CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Tarbiyah~. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah~. Show all posts

Monday, May 2, 2011

astaghfirullah.

bagaimana mungkin, aku mengeluh,
saat aku sendiri tahu, ALLAH terlalu banyak memberi kurnia,

dan aku memang tidak ada hak untuk mengaduh,
kerana ALLAH tidak pernah mentakdirkan sst dengan sia-sia

hikmah ALLAH itukan luas,
dari denyut nadi, hingga hembusan nafas.

semoga sakit yang kurasa,
menjadi kifarah bagi dosa.

*bagaimana, bisa ku kambus, jejak dosa semalam*


mohon doanya, kepada yg bernama sahabat

Saturday, April 30, 2011

pena yang tergesa-gesa menuliskan

dengan nama ALLAH,

tarbiyyah adalah satu wasilah
yang menyantuni ruhi manusia,
menjadi sesuatu yang berbeza.

menjadi lebih kuat, cekal, dan ghuraba

kadang-kadang kita perlu untuk membuang sesetengah perkara yang kita cintai,
untuk terus melangkah di jalan tarbiyyah

perkara-perkara yang memberatkan hati dan gerak kita,
yang mengganggu fikir dan waras kita,

tarbiyyah itu satu perjalanan yang cukup jauh,
bermula dari hari kita merasa 'sesuatu',
dan berakhir hanya bila ajal menjemput kita,

mereka yang berada di jalan-jalan tarbiyyah,
bukanlah orang-orang yang sempurna,

jauh sekali dari mengejar kesempurnaan,

namun kita adalah manusia, yang hatinya cinta pada kesempurnaan itu,

cinta pada kebesaran Rabb,
keagungan Al Quran yang Dia turunkan,

cinta pada keindahan perkerti Muhammad,
cinta pada Agama yang baginda sampaikan,

di jalan tarbiyyah itu,
kita harus berhenti menoleh ke belakang,
mengenang 'manisnya' jahiliyyah yang kita tinggalkan,

kerana yang di hadapan itulah medanmu,
medan mujahadah dan usaha,

selalu, kita merasa ragu untuk melepaskan sesuatu yang kita cintai,
tapi kita tidak boleh terus melangkah, selagi kita tidak kenal erti berkorban,

boleh jadi, yang kita cintai itu,
akan mematikan langkah kita di jalan tarbiyyah,

mengekang ikhtiar kita,
dan menjadikan kita pendusta yang bersembunyi,

perjalanan tarbiyyah itu bukan sesuatu yang mudah,
kerana itu, ia tidak boleh di bebankan lagi dengan bebanan sampingan yang tidak perlu

kita perlu untuk menyingkir perkara yang kita dulu fikir, sangat penting dalam hidup kita,
tapi tidak lagi setelah kita timbang dengan neraca iman yang di tarbiyyah,

ya, kita manusia,
tidak mampu untuk merubah segalanya sekelip mata,

namun rendahkanlah hatimu,
dan rasalah dalam jiwamu,

apa sebenarnya yang kau kejar dan citakan?

tujuan tarbiyyah itu cuma ALLAH,
kerana ALLAH,
kepada ALLAH,
daripada ALLAH,

kerana itulah, jiwa harus di didik,
untuk tidak mengharapkan sesuatu selain dari redha ALLAH,

semoga langkahmu kuat di jalan tarbiyyah:)

merindui sahabat yang sangat terasa kehilangannya,
tiada lagi suara tawa dan senyum manisnya,
semoga Allah memimpin langkahmu di sana sayang

baru kembali dari jaulah dehati 4 hari 3 malam, queenstown, wanaka, twizel, mountcook, melihat kebesaran ALLAH.

dari pergantian siang dan malam, kapal-kapal yang belayar di lautan, burung-burung yang berterbangan, dan binatang yang berenang di lautan, semuanya merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi mereka yang mahu berfikir. (Albaqarah)

