Peace be upon Muhammad the messenger, his families and friends
“aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dari dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu” _Imam Syafie_
Ukhuwah, adalah kekuatan ke dua umat Islam. Dalam post sebelum ini, saya ada menyelitkan tiga kekuatan utama umat Islam:
1. Akidah
2. Ukhuwah
3. Harta
Dalam Islam, jalinan ukhuwah antara muslim itu adalah sangat kuat, di gambarkan dalam alquran, bahawasanya, semua orang beriman itu bersaudara. Oleh itu, kita haruslah mengambil ibrah dengan sentiasa memastikan kita berada dalam golongan orang-orang yang menjaga hubungannya sesama manusia, iaitu orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
Saya pasti para sahabat sekalian sudah tentu pernah mendengar ungkapan
“uhibbuki fillah” atau aku mencintaimu kerana Allah.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mencintai kerana Allah tersebut? Jom kita teladani kisah antara saidina Umar dan rasul SAW.
Pada suatu hari, saidina umar berkata kepada Rasul SAW, “ya Rasullullah, sesungguhnya kau mencintaiMu, sebagaimana aku mencintai diriku sendiri” kemudian rasul SAW menjawab “wahai Umar, sepatutnya, aku haruslah lebih kau cintai dari dirimu sendiri”. Tanpa berfikir panjang, saidina Umar berkata kepada nabi “baiklah ya rasul SAW, “aku mencintaimu, lebih dari aku mencintai diriku sendiri”
Subhanallah..subhanallah..subhanallah..
Ibrah yang dapat kita lihat dari cerita di antara dua sahabat di atas adalah; cinta adalah kata kerja. Maksudnya, cinta itu adalah perbuatan dan bukan hanya sekadar perasaan yang bermain dalam hati. Analoginya begini,
Jika sahabat mencintai A lebih dari sahabat mencintai B. kemudian, saya katakan pada sahabat, bahawa sahabat harus mencintai B lebih dari A dan bukan sebaliknya. Lalu, apa yang sahabat akan lakukan? Mesti susah nak ubah perasaan cinta itu dari A ke B bukan?
Jika kita renungi, kalaulah cinta antara dua sahabat agung di atas, adalah di dasari soal hati dan perasaan, mustahil saidina Umar dengan pantas tanpa sebarang keraguan boleh menukarkan pendiriannya untuk mencintai Rasul SAW lebih dari dirinya sendiri. Namun, cinta dalam Islam itu adalah “kata kerja”, yang bermaksud, ia harus dibuktikan dengan perlakuan dan di sandarkan hanya kepada Allah. Apabila kita selalu melafazkan “uhibbuki fillah”, lafaz tersebut akan menjadi doa dan akhirnya terzahir dalam perbuatan kita.
Cintailah sahabat kita tanpa sebab ataupun kepentingan. Jika cinta kepada sahabat itu memerlukan sebab seperti “kecantikan”, “kepandaian”, “kecaringan”, “kelembutan”, “kecoolan” dan sebagainya, suatu ketika nanti bila semua sebab ini pudar, ukhuwah yang terbina itu akan putus, kerana sebab yang menjadi sandaran itu telah pun hilang membawa bersama manisnya ikatan persahabatan. Namun, ukhuwah yang bermanifestasikan akidah kepada Allah tidak akan pernah luntur, kerana Allah selalu ada, dan akidah itulah yang menjadi pengikat hati orang yang beriman. Cukuplah kebaikan, cinta dan kasih sayang Allah pemberi semangat untuk kita selalu berijtihad di jalanNya. Dan semoga ianya menjadi sebab untuk kita sandarkan segala sesuatu, termasuklah dalam hal berukhuwah.
Caroline Bay, Timaru, June 2010
lake Tikapo, NZ.. Winter, 2010
Auckland city, 2010
Sesungguhnya, Allah telah berfirman dalam alQuran, Surah Ar-Ra’du tentang orang2 yang memenuhi seruan Allah dan bakal mendapat ganjaran syurga Adn.. mereka adalah..
“orang-orang yang menyambungkan apa yang diperintahkan Allah untuk di sambungkan”
Sambungan di atas merujuk kepada eratnya ukhuwah.
Sekadar perkongsian untuk para sahabat, jom kita sama-sama bermuhasabah cinta..
Sungguh, tak layak ke syurgaMu, tapi tak sanggup kenerakaMu..
Tuntun langkahku tuhan..
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah~


1 comment:
:')
Post a Comment