dengan nama ALLAH, yang cintaku terikat pada janjiNYA..
selawat dan salam ke atas junjunganku Muhammad, para sahabat dan keluarga baginda..
Lihat dia,
tidak malu.
terus meminta pada ALLAH.
mendamba kelapangan dan nikmat.
sedang lahirnya terus bergelumang dengan dosa.
lihat dia.
mahu kesenangan terus.
tidak tahan di uji.
tapi hati nya inginkan syurga.
sedang praktiknya seperti hamba kesenangan dunia.
tenggelam dalam kemilau fatamorgana.
lihat dia.
lemah bila menghadap kesulitan.
mahu segera dikeluarkan dari kesengsaraan.
tapi katanya,
dia mahu ALLAH beri kekuatan.
bila di didik untuk sabar.
malah dia mahu menghindar.
lihat dia.
selalu meminta syurga.
sedangkan kiblatnya masih jahiliyyah.
dan tarbiyyah dirinya di tempat ke dua.
apa di hatinya sudah punya raja lain kecuali ALLAH?
astaghfirullah..
lihat lah dia.
seperti anak kecil.
susah sedikit mahu menangis,
di hadapkan ujian..
meraung rasa di tinggalkan..
apa dia tidak malu?
apa dia tidak malu?
apa dia tidak malu?
"Apakah kamu mengira, bahawa kamu akan dibiarkan sahaja masuk syurga sedangkan belum datang ujian kepadamu sebagaimana yang telah ditimpakan kepada umat terdahulu. sehingga nabi dan orang-orang beriman di antara mereka berkata, bila akan datang pertolongan ALLAH?" (2:214)
sudah lah..
jangan menangis lagi..
ujian itukan tanda cinta..
dan tarbiyyah itukan penguat takwa..
dia=aku..adalah sama..
tuntun langkahku tuhan..
mengharap dengan amat..
Anak Pertama
1 year ago


2 comments:
Assalamualaikum.
Tersentuh jiwa dengan keindahan bait ayat, yang memberi kesan mendalam terhadap diri.
Realiti tidak seindah fantasi, itulah yang berlaku kepada umat mutakhir ini.
Walau diketahui bahawa kesenangan tidak akan datang bergolek tanpa ada rintangan, bahkan rintangan itulah yang dipersalahkan.
Jangan pula ada alasan kerana kita MANUSIA, maka perlu meminta pada Ilahi tanpa usaha yang mantap.
Bahkan dalam kehidupan seharian tidak ada yang PERCUMA.
Terimakasih. Salam kenal.
Alaikumsalam..umat ini, terus2an di uji. muslim perlu kuat dan saling menguat, insyaALLAH.
Post a Comment