-namun, bila tarbiyyah ku datangi, aku jadi malu dengan keteranganku sendiri~

Thursday, April 21, 2011

wasiat imam hasan

10 wasiat Hassan Al Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Wednesday, April 20, 2011

_tarbiyyah TESOL_

dengan nama ALLAH..

akhirnya berakhirlah sesi tensa tensi assignment, ujian ALLAH dalam bentuk kesempitan. :)


dan selepas tensa tensi assignment, ALLAH masih menguji kita jugak. dengan ujian nikmat kelapangan :)

semua itu ujian, setiap saat kita di uji..jadi, perlu hayati setiap laku, tingkah dan gerak-geri.. macam buat essay la kan,kita selalu nak pastikan kita tidak off track, some goes to life too..

kita nak enjoy..enjoy lah~
nak makan.. makan lah~
nak kawin??.. kawin lah~

tapi jgn off track :)


this is the part of ibrah yang nak dikongsi dari assignment, i believe suma ada ibrah masing2 jugak. jom kongsi yuk :)



guided reading is:

Fountas and Pinnell (2001), guided reading is a teaching approach that is piloted to assist students in learning to process a variety of increasingly challenging texts with understanding and fluency.

what is the purpose of guided reading?
- to engage children with a deeper meaning of the text
- to enable children to think what is the author trying to say
- to relate with the existing prior knowledge
- to create connection between own experience and what is said in the text
- to infer, synthesis and read between lines


so, bukannya sekadar menjadi pembaca, tapi baca dengan hati la kan? secara konklusinya?

baru saya perasan, konsep guided reading ni, macam konsep tadabbur alquran.

dulu, kawan pernah tanya..
"kalau kita tadabbur alquran tu, bukan ke kita macam beri tafsir suka2 hati ke?"


well, indeed..nope :)

because, when you are "tadabburing" Al-Quran..it is just like performing a guided reading. u make connection, you relate to yourself, you infer what the author is really trying to say..

and the author of the holy book is??? .....


Tuhan sedang berbicara denganmu, di setiap uji, puji, keji dan sedih..kalamNya, santun mendidik.. hanya jiwa yang hidup akan basah merasai..


*all the best to kgkwn yg akan pegi north island, yang akan pergi ke QT, yg bawak parents jalan2.. hati2, jaga diri, bertebaran lah di muka bumi dan sama2 melihat keindahan ciptaan ALLAH..semoga ada manfaat buat diri dan hati, setiap apa yang kita usahakan.

ya lathif..ya lathif..ya lathif.. :)

Monday, April 18, 2011

sedetik lebih ^_^

dengan nama ALLAH.

fitrah hati itu,
adalah mencintai,

dan jika tidak di halakan fitrah itu,
pada tempat yang selayaknya,

bukankah kita telah menzalimi diri sendiri?

cinta pada harta,
cinta pada dunia,
cinta pada kelapangan,
cinta pada elaun yang banyak,
cinta pada A dalam assignment,

dan kecintaan yang tidak terarah ini, menjadikan jiwa tumpul pada hakikat cinta sebenar.




*bukan tidak boleh makan, tapi basuh tangan dahulu.
juga,

bukan tidak boleh cinta, tapi perlu tahu siapa nombor satu.


ampuni ya Rabb~

Saturday, April 16, 2011

Oh, eseiman

dengan nama ALLAH,
tuhanku juga tuhanmu ;)

hari ni kan,
kita buat assignment banyak kan?

sampai tensen dan rasa cam nak muntah2 kan.
atau kita spent masa buat saimen banyak2 ni kan.

bangga tak kita?
kalau kita mati,
dalam keadaan kita sedang menyiapkan assignment ni?

bergelumang dengan kertas2 inclusive education

dan children poem yang indah di karang,

atau bergelimpangan bersama buku2 short story untuk lit

dan English?


ha.. terfikir je, bukannya apa pun.

ye lah, benda2 ni smua kan, cuma alat, untuk kita capai matlamat.

matlamat hidup la..risalah, bukan cuma ijazah.
slamat ya kawan2 skalian! semoga ALLAH pandu jiwa2 kita ni.

bdw, I am thinking about changing my blog song. tak best la lagu ni. jiwang karat sungguh. dah la I ni tak suka jiwang2 berkarat neyh~ =.="

kembali berusaha.

ya lathif..ya lathif..ya lathif..

