jahiliah.
dan lemah tarbawi.

aku ingin terbang lagi.
terbang ke angkasa luasnya hati.
mencari penawar hasad dan iri.
agar mizanku tak condong ke kiri.
kerana ku takut azab yang pedih.

aku ingin terbang tinggi.
terbang mencari redha Allah.
tempat bernaung ketika payah.
tempat berteduh ketika susah.

aku ingin terbang tinggi.
merasa cukup hanya denganNya.
walau bertatih kaki melangkah.
hati sentiasa rindukan syurga.

aku ingin terbang.

terbang tinggi lagi.

tinggi jauh ke awan.

tinggi.

Rabb, bantu aku.

mengharap dengan amat.

Tuesday, September 28, 2010

.harapan.


dengan nama ALLAH

hati ini.
menangis lagi.
rasa di tinggalkan.
salah sendiri.
kerana selalu lupa.
lupa pada janji.
lupa pada tujuan.
dan. sungguh.
hati ini.
merasa sedih.
Rabb.
kasihanilah aku.
aku benar2 merayu.

-tuntun langkahku tuhan-

Friday, September 24, 2010

pengangguran dalam dakwah

copied from a fb note:)
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,



Syeikh Muhammad Al Ghazali pernah berkata :



"Dalam suasana pengangguran, akan :



a. Terlahir ribuan keburukan. b. Menetas berbagai bakteria yang membinasakan.



Jika kerja merupakan denyutan kehidupan, maka para penganggur adalah orang-orang yang mati.



Jika dunia ini merupakan kesan dari tanaman kehidupan yang lebih besar, maka para penganggur adalah sekumpulan manusia yang paling sesuai dikumpulkan dalam keadaan muflis, tidak ada hasil bagi mereka selain kehancuran dan kerugian."



Ada berbagai penyakit "tarbawi" yang sangat berbahaya di mana jika ia tersebar dalam barisan dakwah dan mendapatkan tempat dalam jiwa anggotanya, maka sudah pasti yang berlaku adalah:



1. Kemerosotan. 2. Keguguran. 3. Menarik diri. 4. Meninggalkan kancah dakwah secara diam-diam. 5. Muflis dalam erti yang luas dan menyeluruh.



Di antara penyakit tersebut dan yang utamanya adalah :



1. Pengangguran dari dakwah. 2. Kemalasan berharakah. 3. Kelemahan jiwa. 4. Tidak ada pekerjaan. 5. Berpeluk tubuh dari amal. 6. Tidak menunaikan kewajiban. 7. Tidak menjalankan tugas-tugas dakwah yang berbagai bentuk. 8. Terbiasa menikmati suasana santai. 9. Berlepas diri dari usaha memikul beban dan tanggungjawab.



Semua perkara-perkara di atas merupakan gejala penyakit yang jika menimpa para aktivis di medan dakwah dan harakah, niscaya ia memberi kesan yang boleh mematikan kecuali jika segera:



a. Mendapatkan semula kebangkitan hati. b. Mengambil pelajaran dari suatu peringatan. c. Mengambil manfaat dari suatu nasihat. d. Mendapatkan rahmat, petunjuk dan taufiq dari Allah swt.



Berdasarkan pengalaman dan interaksi para pendakwah, kelihatan di sana sejumlah faktor yang memberi saham kepada timbulnya penyakit-penyakit di atas seperti berikut :



1. Menurunnya tingkatan keikhlasan dan menyusupnya niat yang tidak baik. 2. Ada masalah pada unsur-unsur pemahaman. 3. Tidak mengetahui jati diri dakwah dan harakah. 4. Melayan berbagai godaan dunia dan mengejar segala kemilaunya yang palsu. 5. Melupakan matlamat atau menyeleweng dan lalai darinya. 6. Putus asa, kecewa dan meramalkan keburukan. 7. Terawang-awang dan mempunyai sasaran yang tidak jelas. 8. Tidak interaktif dengan proses tarbawi. 9. Menghilangnya akhlak yang menjadi tuntutan marhalah seperti : tsabat, sabar, tsiqah, tajarrud, tadhhiyah dan lain-lainnya. 10. Lemahnya rasa tanggungjawab. 11. Merasa panjang perjalanan dakwah yang mesti ditempuhi. 12. Hilang semangat dan terpadam keinginan untuk beramal. 13. Keliru terhadap tingkatan keutamaan, jika adapun, dakwah ditempatkan pada tingkatan keutamaan yang paling akhir. 14. Berkaratnya sisi ruhani, tarbawi dan keimanan serta rosaknya komitmen. 15. Kebuntuan selera untuk beramal serta tidak merasakan kelazatan untuk mengerahkan susah payah di jalan Allah. 16. Hilangnya citarasa berpenat lelah dan bersungguh-sungguh dalam beramal di berbagai medan dakwah. 17. Kehilangan rasa intima' (penggabungan) kepada dakwah dan harakah dan semakin nipisnya unsur-unsur wala' kepadanya. 18. Tertutupnya bentuk kemulian kepada manhaj dakwah dan dinginnya rasa ghairah terhadapnya. 19. Lemahnya immuniti fikrah, keimanan dan tarbiyah.



