Bismillahirrahmanirrahim :)
aku tahu rezekiku tidak akan di ambil orang,
dan hatiku tenang kerananya,
kadang kala, aku ingin mengintai takdirku,
supaya hidupku lebih terarah,
namun Allah menyimpannya sebagai rahsia,
supaya aku lebih kuat berusaha, tawakkal dan redha dengan keputusanNya,
hanya hati yang basah,
mampu membasahkan hati yang lain,
dan sesungguhnya,
kita pasti akan di uji,
dengan apa yang telah kita katakan dan tuliskan,
kerana itu,
"bersederhanalah dan merendahlah"
aku ingin menjadi ghuraba,
yang di janjikan keuntungan dan khabar gembira,
cita-citaku ialah untuk melihat kebangkitan islam,
dan kebebasan Palestina.
aku ingin melihat pemuda-pemudi islam,
sama-sama kembali dengan penuh rasa izzah kepada agama ini,
dan aku sangat-sangat berharap,
semoga Allah,
menerima amalanku,
meredhai kehidupanku,
dan mengampuni,
walau sebusuk manapun masa laluku.
ameen ya Rabb....