Monday, April 11, 2011

hurm..kerana Tuhan?


bismillah..

Saya pernah mencari-cari, apa maksudnya, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH.
Kebanyakan jawapan yang saya dapati, mengatakan:

“dengan niat.. kita merubah sebab kita melakukan sesuatu, so, niat la setiap apa yang kita buat kerana ALLAH”

Tapi..Saya tak puas hati =.=”

Saya mahukan penerangan yang lebih jelas, sebabnya, ada di kalangan kenalan yang menggunakan term “kerana ALLAH” itu sesuka hati.

Contoh, bila kita kata, aku pakai baju kerana ALLAH, tapi tak jaga plak hak2 aurat dan batasannya.valid ke kalau kita cakap camtu? Suka-suka ati je kita guna kerana ALLAH tu.. err…Ko gano? ;)


So, saya mahu berkongsi cerita ini: :)

Ada seorang lelaki, namanya Ali. Ada seorang perempuan nama Joyah. Di pendekkan jadikan cerita, Ali suka kat Joyah.

Joyah ni sekolah kat sekolah A, manakala Ali sekolah kat sekolah B. Maklumlah, Joyah dapat straight A waktu UPSR dlu, Ali pulak dapat straight B. maka terpisahlah mereka. Demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah, Ali sanggup menaiki bas yang Joyah naiki, walaupun ia membuatkannya terpaksa membayar tambang lebih dan jarak ke sekolah Ali makin jauh.

Oleh itu, Ali terpaksa bangun di awal pagi, bersiap awal, dan simpan duit lebih untuk tambang. Berkorban demi Joyah.

Joyah ni ayu. Dia suka kaler pink, dia suka dengar lagu nasyid2 gitu. Dan Joyah suka makan tembikai. Ali ni pula, sangatlah rockers. Dia suka pakai baju black metal hitam2, dan tak suka langsung makan tembikai.

Namun, kerana Ali sudah jatuh hati dengan Joyah. Maka dia sanggup merubah caranya, untuk menawan hati Joyah. Maklumlah, nak mengoratkan.. isk2..

Ali mula pakai baju kaler lembut2, mula dengar lagu nasyid, walaupun mula2 rasa pening mendengarnya. Kawan2 Ali semua kutuk dia. Dorang pun xnak kawan dah ngan Ali. Tapi Ali tak kisah, sbab bagi dia, dia buat tu untuk Joyah, untuk mendekatkan diri dengan Joyah, tak kesah susah ke, payah ke, untuk Joyah, dia sanggup je.. pergh!

Ali terus berusaha.. dan berusaha.. dia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut hati Joyah.
____________________________________________________________________
p/s: Apa kaitan cerita ni, dengan persoalan saya tadi? Uhuk2..(bunyi batuk)

Melakukan sesuatu kerana ALLAH.


Pernah bercinta?
Jatuh cinta?
Jatuh hati?
Jatuh tangga?
<--yang ini saya pernah. =.=” err..saya bukannya nak suruh bercinta ya tuan2 dan puan :P Saya ingin mengajak, kita sama2 mencontohi Ali. Err..bukan mencontohi kisah cintanya, tapi menyantuni semangat dan motivasi dalam dirinya untuk mencapai cinta yang di kejarnya. Kita selalu kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita niat belajar kerana ALLAH, niat solat, puasa, makan, minum, masak, kawin, dll..kerana ALLAH. Tapi apa maksudnya kerana ALLAH tu?? “kerana ALLAH” adalah sebab yang disertakan dengan kesungguhan, keredhaan, dan kerendahan hati.


Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu bersebabkan ALLAH, kita ingin melakukannya, hanya untuk dekat pada ALLAH, untuk mendapat redha ALLAH, dan meningkatkan keimanan kita.

Kalau kita menyoroti kisah Ali, kita lihat jelas. Ali sanggup buat apa sahaja yang bertentangan dengan kebiasaannya kerana Joyah. Kalaupun dia melakukan sesuatu kebiasaan (seperti menaiki bas). Dia melakukan demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah.

Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita redha mengubah kebiasaan kita keranaNya. Kita sanggup bangun awal sedikit, kerana nak solat subuh. Kita sanggup pakai tudung sebab Dia. Dan, pada benda2 yang kebiasaan pula, seperti belajar, makan, tengok tibi, semua tu pun kita buat, semata2 kerana ALLAH, kerana mahu mendekatkan diri kepadaNya.

Kiranya, kalau nak cek sesuatu benda tu, kita buat kerana ALLAH atau tidak. Tanya diri kita
“apa yang aku buat ni, mendekatkan aku dengan ALLAH tak?”

Sesuatu benda tu mendekatkan kita degan ALLAH selagi ia tidak bertentangan dengan syariat ALLAH dan sunnatullah. Tapi, perlu kena cara dan gayanya la..

Jom perhalusi lagi.

Untuk memvalidkan ungkapan kerana ALLAH tu, kenalah selari niat dan cara kita usaha. Contohnya, Ali nak dekat dengan Joyah kan, tapi dia tak naik pun bas yang Joyah naik, sebab dia nak cepat ke skolahnya, tapi kata Ali, dia nak dekat dengan Joyah. Tapi, tak sanggup pula nak berkorban. Kan tipu tu?

Macam tu juga dengan melakukan sesuatu kerana ALLAH. Wasilahnya kena betul.

Contohnya, kita niat belajar kerana ALLAH. Pastikan, bila kita belajar, kita tidak melakukannya dengan semberono. kita niat nak penuhi tuntutan fardhu menuntut ilmu, kita tak nak orang pandang orang islam ni ketinggalan zaman, tak pandai dll. Dalam kelas, kita mahu memberi tumpuan, saingan, kita sanggup angkat tangan untuk jawab soalan, walaupun kita tak berapa sure. Tapi kita nak memberanikan diri kita, sebab kita buat tu kerana ALLAH, kita nak jadi cemerlang. Faham ke?

Dan ironilah kalau kita kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, tapi kita menyelitkan benda2 yang ALLAH murka dan tidak suka. Contoh, kita kata nak makan kerana ALLAH, nak cukupkan hak diri. Tapi, we end up makan banyak2, sampai malas nak solat (na’udzubillahi minzalik)..

Melakukan sesuatu kerana ALLAH tu, kita fokuskan apa yang kita nak buat tu kerana ALLAH semata, tak kesah la susah ke senang. Tak kesah orang nak kutuk orang nak larang.

Jadi kalau benda yang kita nak buat tu tak mendekatkan diri dengan ALLAh. Tak payah la eh?

Terpulang. Kalau kita bersungguh nak dekat kerana ALLAh, maka kita akan menjaga hakNya, tapi kalau kita bukan pencinta yang setia, maka kita amik sambil lewa je la. Cumanya, “dunia ini hanya permainan dan senda gurau” (29: 02)


Syarat utama


Tapi ada syarat yang besar untuk melakukan sesuatu kerana ALLAH ni.Kena hadirkan dulu, rasa sayang, cinta kepada ALLAh tu.Slow2..tapi konsisten. Macam Ali la. Semangat dia kuat nak dekat dengan Joyah, sebab sayang la.

Sebabnya, walaupun kita kata kita nak lakukan sumthing kerana seseorang kan, kalau tak di sertai dengan sayang. Nanti kita akan mudah rasa penat dan letih.
Banyak tak ALLAH dah bagi kat kita? Sayang tak ALLAH?..
Itu, masing2 kena fikirla ;)

Ketaatan kepada ALLAH tu, adalah ketaatan yang tidak memerlukan begitu banyak sebab.

