bismillah..
Saya pernah mencari-cari, apa maksudnya, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH.
Kebanyakan jawapan yang saya dapati, mengatakan:
“dengan niat.. kita merubah sebab kita melakukan sesuatu, so, niat la setiap apa yang kita buat kerana ALLAH”
Tapi..Saya tak puas hati =.=”
Saya mahukan penerangan yang lebih jelas, sebabnya, ada di kalangan kenalan yang menggunakan term “kerana ALLAH” itu sesuka hati.
Contoh, bila kita kata, aku pakai baju kerana ALLAH, tapi tak jaga plak hak2 aurat dan batasannya.valid ke kalau kita cakap camtu? Suka-suka ati je kita guna kerana ALLAH tu.. err…Ko gano? ;)
So, saya mahu berkongsi cerita ini: :)
Ada seorang lelaki, namanya Ali. Ada seorang perempuan nama Joyah. Di pendekkan jadikan cerita, Ali suka kat Joyah.
Joyah ni sekolah kat sekolah A, manakala Ali sekolah kat sekolah B. Maklumlah, Joyah dapat straight A waktu UPSR dlu, Ali pulak dapat straight B. maka terpisahlah mereka. Demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah, Ali sanggup menaiki bas yang Joyah naiki, walaupun ia membuatkannya terpaksa membayar tambang lebih dan jarak ke sekolah Ali makin jauh.
Oleh itu, Ali terpaksa bangun di awal pagi, bersiap awal, dan simpan duit lebih untuk tambang. Berkorban demi Joyah.
Joyah ni ayu. Dia suka kaler pink, dia suka dengar lagu nasyid2 gitu. Dan Joyah suka makan tembikai. Ali ni pula, sangatlah rockers. Dia suka pakai baju black metal hitam2, dan tak suka langsung makan tembikai.
Namun, kerana Ali sudah jatuh hati dengan Joyah. Maka dia sanggup merubah caranya, untuk menawan hati Joyah. Maklumlah, nak mengoratkan.. isk2..
Ali mula pakai baju kaler lembut2, mula dengar lagu nasyid, walaupun mula2 rasa pening mendengarnya. Kawan2 Ali semua kutuk dia. Dorang pun xnak kawan dah ngan Ali. Tapi Ali tak kisah, sbab bagi dia, dia buat tu untuk Joyah, untuk mendekatkan diri dengan Joyah, tak kesah susah ke, payah ke, untuk Joyah, dia sanggup je.. pergh!
Ali terus berusaha.. dan berusaha.. dia sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut hati Joyah.
____________________________________________________________________
p/s: Apa kaitan cerita ni, dengan persoalan saya tadi? Uhuk2..(bunyi batuk)
Melakukan sesuatu kerana ALLAH.
Pernah bercinta?
Jatuh cinta?
Jatuh hati?
Jatuh tangga? <--yang ini saya pernah. =.=”
err..saya bukannya nak suruh bercinta ya tuan2 dan puan :P
Saya ingin mengajak, kita sama2 mencontohi Ali. Err..bukan mencontohi kisah cintanya, tapi menyantuni semangat dan motivasi dalam dirinya untuk mencapai cinta yang di kejarnya.
Kita selalu kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita niat belajar kerana ALLAH, niat solat, puasa, makan, minum, masak, kawin, dll..kerana ALLAH. Tapi apa maksudnya kerana ALLAH tu??
“kerana ALLAH” adalah sebab yang disertakan dengan kesungguhan, keredhaan, dan kerendahan hati.
Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu bersebabkan ALLAH, kita ingin melakukannya, hanya untuk dekat pada ALLAH, untuk mendapat redha ALLAH, dan meningkatkan keimanan kita.
Kalau kita menyoroti kisah Ali, kita lihat jelas. Ali sanggup buat apa sahaja yang bertentangan dengan kebiasaannya kerana Joyah. Kalaupun dia melakukan sesuatu kebiasaan (seperti menaiki bas). Dia melakukan demi untuk mendekatkan diri dengan Joyah.
Maksudnya, bila kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, kita redha mengubah kebiasaan kita keranaNya. Kita sanggup bangun awal sedikit, kerana nak solat subuh. Kita sanggup pakai tudung sebab Dia. Dan, pada benda2 yang kebiasaan pula, seperti belajar, makan, tengok tibi, semua tu pun kita buat, semata2 kerana ALLAH, kerana mahu mendekatkan diri kepadaNya.
Kiranya, kalau nak cek sesuatu benda tu, kita buat kerana ALLAH atau tidak. Tanya diri kita
“apa yang aku buat ni, mendekatkan aku dengan ALLAH tak?”
