By the name of Allah, The most Gracious and the most merciful..
Peace be upon Muhammad PBUH the messenger, His families and friends..
I am going to be away for quite a long time, starting tomorrow (23rd June until 5th July). So, before I go to sleep tonight, I decided to write something.
Alhamdulillah, banyak perkara yang di pelajari sejak cuti ini bermula. Mula-mula terasa kosong, sebab habiskan masa tengok muvi, outing, main monopoly dan taboo. Tapi, hikmahnya ialah, Allah bagi pengisian yang best pada minggu kedua cuti dan InsyaAllah, mahu lagi mencari pengisian jiwa untuk minggu-minggu seterusnya.
Allah yang pegang hati ini, jika DIA mahu, sekelip mata sahaja Dia boleh membolak balikkan hati ini, saya harap, Allah tsabatkan hati ini, ke arah ini, dan di jalan Nya.. sebab saya tahu, more than anyone else..
saya tak layak masuk syurga, tapi saya tak sanggup masuk neraka..
Jadi, saya mahukan kefahaman dalam Islam, kerana..
"barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan padaNya, Dia berikan kefahaman dalam beragama"
Dan, saya mahukan kefahaman itu. sebab saya mahu, Allah memberikan kebaikan pada saya. tapi, kebaikan tersebut, tak akan datang bergolek, kena cari dan usaha untuk dapatkan. Tambahan pula, nanti saya akan menjadi seorang cikgu. dan saya mahu menjadi murabbi yang effektif. InsyaAllah!
Bumi ini milik Allah, Dia wariskan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan jika dia menolong kita, sudah pasti tiada siapa dapat mengalahkan kita. Cuma, mungkin masih belum masa lagi bagi umat Islam kembali ke puncak. It is earned through perseverance.
Saya sangat suka surah Saff..
surah-surah lain dalam al-quran pun best..suma nya ayat2 cinta Allah jugak, penawar hati bagi hamba-hambaNya yang merinduiNya..
saya suka surah Saff, sebab.. dalamnya Allah berbicara tentang..
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu yg tidak kamu perbuat"
"Allah menyukai mereka yang berjuang di jalan Allah secara berbaris (kumpulan)"
"urus niaga yang PALING menguntungkan"
dah jatuh cinta dengan surah ini :)
........................................................
Bunga 1
Di taman yang di lawati hari ini, ada bunga ini. warnanya hijau dan tangkainya berduri. kelopaknya seperti mawar, tapi ianya lutsinar. harumnya semerbak dan bunga ini yang paling "outstanding" antara semuya bunga2..
Bunga ini saya beri nama, bunga hubbuddin~ maksudnya..bunga cintakan agama..
dalam taman ilmu ini, saya melihat kepentingan yang sangat tinggi untuk kita kenal sejarah dan cintakan agama ini,
salah satu sebab yang jelas: "agama di sisi Allah itu, adalah agama Islam"
lagi, rasul SAW sudah berpesan, kita ni hanya musafir di dunia. agama itu lah bekal kita, pengikat akidah dan cara hidup kita. dari agama kita kenal diri, kita beri warna dan kerekter pada diri... Bila kita sudah kenal pada diri, barulah kita kenal pada tuhan..
ingat..
"dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir"
bunga hubbuddin ni sangat mekar dalam taman tersebut, tapi untuk memetik dan menyimpannya dalam pasu untuk di letakkan dalam bilik mungkin susah, sebab ia akan layu. maksudnya, kalau rindu dengan hubbuddin, kena masuk taman tu.. :)
~getting tired..
o0...saya nak doakan, kawan-kawan saya sentiasa gembira, dan di hilangkn rasa sedih dalam hati. smoga masalah kawan-kawan saya di hilangkan dan mereka di beri ketenangan. Saya sayang kawan-kawan saya.. harap smuanya baik-baik saja
dan... InsyaAllah, saya maafkan smua orang yg pernha buat salah kat saya, dan saya mahu minx maaf kat suma orang atas salah dan silap saya..
lagi... sejak akhir2 ini, simtom rindu dan homesick semakin berleluasa dalam hati ini, kalau boleh saya mahu balik hujung tahun ini! insyaAllah..
Last... tolong ingatkan saya, jika saya terlupakan tuhan, dalam kelapangan dan kesibukan..
tuntun langkahku tuhan..
Anak Pertama
1 year ago


1 comment:
syg,bgus2 ko sana..gud luck ar..
Post a Comment