Cukuplah kerana kau cinta. Dan kau rasa tenang bila dekat denganNya. Nanti, baru kita faham, kenapa ada orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk akhirat. Macam saidina Abu Bakar yang sanggup menginfaqkan seluruh hartanya di jalan ALLAH.

Tapi jangan risau, cinta tu boleh di pupuk. Saya yakin, kita boleh jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, jika kita mencuba, apatah lagi ALLAH yang telah terlalu banyak memberi. Setat now? Yuk! :D

“dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya demi mencari keredhaan ALLAH. Dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya” QS Albaqarah:207

Nota: yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu juga dating dari ALLAH, tapi di sandarkan pada kelemahan dan kekurangan saya, untuk membezakan; yang mana hamba dan yang mana pencipta.

p/s: post ini menjawab soalan seorang kawan, juga untuk refleksi diri saya sendiri




p/s: saya insan yg sgt byk kelemahan dan kekurangan. saya sedia menerima komen dan teguran. InsyaALLAH.

Friday, April 8, 2011

out of nothing

sometimes, when I tell people not to worry, I am not really sure,
whether that words come from my own desire to comfort, or my ignorance to empathize.

I find it rather difficult to express what I really want in words,
So I resort to the much easier and simpler way of expression; sleeping!

thinking about stuff around me may give me headache,
I hate taking paracetamol because I have a kidney problem,

but yeah~
somehow, I have developed this vulnerability to pain.
unable to cure naturally, I need to scaffold my immunity.

I have still one pending request from friend,
I am still thinking what kind of analogy will be good to describe the answer for her question.

and yeah~
stuck with my own delayed job.

cheers,
Aini

Saturday, April 2, 2011

Omar Mukhtar

bismillah~


Mungkin jika Allah tidak mengirimkan kepayahan bagi ummah ini,
Kita tidak akan Nampak,
Siapa yang benar-benar ikhlas mencintai agamaNya

Mungkin jika ALLAH mengutuskan kemenangan yang segera bagi ummah ini,
Maka tidak lahir cinta dan prihatin,
Dalam jiwa-jiwa pencinta keamanan dan kedamaian

Mungkin ALLAH belum lagi mahu mengabulkan doa merdeka kita bagi Palestine
Kerana hati kita masih belum bersatu
Dan jiwa-jiwa kita masih terpesona dengan dunia

Kerana ALLAH menganugerahkan cubaan bagi ummah ini.
Mereka yang benar percaya akan janjiNya tentang hari pembalasan
Akan bangkit berjuang, melawan musuh dari dalam dan luar hati

Kerana agama ini,
Adalah agama jihad dan perjuangan,
Di warisi dari para anbiaa’
Dari Ibrahim a.s
Hingga Muhammad saw

Allah tidak menyentuh jiwa dan kemanusian
Dengan limpahan nikmat dan kesenangan,
Kerana hanya dengan payah,
Kita belajar erti cinta, sabar, syukur dan redha..

Bahawa kita semua datang dari ALLAH,
Dan kepadaNya kita akan kembali.

Yang penting bukan bagaimana titik pengakhiran kita nanti,
Tapi bagaimana hidup ini telah kita jalani..

Ah..
Dan hidup ini sebenarnya,
Terlalu pendek untuk di kongsi,
Bersama pencari dan pengejar dunia.

Ya lathif..ya lathif..ya lathif..

Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya niscaya mereka akan berbuat melampaui melampaui batas di bumi, tetapi DIA menurunkan dengan ukuran yang DIA kehendaki. Sungguh, DIA maha teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya
(42:27)

Selepas menonton Omar Mukhtar
Ahad, 03 April, 2011
Room 4, Frederick Street,
Dunedin, NZ

Sunday, March 20, 2011

jangan sombong pada kebenaran.

dengan nama ALLAH, tuhanku juga tuhanmu.
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhamamd.

