CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

jangan sombong ukht

Kerana kita tahu sangat susah sebenarnya,
untuk istaqamah dalam kebaikan,
Maka jangalah kita berlaku keras,
dengan mereka yang masih belum faham,

sedarkah kita?
sekiranya mereka faham,
boleh jadi mereka jadi lebih awesome dan laju,

bukankah seharusnya, bila kita memandang siapa sahaja,
kita perlu merasakan,
kita lebih hina dari mereka;

yang jahil, tidak di hukum kerana mereka masih belum tahu,
yang tua, sudah banyak amal kerana lamanya hidup,
yang budak, masih kecil dan dosanya tak bertompok seperti..

seperti saya dan kamu..


Kadang-kadang kita terlepas pandang,
Berlebihan dalam urusan,
menilai-nilai orang,
sepertinya nama kita ada dalam list 10 nama ahli syurga,

boleh jadi saja kita merasa benar,
kerana syaitan sudah membenarkan,
dan menjadikan terasa indah bagi kita,
tindakan yang berlebihan,

bukankah dulu,
kita cuma berada di jurang neraka ukht?
tapi Allah masih memilih kita,
untuk di sucikan, dan di fahamkan,

Hatta sekarang pun, diri kita masih berlumur dosa,

Bukankah kita ini Cuma pemberi peringatan ukht?
Dan bukan kepakaran kita pun untuk membedah hati dan memberi perasaan,
Sandarkanlah hati-hati pada yang maha memilikinya,
dan berkuasa membolak balikkannya,

kadang ukht,
Memang kita ghairah dan rasa mahu melompat2 even,
Bila kita baru sahaja di topup dan di psycho dalam daurah2,

tapi ada juga masa, bila futur menyinggah,
dan kita sepi tanpa berita,

sedarlah ukht,
kita tidak bisa pun menjamin,
bahawa kita ini akan kekal hingga ke akhirnya di sini.

kita pun masih sedang bertatih bukan?

tidak berniat untuk mematahkan hamasahmu ukht,
tapi bersederhanalah,

"merendahlah, maka engkau akan seperti bintang-gemintang"
"janganlah menjadi seperti asap, yang mengangkat dirinya tinggi, sedangkan diri nya rendah hina" -sang Murabbi-

"dan betapa banyak nabi yang berperang di dampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. mereka tidak menjadi lemah ketika kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah. tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa'a, ya Allah ampunilah kami dan tindakan yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"

(3:146-147)

..ampuni kami ya Allah...

1 comment:

sea_lavender said...

nice...ingtn buat diri ini juga~~