Semua faktor-faktor di atas mendorong seseorang untuk bersikap :



a. Berpeluk tubuh. b. Menarik diri. c. Menjauhkan diri dari lapangan amal. d. Mencipta berbagai alasan.



Oleh kerana itu, seseorang yang dijangkiti penyakit-penyakit seperti ini akan menjadi beban berat kepada dakwah dan harakah. Akibat berikutnya adalah dakwah semakin merintih kerana memikul bebannya dan menyeretnya, padahal sepatutnya merekalah orang-orang yang semestinya memikul dakwah serta membawanya kepada cakrawala masa depan yang lebih luas.



Jika penyakit pengangguran dari dakwah dan harakah ini tersebar, maka akan muncullah ribuan perilaku-perilaku yang rendah, samada dalam skala perseorangan atau jamaah kerana :



1. Barisan yang di dalamnya tersebar pengangguran, maka akan banyak berlakunya kekacauan.

2. Rumah yang kosong akan banyak terdengar suara kebisingan."

Maka hendaklah para pembawa panji dakwah dan harakah tidak berhenti di tengah jalan.



Jangan pula semangatnya menjadi dingin dan keberkesanannya padam setiap kali berhembusnya angin keputusasaan.



Jangan pula harakahnya lumpuh, jalannya terhenti dan arahnya berubah ketika bertiup badai fitnah kerana mereka mengetahui bahwa :



"Sifat mulia biasanya terkait dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh jiwa dan kebahagiaan tidak dapat dicapai kecuali melalui jambatan kesulitan dan semua ini tidak akan menghantarkan untuk mencapainya kecuali menggunakan kapal keseriusan dan kesungguhan. "



Ketiadaan kegiatan bagi pasukan infantri adalah kelalaian.

Di antara penghancur tekad adalah :



a. Mimpi yang terlalu jauh. b. Kesenangan bersantai-santai.



Angan-angan hendaklah diiringi oleh amal, jika tidak, ia hanyalah sekadar mimpi yang kembali kepada pemiliknya.



Suatu hari Hasan Al-Bashri melihat seorang pemuda yang bermain-main dengan batu kecil sambil berdoa :



"Ya Allah, nikahkan aku dengan bidadari".



Maka Hasan berkata :



"Kamu adalah pelamar yang paling buruk kerana melamar bidadari dengan modal mainan berupa batu kecil!"



Begitu juga dengan kita, tidak mungkin kita melamar cinta kasih :



a. Tamkin (penegakan agama). b. Taghyir (perubahan). c. Ishlah (pembaikan).



sementara kita bermain-main dengan sesuatu yang lebih rendah dari batu kecil manakala diri kita pula adalah para penganggur, bermalas-malasan dan cukup menjadi penonton kerana seorang pelamar mestilah membawa mahar.



"Siapa yang meminang wanita cantik, maka ia tidak mempedulikan mahalnya mahar."



Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyatakan bahwa :



"Saya dapat membayangkan seorang mujahid adalah seseorang yang :



1. Menyiapkan segala yang diperlukannya. 2. Membawa yang diperlukannya. 3. Niat jihad telah memenuhi seluruh jiwa dan hatinya. 4. Sentiasa dalam keadaan berfikir. 5. Memberi perhatian besar. 6. Sentiasa dalam kedudukan bersiap siaga. 7. Jika diundang, ia memenuhi. 8. Jika dipanggil, ia menyambut. 9. Paginya, petangnya, pembicaraannya, perbualannya, kesungguhannya dan kerehatannya tidak melampaui medan yang ia telah persiapkan dirinya untuknya dan ia tidak mengambil selain fungsi yang sesuai dengan kehidupan dan kehendaknya. 10. Ruh jihad fi sabilillah dapat dibaca dari garis-garis wajahnya, nampak dalam kilauan sinar matanya dan terdengar dari kenyataan lisannya sesuatu yang menggambarkan betapa besar gelora yang ada dalam hatinya, gelora yang sentiasa wujud, menjadi duka hatinya yang terpendam. 11. Ruh jihadnya juga terbaca dari jiwanya yang bertekad membaja, semangat tinggi dan cita-cita yang jauh.