43:78

"sungguh, kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tapi kebanyakan daripada kamu membenci kebenaran itu"

43:88

"dan jika Engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab ALLAH; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan daripada menyembah ALLAH"
..........................................................



kadangkala kita membenci kebenaran apabila ia datang kepada kita, kerana ia membuat hidup jadi payah dan sukar. kebenaran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali dua tapak tangan dan muka contohnya, akan menimbulkan persoalan kepada sesetengah orang, kenapa perempuan sahaja yang perlu tutup2. nanti leceh la nak kena pakai stokin..nanti xbley la tunjuk gaya rebond rambut yang comey2.. etc2..

dan lebih dari sekali, kita menafikan kebenaran yang datang itu. kerana kita, merasa berat. dan kita melihat, tidak ramai pun yang terpanggil hatinya untuk memenuhi kebenaran. lantas kita merasa selamat. selamat mengikuti golongan yang ramai, yang memilih untuk mengambil ringan pada kebenaran.

banyak ketika, kebenaran itu juga datang, saat kita belum bersedia untuk menopangnya. kebenaran menjadikan kita merasakan.. islam itu penuh dengan "tidak boleh"

kenapa tak boleh sentuh laki pempuan?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta blye kapel?
sebab tuhan tak kasik

kenapa tak boleh minum arak?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta bley buka tudung?
sebab tuhan tak kasik

dan banyak lagi lah ketidak bolehan yang di bawa oleh kebenaran ini. susah x?





kata kawan

"orang putih ok je kawan laki pempuan, duk serumah jadi flatmate pun ok, bagi aku, itu memerlukan tahap kematangan yang tinggi. kalau kita, semua tak boleh..ntahla..."

saya rasa

"untuk tidak bergaul dengan sebebasnya itulah yang memerlukan kematangan yang lebih tinggi. bergaul cuma bila perlu, atas urusan penting dan bukannya sekadar suka2."

faham ke?

dan kadangkadang jugak, kita perlukan justification bagi setiap kebenaran yang datang mengetuk pintu hati kita.

"oooh..perempuan itu ibarat mutiara, so kena la tutup2 kan..cam mutiara kena tutup"

"ooh..sujud tu mengalirkan darah ke kepala, so kenalah solat kan..untuk sihat"

"ooh..bergaul tu menjaga hati kan, so kenalah jaga kawan"

dan rizen2 ni penting jugak untuk kita paham dan mengambil kebenaran tu. tapi.. the ultimate rizen kenapa kita membuka pintu hati kepada kebenaran adalah.

"because God says so, and I believe this come from God".


ayuh sogokkan kebenaran




jom berusaha untuk sogokkan kebenaran kat hati kita, sampai hati sudah penat untuk lari dan bersembunyi dari kebenaran itu. sampai hati rasa give up and say..

"ok..I submit to the truth! I surrender"

biar ia jadi lelah untuk berpaling, dan jadi kuat untuk menerima.

kita memang tak boleh laripun dari kebenaran sebenarnya. kita tak ada alasan pun kat akhirat nanti nak kata, kita tak dapat hidayah nak masuk islam secara keseluruhan. sebab apa?

sebab pada matahari itu ada kebenaran,
pada denyut nadi itu ada kebenaran,
pada setiap hembusan angin itu ada kebenaran,
pada setiap degup jantung itu ada kebenaran.

dan kebenaran2 ini, bagi orang2 yang kuat bersabar dan banyak bersyukur, is the sign from ALLAH.. that inflicts Taqwa to those who believe.

"jangan ada yang berkata ketika melihat azab, sekiranya aku dapat kembali ke dunia, sudha tentu aku berada dalam golongan baik2. sesungguhnya keterangan2KU telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya dan menyombongkan diri"
39:58-59

Wednesday, March 16, 2011

minta lagi.

