paling ditakuti, dalam diri, adalah bila mati hatiku,
kerana sungguhpun jasadku kuat dan bertenaga,
tidak akan mampu memberi kepuasan pada ruh,
kerana tujuan hidupku akan sempit,
dan berpaling dari hidup yang jauh lebih lama, lebih kekal,
juga kutakuti pada hati, adalah apabila ia buta,
tidak mampu melihat yang haq,
terpanar dengan yang fana, fana, fana semata.
lalai dengan nikmat, hanyut dengan dunia,
ku takuti juga hatiku tumpul,
tidak cekap menilai dosa dan pahala,
antara keberuntungan dan kemelaratan,
antara yang kekal dan yang kan sirna,
juga ku takuti bila hatiku hitam,
oleh tompok2 dosa,
yang membebani segenap cinta,
mengaburi seluruh deria,
kerana itu, biarpun ramai yang mengikuti tarbiyyah
tidak ramai yang serius dengannya,
hatiku tidak setajam hatimu,
masih banyak sakit dalam dada yang perlu aku ubati,
hatiku masih lemah,
pasang surutnya belum mampu kuramal,
hati itu cuma satu,
sungguhpun ia dalam diri,
hanya ALLAH yang mengawalnya,
kerana itu,
aku minta pada ALLAH,
untuk memberiku hati yang khusyuk dengan kecintaan kepadaNya,
aku tidak minta pengertian darimu
cukuplah bagiku tuhanku,
untuk ku belajar merawat luka-luka dalam hatiku.
aku, tak sempurna.
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment