CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 30, 2011

pena yang tergesa-gesa menuliskan

dengan nama ALLAH,

tarbiyyah adalah satu wasilah
yang menyantuni ruhi manusia,
menjadi sesuatu yang berbeza.

menjadi lebih kuat, cekal, dan ghuraba

kadang-kadang kita perlu untuk membuang sesetengah perkara yang kita cintai,
untuk terus melangkah di jalan tarbiyyah

perkara-perkara yang memberatkan hati dan gerak kita,
yang mengganggu fikir dan waras kita,

tarbiyyah itu satu perjalanan yang cukup jauh,
bermula dari hari kita merasa 'sesuatu',
dan berakhir hanya bila ajal menjemput kita,

mereka yang berada di jalan-jalan tarbiyyah,
bukanlah orang-orang yang sempurna,

jauh sekali dari mengejar kesempurnaan,

namun kita adalah manusia, yang hatinya cinta pada kesempurnaan itu,

cinta pada kebesaran Rabb,
keagungan Al Quran yang Dia turunkan,

cinta pada keindahan perkerti Muhammad,
cinta pada Agama yang baginda sampaikan,

di jalan tarbiyyah itu,
kita harus berhenti menoleh ke belakang,
mengenang 'manisnya' jahiliyyah yang kita tinggalkan,

kerana yang di hadapan itulah medanmu,
medan mujahadah dan usaha,

selalu, kita merasa ragu untuk melepaskan sesuatu yang kita cintai,
tapi kita tidak boleh terus melangkah, selagi kita tidak kenal erti berkorban,

boleh jadi, yang kita cintai itu,
akan mematikan langkah kita di jalan tarbiyyah,

mengekang ikhtiar kita,
dan menjadikan kita pendusta yang bersembunyi,

perjalanan tarbiyyah itu bukan sesuatu yang mudah,
kerana itu, ia tidak boleh di bebankan lagi dengan bebanan sampingan yang tidak perlu

kita perlu untuk menyingkir perkara yang kita dulu fikir, sangat penting dalam hidup kita,
tapi tidak lagi setelah kita timbang dengan neraca iman yang di tarbiyyah,

ya, kita manusia,
tidak mampu untuk merubah segalanya sekelip mata,

namun rendahkanlah hatimu,
dan rasalah dalam jiwamu,

apa sebenarnya yang kau kejar dan citakan?

tujuan tarbiyyah itu cuma ALLAH,
kerana ALLAH,
kepada ALLAH,
daripada ALLAH,

kerana itulah, jiwa harus di didik,
untuk tidak mengharapkan sesuatu selain dari redha ALLAH,

semoga langkahmu kuat di jalan tarbiyyah:)

merindui sahabat yang sangat terasa kehilangannya,
tiada lagi suara tawa dan senyum manisnya,
semoga Allah memimpin langkahmu di sana sayang

baru kembali dari jaulah dehati 4 hari 3 malam, queenstown, wanaka, twizel, mountcook, melihat kebesaran ALLAH.

dari pergantian siang dan malam, kapal-kapal yang belayar di lautan, burung-burung yang berterbangan, dan binatang yang berenang di lautan, semuanya merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi mereka yang mahu berfikir. (Albaqarah)

-namun, bila tarbiyyah ku datangi, aku jadi malu dengan keteranganku sendiri~

Thursday, April 21, 2011

wasiat imam hasan

10 wasiat Hassan Al Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Wednesday, April 20, 2011

_tarbiyyah TESOL_

dengan nama ALLAH..

akhirnya berakhirlah sesi tensa tensi assignment, ujian ALLAH dalam bentuk kesempitan. :)


dan selepas tensa tensi assignment, ALLAH masih menguji kita jugak. dengan ujian nikmat kelapangan :)

semua itu ujian, setiap saat kita di uji..jadi, perlu hayati setiap laku, tingkah dan gerak-geri.. macam buat essay la kan,kita selalu nak pastikan kita tidak off track, some goes to life too..

