dengan nama Allah~
Ijazah VS Risalah
Ini tahun yang ke 5 saya menjebakkan diri secara official dalam bidang ini.
bidang ini sebenarnya, bidang pendidikan. Satu kerjaya, yang selalu saya kata kat sahabat2, kerjaya yang tidak pernah saya impikan, tapi ketika saya asyik merancang dengan cita2, Allah juga merancang dengan cintaNya, dan di sini saya hari ini, tahun 3, B.Ed TESOL, University of Otago, Niu Ileng.
Ijazah ini, satu kurniaan.. Alhamdulillah..
Tapi risalah ini, satu kesyukuran.. subhanallah!
Saya merancang pada awalnya, untuk belajar dengan focus, siang malam, dan mendapat ijazah yang mantap. Kemudian, kerja sampai sah jawatan, merancang untuk melanjutkan pelajaran sampai master, phD, dll.. (impian budak-budak skema semestinya).
Hari ini, impian itu masih wujud, tapi Cuma sebagai wasilah untuk sesuatu yang lebih penting,.
insyaALLAH, ingin menggenggam IJAZAH untuk menghidupi RISALAH.
Apa ijazah? Apa risalah?
Ijazah ialah.. segulung kertas yang kita kejar-kejarkan itu.. assignment yang kita buat siang malam tu, kelas yang kita pegi setiap weekdays kadang2 dari pagi sampai ke petang tu, exam yang kita duduk dengan nebes dan tensen tu.. itulah ijazah, for what? Untuk kita dapat kerja yang baik. Kan?
Risalah itu pula apa?.. risalah adalah islam. Mesej islam, cara hidup islam, pakaian islam, keharmonian islam, akidah, ibadah, fiqh.. kesemuanya yang mencakupi lingkup penyerahan kepada Allah ataupun submission itu, adalah ISLAM. dan ia adalah risalah yang mesti di kendong oleh setiap jiwa yang yakin akan adanya hari perhitungan dan kesudahan syurga dan neraka.
Bagaimana ijazah dan risalah ini saling berkait?
Risalah ibarat ruh kepada ijazah.
Risalah ibarat nadi yang menggerakkan darah dalam tubuh bernama ijazah.
Kalau kuih pow adalah ijazah, maka risalah adalah inti kacang hitam yang lazat tu.
Dalam erti kata lain, risalah memberi erti kepada ijazah. Tanpa risalah, ijazah menjadi sepi, kosong, dan layu. (dengan tafsiran hati yang sihat, insyaALLAH)
Kalau hari ini, kita belajar..belajar..belajar…untuk dapat ijazah tu, macamana kalau kita mati, tanpa sempat dapat ijazah? Adakah semua usaha kita sia-sia? Tentu sekali segalanya tiada erti lagi, kerana dalam kubur nanti malaikat mungkar dan nakir x tnya..
“apa ijazah yang kau belajar dlu haa?”
“kau belajar kat uni mana haa?”
“kau dapat ijazah kelas pertama ka kedua haa?”
Tapi, yangdi tnya Cuma soalan-soalan bocor, yang sehari-hari..jika kita mahu, kita boleh practice baca dan hafalkan baik-baik”
Koleksi soalan bocor peperiksaan kubur dunia
Ma rabbuka?
Ma imamuka?
Ma dinuka?
Yang menjawab soalan-soalan ini nanti, bukan ilmu bahasa, kedoktoran, kejuruteraan kita,..
Tapi amalan kita sehari-hari.
Oleh itu, dalam kita sibuk mengejar ijazah, pastikan kita tidak sengaja menyicirkan risalah. Ayuh berusaha menggalas risalah dengan wasilah sebuah ijazah dan bukan sebaliknya.
Merisalahkan sebuah ijazah?
Dengan niat kita, kita merubah paradigm usaha..
Kita kata pada diri, “aku belajar kerana ALLAH”.. tapi betulkah kita benar-benar belajar kerana ALLAH? Dan apa maksudnya kita belajar kerana ALLAH tu?
Adakah bila kita sibuk belajar, kita masih punya waktu untuk membaca alquran dan membaca buku2 ilmu agama.
Adakah dengan kita belajar seharian tu, kita semakin hampir dengan ALLAH? Solat kita makin khusyuk dan akhlak kita sesama semakin baik?
Ataukah, semakin kita belajar, focus kita tertumpu kepada mendapat keputusan yang baik, bila musim peperiksaan, kita hampir dengan ALLAH, solat dan doa. Tapi bila sudah habis exam, kita balas nikmat kelapangan yang ALLAH bagi, dengan movie marathon, keroke, main game kat laptop, shopping sampai malam, tidur sepanjang hari, gosip ngan kawan2, main saidina,.. adakah itu, tanda kita belajar kerana ALLAH?
Tarbiyyah yang mantap sepatutnya, berupaya merubah keseluruhan peribadi sejajr dengan kehendak syariat. Dan jika tarbiyyah TESOL (bagi saya) tidak mampu menzahirkan peribadi yang baik dalam diri saya, something is wrong.. itu bukan tarbiyyah yang terbaik.
Kembali soal risalah.
Sepatutnya, focus hendaklah ditumpu kepada risalah dahulu, sebelum ijazah. Dengan memahami risalah, iaitu ajaran islam, kita mampu untuk menjadi pelajar-pelajar islam yang hebat, dari pelbagai aspek. Bijak menangani stress, bijak membahagi masa, meninggalkan sejau-jauhnya perkara jahiliah dan yang paling penting, merasa aman dan damai dalam jagaanNya. Amen.
Harus untuk menggenggam ijazah! Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim. Sungguhpun begitu, saat kita meletakkan matlamat utama kepada ijazah, maka kita telah menghadapi penghidupan yang sempit, kerana.. ijazah itu tidak akan menuruti kita ke liang lahad, tapi risalah itulah yang akan bersama kita.
Ini Cuma sekadar perkongsian, dan peringatan, kerana peringatan itu, memberi manfaat kepada orang2 yang percaya. insyaALLAh.
semoga ALLAH redha :)
Anak Pertama
1 year ago


3 comments:
..slm aini..
smat la ktk mpun artikel tok..thnx..2k peringatan bersama..:)
wsalam..
insyaALLAH, smoga bermanfaat ya :)
insya Allah..penat glak ari tok..pas zhor td p blaja drive..trus asar n maghrib d satok..pas ya blt mktb redi bahan2 2k masak esok..sok ada qiamullail..utk muslimin..nex week muslimat..he3..k, bait2 ar..slm :)
Post a Comment