Itulah peribadi mujahid, secara individu mahupun bangsa. Engkau dapat :



a. Melihatnya secara jelas pada suatu bangsa yang menyiapkan dirinya untuk berjihad. b. Nampak pada forum-forum dan kelab-kelabnya. c. Nampak di pasar dan di jalan. d. Terasa di sekolah dan di rumah. e. Terlihat pada generasi muda dan tua, lelaki dan wanita sehingga engkau membayangkan bahwa semua tempat merupakan medan dan setiap gerakan adalah jihad.



Saya dapat membayangkan perkara ini kerana jihad merupakan buah dari :



1. Pemahaman yang melahirkan perasaan dan menghilangkan kelalaian. 2. Perasaan yang membangkitkan perhatian. 3. Perhatian yang memberi impak kepada jihad dan amal.



Manakala masing-masing mempunyai kesan dan penampilan.



Adapun mujahid yang :



a. Tidur sekenyang-kenyangnya. b. Makan sepuas-puasnya. c. Tertawa sekuat-kuatnya. d. Menghabiskan waktu untuk bermain-main.



Maka bagaimana mungkin mereka termasuk orang yang beruntung atau terhitung dalam barisan mujahidin?!"



Umat yang berpandangan bahwa peranannya dalam berjihad hanyalah :



1. Kata-kata yang diucapkan. 2. Makalah yang ditulis.



Lalu jika hati mereka diperiksa ternyata kosong, saat diuji, perhatiannya melencong, tenggelam dalam kelalaian dan tidur yang nyenyak, maka tempat, forum dan kelab mereka tidak ditemui selain perkara-perkara yang tidak berguna, ketidakseriusan, main-main, hiburan dan menghabiskan waktu tanpa apa-apa manfaat.



Seluruh perhatian perseorangannya hanyalah :



a. Kesenangan yang fana. b. Kelazatan semu. c. Bersantai-santai. d. Bersenang-senang.



Maka umat yang seperti ini lebih dekat kepada main-main daripada serius malah mungkin mereka tidak mengenal keseriusan sama sekali.



Jadi, pengangguran adalah jalan kepada kemuflisan.



Sementara kepeloporan, kepimpinan dan ketokohan tidak dapat diraih kecuali dengan keseriusan dan kesungguhan dan tidak dapat dicapai kecuali dengan segudang pengorbanan.



Perkara ini terbukti secara praktikal sepanjang sejarah dan seorang aktivis dakwah dan harakah semestinya merupakan sebahagian dari mata rantai para nabi, rasul, sahabat, tabiin, ulama' dan pendakwah yang beramal.



Oleh kerananya, ia tidak akan mendapatkan kehormatan sebagai anggota dan diberi kad keanggotaan kecuali jika ia telah membayar maharnya.



Ibnul Qayyim Al Jauziyah lebih berterus terang kerana ia memandang seseorang yang mengaku menjadi sebahagian dari mata rantai mulia ini tanpa memberi bukti sebagai bentuk ketinggian tekad.



Beliau berkata :



"Wahai seseorang yang bertekad tinggi, di manakah kamu berada?



Sementara jalan yang akan kamu tempuhi adalah jalan di mana :



1. Nabi Adam telah berpenat lelah. 2. Nabi Nuh telah kehabisan suara. 3. Nabi Ibrahim telah dilemparkan ke dalam api. 4. Nabi Ismail telah dibaringkan untuk disembelih. 5. Nabi Yusuf telah dijual murah dan mendekam beberapa tahun dalam penjara. 6. Nabi Zakaria telah digergaji. 7. Nabi Yahya telah disembelih. 8. Nabi Ayyub telah menderita. 9. Nabi Daud telah melebihi kadar dalam menangis. 10. Nabi Isa telah berjalan sendirian. 11. Nabi kita Muhammad saw telah bergelut dengan berbagai kemiskinan, kesukaran dan berbagai kesakitan.



Sedangkan engkau berbangga dengan perkara-perkara yang tidak berguna dan main-main??! !"



Ya Allah, sesungguhnya tugas dakwah merupakan tugas yang amat berat namun inilah tugas yang telah Engkau amanahkan kepada semua para utusanMu. Permudahkanlah urusan ini kerana kami hanya mampu berusaha melaksanakannya sementara petunjuk dan hidayah berada di dalam gengamanMu.



Ameen Ya Rabbal Alameen WAS