kita nak enjoy..enjoy lah~
nak makan.. makan lah~
nak kawin??.. kawin lah~

tapi jgn off track :)


this is the part of ibrah yang nak dikongsi dari assignment, i believe suma ada ibrah masing2 jugak. jom kongsi yuk :)



guided reading is:

Fountas and Pinnell (2001), guided reading is a teaching approach that is piloted to assist students in learning to process a variety of increasingly challenging texts with understanding and fluency.

what is the purpose of guided reading?
- to engage children with a deeper meaning of the text
- to enable children to think what is the author trying to say
- to relate with the existing prior knowledge
- to create connection between own experience and what is said in the text
- to infer, synthesis and read between lines


so, bukannya sekadar menjadi pembaca, tapi baca dengan hati la kan? secara konklusinya?

baru saya perasan, konsep guided reading ni, macam konsep tadabbur alquran.

dulu, kawan pernah tanya..
"kalau kita tadabbur alquran tu, bukan ke kita macam beri tafsir suka2 hati ke?"


well, indeed..nope :)

because, when you are "tadabburing" Al-Quran..it is just like performing a guided reading. u make connection, you relate to yourself, you infer what the author is really trying to say..

and the author of the holy book is??? .....


Tuhan sedang berbicara denganmu, di setiap uji, puji, keji dan sedih..kalamNya, santun mendidik.. hanya jiwa yang hidup akan basah merasai..


*all the best to kgkwn yg akan pegi north island, yang akan pergi ke QT, yg bawak parents jalan2.. hati2, jaga diri, bertebaran lah di muka bumi dan sama2 melihat keindahan ciptaan ALLAH..semoga ada manfaat buat diri dan hati, setiap apa yang kita usahakan.

ya lathif..ya lathif..ya lathif.. :)

Monday, April 18, 2011

sedetik lebih ^_^

dengan nama ALLAH.

fitrah hati itu,
adalah mencintai,

dan jika tidak di halakan fitrah itu,
pada tempat yang selayaknya,

bukankah kita telah menzalimi diri sendiri?

cinta pada harta,
cinta pada dunia,
cinta pada kelapangan,
cinta pada elaun yang banyak,
cinta pada A dalam assignment,

dan kecintaan yang tidak terarah ini, menjadikan jiwa tumpul pada hakikat cinta sebenar.




*bukan tidak boleh makan, tapi basuh tangan dahulu.
juga,

bukan tidak boleh cinta, tapi perlu tahu siapa nombor satu.


ampuni ya Rabb~

Saturday, April 16, 2011

Oh, eseiman

dengan nama ALLAH,
tuhanku juga tuhanmu ;)

hari ni kan,
kita buat assignment banyak kan?

sampai tensen dan rasa cam nak muntah2 kan.
atau kita spent masa buat saimen banyak2 ni kan.

bangga tak kita?
kalau kita mati,
dalam keadaan kita sedang menyiapkan assignment ni?

bergelumang dengan kertas2 inclusive education

dan children poem yang indah di karang,

atau bergelimpangan bersama buku2 short story untuk lit

dan English?


ha.. terfikir je, bukannya apa pun.

ye lah, benda2 ni smua kan, cuma alat, untuk kita capai matlamat.

matlamat hidup la..risalah, bukan cuma ijazah.
slamat ya kawan2 skalian! semoga ALLAH pandu jiwa2 kita ni.

bdw, I am thinking about changing my blog song. tak best la lagu ni. jiwang karat sungguh. dah la I ni tak suka jiwang2 berkarat neyh~ =.="

kembali berusaha.

ya lathif..ya lathif..ya lathif..

Monday, April 11, 2011

hurm..kerana Tuhan?


bismillah..

Saya pernah mencari-cari, apa maksudnya, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH.
Kebanyakan jawapan yang saya dapati, mengatakan:

“dengan niat.. kita merubah sebab kita melakukan sesuatu, so, niat la setiap apa yang kita buat kerana ALLAH”

Tapi..Saya tak puas hati =.=”

Saya mahukan penerangan yang lebih jelas, sebabnya, ada di kalangan kenalan yang menggunakan term “kerana ALLAH” itu sesuka hati.