Allah, I know that I have asked YOU to lead my way and show me to the right path. And I don’t mean to complain when everything seems to tear apart at this very moment. But ALLAH, I am hoping that you will keep me strong. Make me feel Your guidance and existence in my self.

Allah, I am not hoping for a lighter burden, but ALLAH, please, with all your grace, give me a stronger back. I am no one without You and I have nothing except what you give.

Akan tiba masa,bila Allah mencabut semua kegusaran dalam hatimu,melapangkan bagimu dadamu,meluaskan bagimu jalanmu, sehingga kau nanti merasakan, kau tidak pernah merasa sedih dan tertekan. Kerana itu bertahanlah dalam setiap saat dirimu diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Allah tidak mentakdirkan sesuatu melainkan itu yang terbaik,terpulanglah bagaimana kita hendak memahamkan kebaikan itu.

Kalau tidak baik di dunia,
Maka baik bagimu di akhirat,

manakah kebaikan yang lebih kekal padamu?

Tuesday, July 6, 2010

Epilog hamba~

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful..
Peace be upon Muhammad the messenger, His families and followers..

selamat membaca..^-^v

Kota Dunedin membeku hari ini, pada suhu -4'c. Selesai solat sunat Dhuha, saya dan sahabat membaca al-ma'thurat bersama-sama. Menghayati bait-bait alquran, doa dan wirid tinggalan dan susunan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. Imam Hassan Al-Banna jugak seorang murabbi, seorang pendidik dan fikrahnya telah menyuburkan, dengan izin Allah, banyak hati-hati untuk kembali membina sistem khalifah sejurus selepas kejatuhan zaman khalifah uthmaniyah.

Imam Hassan Al-Banna telah syahid ditembak oleh golongan pemberontak. Namun, semangatnya tetap mengalir dalam darah pemuda pemudi islam yang sejati.

Adapun, hari demi hari, ramai anak-anak muda Islam, leka dengan "tarbiyah jahiliah". sungguh.. Allah telah berfirman dalam kitabNya:

"tidak akan redha, golongan yahudi dan nasrani, sehingga kau menuruti millat (ajaran) mereka"

Oh, berat sungguh cabaran yang perlu ditempuh ummat, dan dengan akidah yang belum mantap, bertaklid tanpa pengetahuan dan Bi'ah yang tidak islami, maka makin hari makin ramai yang lupa. tepuk dada, tanya lah iman dan takwa.. Nafsu selalu menipu jika tidak di jinakkan dengan Iman yang mantap, juga Iblis, yang dendamnya tidak pernah padam sejak hari dia ingkar untuk bersujud sehingga masanya kita semua akan di bangkitkan di depan Allah..

Sahabat, ingatlah, Iblis telah berikrar di hadapan Allah..

"kerana engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN,BELAKANG, KANAN, KIRI, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"
A'raf:16-17

Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Lantas, bagaimanakah keadaan kita selama ini? adakah kita sudah merasa cukup Islam kita hanya dengan solat? puasa? menutup aurat?

Saat manakah kita merasa hampir dengan Allah? saat bilakah kita bersyukur dengan kurniaNya? bagaimanakah rasa kehambaan kita terhadap Allah itu kita tonjolkan?
Mari kita kembali merungkai resah hati, mencari penawar jiwa, menyemai baja-baja keimanan dalam diri, mari kita renungi tujuan penciptaan kita di dunia yang sementara ini..

2:30.. Menjadi khalifah..
51:56.. Beribadah..

Ada apa dengan khalifah?

Khalifah maksudnya menyampai, memelihara, dan tanggungjawab kita di bumi ini adalah untuk memelihara bumi dan juga menyampaikan syariat Islam. Zahirkan Islam dalam perlakuan dan perbuatan, perkataan dan pemikiran.

Ada apa dengan Ibadah?

