CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 27, 2012

S.O.S P.M 2012



Bismillah,

mau lari ka mau tngok tasik ni?

pada setiap pesan itu ada doa, kan?
dan pada setiap doa itu, pasti ada cinta.

saya percaya, in shaa Allah,
bahawa Allah tidak akan meletakkan kita pada satu tempat,
mentakdirkan kita di timpa satu musibah,
menghantar kita pada satu situasi,
dengan sebab yang sia-sia.

ada hikmah pada setiap takdir,

saya tahu, in shaa Allah.

saya di sini sekarang.
tempat yang jauh dari mereka2 yang pertama kali menyentuh hati ini.
tempat yang jauh dari tarbiyyah,
jauh dari bulatan gembira,

pesan ukhti pada saya,
Allah takkan letak saya kat sini,
jika saya tidak kuat,

Dia takkan letak saya kat sini,
jika saya tidak mampu,

tapi saya memang rasa,
saya tidak mampu.

tiada talian hayat kah?
its about time, raksasa futur akan memakan saya,
dan blog ini hanya akan bersarang labah2.

bukan, bukan blog ini indikasi apa2 pun,

cuma,

menulis pernah menjadi cinta saya,
waktu saya mula2 sekali kenal tarbiyyah ini.

.......


hohoi.
saya perlu kepada satu plan tarbiyyah,
mari3!

in shaa Allah,
mari cuba jaya.

kalau  cuba gagal pun,
cuba lagi dan lagi,

yosh!


p/s: will be teaching for relief this Jan. its math! mari menggilap karat otak juga karat hati bersama2. :')

ketakutan yang mengejar.





kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

dengan nama Allah,
yang mencipta rasa takut,

semoga takut kita manis pada taqwa,
dan tidak terkongkong dengan harap pada manusia,

kita akan banyak belajar dari rasa takut,
apa lagi bila kita ditolak ke sisi paling rendah ketakutan,

saat harta dan apa yang kita rasa kita miliki,
tidak dapat sedikitpun menjamin hilangnya ketakutan itu.

dan kita terbina,
cuma apabila kita menghadapi rasa takut itu,

bukan lari darinya.

penawar ketakutan pada cerita hidup,
ialah yakin, sangka baik dan harap,

bahawa selagi kita percaya pada Allah,
dan keagungan takdirNya,

maka tidak ada ketakutan bagi kita.

kita merancang dengan cita,
Dia merancang dengan cinta,

acap kali juga kita merancang dengan cinta,
Dia pula merancang dengan cinta yang lebih besar,

oleh itu,
tidak ada yang dirugikan,

cuma keuntungan dan bahagia mungkin dilewatkan,
atau diganti dengan apa yang tidak disangkakan.



p/s: it was never meant to be.

Saturday, December 22, 2012

end year PM


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrim,

sudah jauh kita berjalan,
dan kita belum bisa secara penuh untuk lari dari cengkaman rasa,

yang memang boleh melambat dan mencepatkan langkah,
tapi, kita tidak boleh bergantung selamanya pada rasa,
kerana kita hamba Rabb,

atau kita terlalu selesa berteman rasa,
hingga pada saat ia tiada,

kita kosong dan sunyi.

*smile*