Contoh, bila kita kata, aku pakai baju kerana ALLAH, tapi tak jaga plak hak2 aurat dan batasannya.valid ke kalau kita cakap camtu? Suka-suka ati je kita guna kerana ALLAH tu.. err…Ko gano? ;)


So, saya mahu berkongsi cerita ini: :)

Ada seorang lelaki, namanya Ali. Ada seorang perempuan nama Joyah. Di pendekkan jadikan cerita, Ali suka kat Joyah.

Joyah ni sekolah kat sekolah A, manakala Ali sekolah kat sekolah B. Maklumlah, Joyah dapat straight A waktu UPSR dlu, Ali pulak dapat straight B. maka terpisahlah mereka. Demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah, Ali sanggup menaiki bas yang Joyah naiki, walaupun ia membuatkannya terpaksa membayar tambang lebih dan jarak ke sekolah Ali makin jauh.

Oleh itu, Ali terpaksa bangun di awal pagi, bersiap awal, dan simpan duit lebih untuk tambang. Berkorban demi Joyah.

Joyah ni ayu. Dia suka kaler pink, dia suka dengar lagu nasyid2 gitu. Dan Joyah suka makan tembikai. Ali ni pula, sangatlah rockers. Dia suka pakai baju black metal hitam2, dan tak suka langsung makan tembikai.

Namun, kerana Ali sudah jatuh hati dengan Joyah. Maka dia sanggup merubah caranya, untuk menawan hati Joyah. Maklumlah, nak mengoratkan.. isk2..

Ali mula pakai baju kaler lembut2, mula dengar lagu nasyid, walaupun mula2 rasa pening mendengarnya. Kawan2 Ali semua kutuk dia. Dorang pun xnak kawan dah ngan Ali. Tapi Ali tak kisah, sbab bagi dia, dia buat tu untuk Joyah, untuk mendekatkan diri dengan Joyah, tak kesah susah ke, payah ke, untuk Joyah, dia sanggup je.. pergh!

Ali terus berusaha.. dan berusaha.. dia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut hati Joyah.
____________________________________________________________________
p/s: Apa kaitan cerita ni, dengan persoalan saya tadi? Uhuk2..(bunyi batuk)

Melakukan sesuatu kerana ALLAH.


Pernah bercinta?
Jatuh cinta?
Jatuh hati?
Jatuh tangga?
<--yang ini saya pernah. =.=” err..saya bukannya nak suruh bercinta ya tuan2 dan puan :P Saya ingin mengajak, kita sama2 mencontohi Ali. Err..bukan mencontohi kisah cintanya, tapi menyantuni semangat dan motivasi dalam dirinya untuk mencapai cinta yang di kejarnya. Kita selalu kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita niat belajar kerana ALLAH, niat solat, puasa, makan, minum, masak, kawin, dll..kerana ALLAH. Tapi apa maksudnya kerana ALLAH tu?? “kerana ALLAH” adalah sebab yang disertakan dengan kesungguhan, keredhaan, dan kerendahan hati.


Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu bersebabkan ALLAH, kita ingin melakukannya, hanya untuk dekat pada ALLAH, untuk mendapat redha ALLAH, dan meningkatkan keimanan kita.

Kalau kita menyoroti kisah Ali, kita lihat jelas. Ali sanggup buat apa sahaja yang bertentangan dengan kebiasaannya kerana Joyah. Kalaupun dia melakukan sesuatu kebiasaan (seperti menaiki bas). Dia melakukan demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah.

Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita redha mengubah kebiasaan kita keranaNya. Kita sanggup bangun awal sedikit, kerana nak solat subuh. Kita sanggup pakai tudung sebab Dia. Dan, pada benda2 yang kebiasaan pula, seperti belajar, makan, tengok tibi, semua tu pun kita buat, semata2 kerana ALLAH, kerana mahu mendekatkan diri kepadaNya.

Kiranya, kalau nak cek sesuatu benda tu, kita buat kerana ALLAH atau tidak. Tanya diri kita
“apa yang aku buat ni, mendekatkan aku dengan ALLAH tak?”

Sesuatu benda tu mendekatkan kita degan ALLAH selagi ia tidak bertentangan dengan syariat ALLAH dan sunnatullah. Tapi, perlu kena cara dan gayanya la..

Jom perhalusi lagi.

Untuk memvalidkan ungkapan kerana ALLAH tu, kenalah selari niat dan cara kita usaha. Contohnya, Ali nak dekat dengan Joyah kan, tapi dia tak naik pun bas yang Joyah naik, sebab dia nak cepat ke skolahnya, tapi kata Ali, dia nak dekat dengan Joyah. Tapi, tak sanggup pula nak berkorban. Kan tipu tu?

Macam tu juga dengan melakukan sesuatu kerana ALLAH. Wasilahnya kena betul.

Contohnya, kita niat belajar kerana ALLAH. Pastikan, bila kita belajar, kita tidak melakukannya dengan semberono. kita niat nak penuhi tuntutan fardhu menuntut ilmu, kita tak nak orang pandang orang islam ni ketinggalan zaman, tak pandai dll. Dalam kelas, kita mahu memberi tumpuan, saingan, kita sanggup angkat tangan untuk jawab soalan, walaupun kita tak berapa sure. Tapi kita nak memberanikan diri kita, sebab kita buat tu kerana ALLAH, kita nak jadi cemerlang. Faham ke?

Dan ironilah kalau kita kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, tapi kita menyelitkan benda2 yang ALLAH murka dan tidak suka. Contoh, kita kata nak makan kerana ALLAH, nak cukupkan hak diri. Tapi, we end up makan banyak2, sampai malas nak solat (na’udzubillahi minzalik)..

Melakukan sesuatu kerana ALLAH tu, kita fokuskan apa yang kita nak buat tu kerana ALLAH semata, tak kesah la susah ke senang. Tak kesah orang nak kutuk orang nak larang.

Jadi kalau benda yang kita nak buat tu tak mendekatkan diri dengan ALLAh. Tak payah la eh?

Terpulang. Kalau kita bersungguh nak dekat kerana ALLAh, maka kita akan menjaga hakNya, tapi kalau kita bukan pencinta yang setia, maka kita amik sambil lewa je la. Cumanya, “dunia ini hanya permainan dan senda gurau” (29: 02)


Syarat utama


Tapi ada syarat yang besar untuk melakukan sesuatu kerana ALLAH ni.Kena hadirkan dulu, rasa sayang, cinta kepada ALLAh tu.Slow2..tapi konsisten. Macam Ali la. Semangat dia kuat nak dekat dengan Joyah, sebab sayang la.

Sebabnya, walaupun kita kata kita nak lakukan sumthing kerana seseorang kan, kalau tak di sertai dengan sayang. Nanti kita akan mudah rasa penat dan letih.
Banyak tak ALLAH dah bagi kat kita? Sayang tak ALLAH?..
Itu, masing2 kena fikirla ;)

Ketaatan kepada ALLAH tu, adalah ketaatan yang tidak memerlukan begitu banyak sebab.

Cukuplah kerana kau cinta. Dan kau rasa tenang bila dekat denganNya. Nanti, baru kita faham, kenapa ada orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk akhirat. Macam saidina Abu Bakar yang sanggup menginfaqkan seluruh hartanya di jalan ALLAH.

Tapi jangan risau, cinta tu boleh di pupuk. Saya yakin, kita boleh jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, jika kita mencuba, apatah lagi ALLAH yang telah terlalu banyak memberi. Setat now? Yuk! :D

“dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya demi mencari keredhaan ALLAH. Dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya” QS Albaqarah:207

Nota: yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu juga dating dari ALLAH, tapi di sandarkan pada kelemahan dan kekurangan saya, untuk membezakan; yang mana hamba dan yang mana pencipta.

p/s: post ini menjawab soalan seorang kawan, juga untuk refleksi diri saya sendiri




p/s: saya insan yg sgt byk kelemahan dan kekurangan. saya sedia menerima komen dan teguran. InsyaALLAH.