Haruslah kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Bukan hanya dalam ritual kita tetapi jugak di setiap ketika dan detik, Allah melihat segala perbuatan kita. semaikanlah sifat Ihsan dalam diri, iaitu, sungguhpun kita tidak melihat Allah, tapi yakinlah Allah maha melihat.

Sesungguhnya, Islam itu adalah agama pembawa rahmat, ia meluaskan dunia yang sempit ini dengan luasnya akhirat. Maha suci Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri..

berhati-hatilah melakukan apa-apa pun dalam hidup, istiqamah la melakukan amalan-amalan kebaikan, tetaplah teguh dengan ajaran Islam. check and recheck how we have spent our days, adakah kita makin hampir dengan Allah, or makin jauh dengan Allah? Kerana, ajal itu, akan datang tidak dilewatkan, tidak di awalkan, dan bila saat itu tiba, adakah kita sudah bersedia? _muhasabah cintaku_

Dalam surat Thahaa [20] ayat 124 disebutkan:

“Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.


Tuhan, dosaku menggunung tinggi, namun rahmatMu, melangit luas..

Tahu.. Terima.. Faham.. Amal..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah, sentiasa menaungi dan memayungi kita..

Sungguh, tak layak ke syurgaNya,
tapi tak sanggup ke nerakaNya..
Tuntun langkahku tuhan..

Tuesday, April 6, 2010

...what you see, is what you get~...


..By the name of Allah, the most gracious and the most merciful..





I dont really know how to define my day today, it was.. unpredictable..
we were really excited to go for jaulah to Cristchurch with our seniors and akhwat there. we prepared and pack our cloth as early as 6am in the morning. there were actually some conflicts occured before the departure pertaining to the coming back date which was so close to the starting of 2nd half of the semester.. but, after a lot of "discussion and reconsideration" over things..we decided to just go with the flow..

Today was quite an embarrassment..
why?? because, we were running kesana kemari to catch the bus that we thought we had missed.. suddenly, a pakcik that happen to be there (who apparently has been observing our peculiar behavior) told us that the bus was going to come back.. it was a great relief!!... Alhamdulillah.. maklumlah, that was our 1st tym experience using bus in Dunny..

when we were lining op for the bus, unaware of the sad fact that was waiting for us.. the driver, who was a young man(about 25, i think..) called us and said.. there was a problem with the tickets, they are invalid!! what to do! only 2 tix are valid, the seats were full..so other choice, 2 of us have to go first.. so, my beloved Kak T and Ja..appoint themselves, ready for the challenge..huhu~

i said to myself, no worry! there is something that can be done:)
we went to the counter to buy new tix, we paid..and then we discuss again about the journey (weird kan?? we suppose to discuss dlu before we bought the tix).. then, those kakaks said that they have to follow the schedule, consequently, they cant wait for us..it leaves us with 2 option
1. go straight to Neslon(6hrs from CHC)
2. cancel the tix

what came to me was, none of the options were favorable.. whatever la kan..

tired of thinking, stamping feet on the ground, dizzy with the unclear ideas on the future or chance of the journey.. we made our way to Grange st..

:::long story short...:::

we decided to go the next day, fortunately, one of the kakaks, whom our friends seem to be familiar with offer herself to wait for us.. *terharuu*

Alhamdulillah..
by the end of the dark tunnel..there is a light..
there will be ease after pain..

::moral of the story??::

Dear Dar, be in charge with ur own self, ur tix, ur journey, ur life
Dear Dar, please dont get panic easily.. remember, there is nothing better than this path..

last but not least, what u see is what u get..
if i perceive the situation as a problem, obstacles..then it will be so..
on the other hand, its a lesson..a meaningful lesson..

by the end of the day... here we are.. stranded in DUnedin, with nerds who favor library during this cold weather, pakciks and makciks.. the loyal occupant of lonely DUnny.. and our "persada president" who insist that he stayed to accompony Dunedin..(as if Dunedin wants him as a company :p)

rite... lets hope for a better day..insyaAllah^_^

::THE END::