Sesuatu benda tu mendekatkan kita degan ALLAH selagi ia tidak bertentangan dengan syariat ALLAH dan sunnatullah. Tapi, perlu kena cara dan gayanya la..
Jom perhalusi lagi.
Untuk memvalidkan ungkapan kerana ALLAH tu, kenalah selari niat dan cara kita usaha. Contohnya, Ali nak dekat dengan Joyah kan, tapi dia tak naik pun bas yang Joyah naik, sebab dia nak cepat ke skolahnya, tapi kata Ali, dia nak dekat dengan Joyah. Tapi, tak sanggup pula nak berkorban. Kan tipu tu?
Macam tu juga dengan melakukan sesuatu kerana ALLAH. Wasilahnya kena betul.
Contohnya, kita niat belajar kerana ALLAH. Pastikan, bila kita belajar, kita tidak melakukannya dengan semberono. kita niat nak penuhi tuntutan fardhu menuntut ilmu, kita tak nak orang pandang orang islam ni ketinggalan zaman, tak pandai dll. Dalam kelas, kita mahu memberi tumpuan, saingan, kita sanggup angkat tangan untuk jawab soalan, walaupun kita tak berapa sure. Tapi kita nak memberanikan diri kita, sebab kita buat tu kerana ALLAH, kita nak jadi cemerlang. Faham ke?
Dan ironilah kalau kita kata, kita melakukan sesuatu kerana ALLAH, tapi kita menyelitkan benda2 yang ALLAH murka dan tidak suka. Contoh, kita kata nak makan kerana ALLAH, nak cukupkan hak diri. Tapi, we end up makan banyak2, sampai malas nak solat (na’udzubillahi minzalik)..
Melakukan sesuatu kerana ALLAH tu, kita fokuskan apa yang kita nak buat tu kerana ALLAH semata, tak kesah la susah ke senang. Tak kesah orang nak kutuk orang nak larang.
Jadi kalau benda yang kita nak buat tu tak mendekatkan diri dengan ALLAh. Tak payah la eh?
Terpulang. Kalau kita bersungguh nak dekat kerana ALLAh, maka kita akan menjaga hakNya, tapi kalau kita bukan pencinta yang setia, maka kita amik sambil lewa je la. Cumanya, “dunia ini hanya permainan dan senda gurau” (29: 02)
Syarat utama
Tapi ada syarat yang besar untuk melakukan sesuatu kerana ALLAH ni.Kena hadirkan dulu, rasa sayang, cinta kepada ALLAh tu.Slow2..tapi konsisten. Macam Ali la. Semangat dia kuat nak dekat dengan Joyah, sebab sayang la.
Sebabnya, walaupun kita kata kita nak lakukan sumthing kerana seseorang kan, kalau tak di sertai dengan sayang. Nanti kita akan mudah rasa penat dan letih.
Banyak tak ALLAH dah bagi kat kita? Sayang tak ALLAH?..
Itu, masing2 kena fikirla ;)
Ketaatan kepada ALLAH tu, adalah ketaatan yang tidak memerlukan begitu banyak sebab.
Cukuplah kerana kau cinta. Dan kau rasa tenang bila dekat denganNya. Nanti, baru kita faham, kenapa ada orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk akhirat. Macam saidina Abu Bakar yang sanggup menginfaqkan seluruh hartanya di jalan ALLAH.
Tapi jangan risau, cinta tu boleh di pupuk. Saya yakin, kita boleh jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, jika kita mencuba, apatah lagi ALLAH yang telah terlalu banyak memberi. Setat now? Yuk! :D
“dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya demi mencari keredhaan ALLAH. Dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya” QS Albaqarah:207
Nota: yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu juga dating dari ALLAH, tapi di sandarkan pada kelemahan dan kekurangan saya, untuk membezakan; yang mana hamba dan yang mana pencipta.
p/s: post ini menjawab soalan seorang kawan, juga untuk refleksi diri saya sendiri
p/s: saya insan yg sgt byk kelemahan dan kekurangan. saya sedia menerima komen dan teguran. InsyaALLAH.
5 comments:
salam dik ^-^ suka betul dengan kandungan entry ni.. memberi makna,faham dengan apa yang disampaikan :) terima kasih dengan perkongsian ni dik..
lebih matang dan mematangkan.. hoho.. teruskan menulis kerana Allah :)
kak: jzkk! smoga bermanfaat. ;)
adam: ;)
deeba: yup..sama! menulis kerana ALLAh, insyALLAH ;)
teringat WGSI ibadah vs khalifah oleh ustaz aadtif!!!
gunakan kelebihanmu
dalam mengingat, menulis dan menyampai dengan sebaiknya untuk da'wah ye :)
x sume orang ada..
overall, best sangat!! 5 stars*****
mohon doanya kak :)
Post a Comment