Friday, April 8, 2011

out of nothing

sometimes, when I tell people not to worry, I am not really sure,
whether that words come from my own desire to comfort, or my ignorance to empathize.

I find it rather difficult to express what I really want in words,
So I resort to the much easier and simpler way of expression; sleeping!

thinking about stuff around me may give me headache,
I hate taking paracetamol because I have a kidney problem,

but yeah~
somehow, I have developed this vulnerability to pain.
unable to cure naturally, I need to scaffold my immunity.

I have still one pending request from friend,
I am still thinking what kind of analogy will be good to describe the answer for her question.

and yeah~
stuck with my own delayed job.

cheers,
Aini

Saturday, April 2, 2011

Omar Mukhtar

bismillah~


Mungkin jika Allah tidak mengirimkan kepayahan bagi ummah ini,
Kita tidak akan Nampak,
Siapa yang benar-benar ikhlas mencintai agamaNya

Mungkin jika ALLAH mengutuskan kemenangan yang segera bagi ummah ini,
Maka tidak lahir cinta dan prihatin,
Dalam jiwa-jiwa pencinta keamanan dan kedamaian

Mungkin ALLAH belum lagi mahu mengabulkan doa merdeka kita bagi Palestine
Kerana hati kita masih belum bersatu
Dan jiwa-jiwa kita masih terpesona dengan dunia

Kerana ALLAH menganugerahkan cubaan bagi ummah ini.
Mereka yang benar percaya akan janjiNya tentang hari pembalasan
Akan bangkit berjuang, melawan musuh dari dalam dan luar hati

Kerana agama ini,
Adalah agama jihad dan perjuangan,
Di warisi dari para anbiaa’
Dari Ibrahim a.s
Hingga Muhammad saw

Allah tidak menyentuh jiwa dan kemanusian
Dengan limpahan nikmat dan kesenangan,
Kerana hanya dengan payah,
Kita belajar erti cinta, sabar, syukur dan redha..

Bahawa kita semua datang dari ALLAH,
Dan kepadaNya kita akan kembali.

Yang penting bukan bagaimana titik pengakhiran kita nanti,
Tapi bagaimana hidup ini telah kita jalani..

Ah..
Dan hidup ini sebenarnya,
Terlalu pendek untuk di kongsi,
Bersama pencari dan pengejar dunia.

Ya lathif..ya lathif..ya lathif..

Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya niscaya mereka akan berbuat melampaui melampaui batas di bumi, tetapi DIA menurunkan dengan ukuran yang DIA kehendaki. Sungguh, DIA maha teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya
(42:27)

Selepas menonton Omar Mukhtar
Ahad, 03 April, 2011
Room 4, Frederick Street,
Dunedin, NZ

cabaran ;)

bismillah.

hari ini saya terfikir. well.. memang la saya selalu berfikir kan. tapi..hari ini, saya terfikir yang:

saya nak berusaha dengan sebetul2nya,

untuk merasa istimewa bila di uji.

selalu kita dengar, dan kita sendiri kata, Allah tidak menguji melebihi kemampuan. dan Allah selalu rindu mendengar rintihan hati hambaNya.

tapi hari ini, saya mahu berusaha dengan lebih komited, insyaALLAH..
untuk benar-benar merasakan. bahawa:

Allah tidak menguji, melainkan di kirimkan bersama setiap kepayahan itu, cinta dan maghfirahNya.

saya mahu merasakan cukup, hanya denganNya.

mahu merasakan aman dan tenang, hanya bersamaNya.


........

doakan saya.

ya lathif..ya lathif..ya lathif..

bdw, ada satu quote yang best saya dapat hari ni.

"hanya hati yang basah, mampu membasahkan orang hati yang lain"

macamana hati yang basah itu? ialah hati yang ada connection dengan ALLAH. kalimah yang lahir dari bibir, orang yang hatinya ada ikatan dengan Rabb, lebih berhikmah dan terkesan di hati orang lain. menarik!

cintailah yang di langit, nescaya yang di bumi akan kasih padamu. ;)