dengan nama ALLAH,
yang hidupku, matiku, dan ibadahku, hanya untukNya semata.
ku hulurkan slawat buat junjungan besarku Muhammad. cintaku selepas ALLAH.
cikgu,
cikgu pernah pesan kat saya,
yang haram itu jelas, yang halal itu pun jelas..
tidak mungkin kita bisa tertipu.
tapi cikgu,
lagaknya penipuan zaman ini begitu sulit untuk dikesan..
apabila yang haram dan halal di campur adukkan..
dan manusia mula berbicara dengan suara nafsunya..
"benda ini mmg tidak boleh dalam islam, TAPI..dan TAPI dan TAPI.."
kalau muslim tu saudara bagi muslim yang lain,
kenapa ya cikgu, kita seperti tidak peduli hal sesama?
peduli pada aib dan gosip cuma..
ketawa kita bersama, dan sedih pilu seorang pula..
cikgu, kalau aurat itu wajib di jaga,
kenapa ya cikgu, umat ini seperti tidak punya rasul..
kiblatnya barat..
budayanya jahiliyyah..
cikgu, kenapa ya solat itu 5 kali?
kahwin lebih dari 1 itu boleh ya bagi muslim?
cikgu, apa hukum wajib puasa?
ajarkan saya mengaji boleh?
kadang2 kan cikgu, bila manusia jadi makin bijak,
situasi hanya menjadi semakin rumit.
hukum ALLAH di persoalkan
ini kurang sesuai..kita buang..
ini tidak effektif..kita hilangkan..
ini sudah lapuk.. kita asingkan..
kenapa ya cikgu,
ramai pelajar sekarang sudah hilang hormat pada gurunya..
dajjal tu pasti kan datang kan cikgu,
kenapa kita tidak bersedia menghadapi fitnahnya..
cikgu, saya tahu cikgu cuma guru bahasa inggeris,
tapi cikgu,
cikgu juga seorang muslim,
cikgu perlu tahu situasi ummah ini bagaimana..
cikgu kan murabbi,
contoh kepada kami,
saya harap bila cikgu, sudah jadi cikgu..cikgu bersedia untuk jawab soalan2 ini..dan cikgu ada cadangan untuk mengatasinya..
cikgu..ingat ya..
ilmu grammar, vocabularies, syntax dan pragmatic perlu..kerajaan byr cikgu untuk mengajar itu..
tapi ilmu agama itu cahaya kuburmu..itu jariah yang cikgu langsungkan..itu yang ALLAh beli untuk syurga..
cikgu, jangan lupa pada tanggungjawab ya^_^
dedikasi untuk:
Ticer Aini
Anak Pertama
1 year ago


9 comments:
thanks atas peringatan :) terkesan di hati saya :)
dib, saling mengingatkan dan menguatkan, insyaAllah^_^
nak tanya lg bleh x cikgu??
apa dia yg kamu nak tnya murid? eh..kamu bukan kelas ni kan~ aish..
aah.tersalah kelas gamaknya
btw,bila skolah nak stat cuti cikgu??
cikgu x sure la Syakir, lebih baek kamu tnya guru besar, dia lebih tahu~
cikgu silalah membesar..nnt sy tanya cikgu.cikgu2 lain garang arr
xpe2.cikgu xnak membesar, biarlah cikgu jadi cikgu xbesar yang baek hati.ik2.
Assalamu'alaikum
terima kasih atas tulisan ini. menjadi peringatan buat saya selaku cikgu matematik
Post a Comment