CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

saya takut mati.

bismillahirrahmanirrahim~

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

semoga Allah mengampunkan, sebusuk manapun masa lalu ini.

semoga ALLAH selalu memberikan saya petunjuk dan peringatan untuk saya jalani hidup.

dan semoga, ALLAH tidak berhenti mengutuskan insan-insan yang banyak mengajar saya erti redha dan ketaatan.

semoga Allah menerima segala amalan baik, dan memberikan izzah dengan agama ini.

ya rahman, ya rahim, ya zaljalali wal ikraam..


kepada siapa lagi harus meminta, jika bukan dengan Engkau, raja segala raja...

dan saya takut mati.

takut mati untuk segala jenis kematian. apa-apa pun kematian memang sangat dahsyat.

matinya jiwa, matinya hati, matinya akal, matinya naluri, matinya keazaman, matinya usaha, matinya kematian...

sedang kematian jasadi itu, cuma satu kematian yang kecil. ya. kecil.

saya pernah membaca buku tulisan Mohammad Isa, "agar hati tak mati berkali-kali". dalam buku itu menyebut, kematian yang paling merugikan dalam hidup manusia, adalah kematian jiwa dan hati, kerana kematian sebeginilah yang menyebabkan kemerosotan nilai dalam kalangan masyarakat dan remaja.

kematian hatilah yang menyebabkan dunia makin kucar-kacir. kita perlu mengubati dan menghidupkan semula hati-hati kita, supaya kita kembali hidup dan bernyawa.

kerana jasad yang kematian hati itu, adalah bangkai busuk yang bernyawa, hidup sehari-hari tanpa tujuan yang pasti. hidup untuk mengisi hari esok. sedangkan dian nya makin lama makin malap.

jika kematian jasad, boleh di kesan dengan terhentinya denyut nadi, kematian hati, sulit untuk dikesan, melainkan jiwa-jiwa yang di didik dan peka terhadap cahaya. yang gusar dengan kegelapan, dan merasa resah jika keringnya air mata. ya ALLAH, beruntungnya hamba-hamba yang Engkau pilih menerima hidayahMu!

banyak benda yang di risaukan dalam hidup. risau tentang duit, risau tentang makan, risau tentant jodoh dan si dia, risau tentang keputusan peperiksaan, risau tentang rumah yang berada di hadapan bar, dan kerisauan ini menyebabkan hati lumpuh dalam mengejar akhirat, kerana cahaya dan kegelapan tidak boleh berada di tempat yang sama. jika terlalu leka dengan pelbagai kerisauan, sedar tidak sedar, arah kiblat hidup semakin beralih kepada kesementaraan dunia. ya. hurm? ini cuma pendapat saya, tidak ada sandaran nas mana-mana. maaf jika salah.

sedangkan, bila Allah mentakdirkan noktah untuk nafas ini adalah pada ketika dan saat ini, hari ini, dan waktu ini, nescaya segala kerisauan tadi tidak akan mempunyai nilai walau satu sen pun. tinggallah segala kerisauan itu, tidak ada satu pun yang akan menemani kita ke mahsyar nanti, melainkan 3

anak soleh yang mendoakan
amal jariah
dan ilmu yang di sampaikan


kita penat merancang untuk hidup, sedangkan hari-hari kita cuma membawa kita mendekati satu noktah. ya, kematian itu yang pasti.

ini, untuk saya memujuk hati, ketika jiwa ini selalu berkecamuk dengan pelbagai keresahan dan kebimbangan yang tidak putus-putus. jiwa kacau yang selalu mengganggu jiwa-jiwa remaja (ceh~). ya. dan dunia ini terlalu luas, sedangkan kita cuma punya satu nyawa.

kembali soal mati. saya takut mati. betul. kerana saya banyak dosa dengan ALLAH, banyak dosa dengan mama dan bapa, banyak dosa kepada keluarga, banyak dosa kepada kawan-kawan, banyak dosa kepada diri ini.

saya selalu memungkiri janji, pernah dengan lagu raihan? katanya..

"siang ku ingat, malam ku alpa
ku menangis di siang hari,
kemudian ketawa semula"

astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...

aku tahu tuhan, aku tidak layak masuk ke syurgaMu,
tapi tak upaya ku hadapi api nerakaMu..

tidak ada orang yang boleh menuliskan untuk kita dan menggambarkan bagaimana sebenarnya sakitnya mati kerana hakikatnya, tidak pernah lagi ada orang-orang yang bangkit selepas matinya dan bercerita kepada jiwa-jiwa yang masih hidup. bercerita tentang perjalanannya di alam barzakh agar jiwa jadi gerun dan kembali kepada fitrah, kematian itu sangat rahsia.

persis jodoh juga, kata kawan, jodoh ialah rahsia tuhan paling indah.
bagaimana dengan kematian? indah kah?

jangan tepuk dada!
ini bukan medan selera, ini hakikat dar. hakikat.

kemana lagi harus di arahkan sisa nyawa yang masih berbaki, dan keringat usia remaja ini, jika bukan kepada pelaburan akhirat, yang membawa keuntungan yang tidak boleh di hitung akal. tapi, harganya tidak murah, saat ramai anasir-anasir lain yang mengganggu di sepanjang jalan, jiwa perlu kuat untuk terus bertahan. demi tuhan. ya. demi tuhan.

begitulah hakikat cinta kan?

perlukah di khabar kan padamu segala sebab dan akibat kenapa segala masa harus kau korbankan dan usaha kau serahkan?

perlukah kau mengetahui segala rahsia dan aturan dan di bentangkan kepadamu satu persatu agar kau percaya dan menerima?

pentingkah untuk di hamparkan padamu segala kira-kira matematik dan akal untuk kau menghitung untung rugimu, berapa banyak yang telah kau beri dan berapa yang kau bakal peroleh?

haruskan semua itu. jika kau benar-benar CINTA?

ya. CINTA, bukan cuma cinta.

cintailah, tanpa sebab, kerana hakikat cinta begitu.

jika banyak sebab di letakkan dan di cagarkan, maka itu bukan cinta.itu..itu..hanya satu penipuan. hurm.

cinta tanpa syarat. tidak ada syarat pun, harus di letakkan, supaya hari ini kita bersolat dan berpuasa.

kerana ALLAH tidak pernah meletakkan begitu banyak syarat, untuk sepasang mata. sepasang telinga, dan seketul jantung. andai ALLAH meletakkan syarat, nescaya aku tidak akan mampu untuk apa-apa.


ya ALLAH, dengan segala kerendahan hati, aku memohon kepadaMu,

lidah yang tidak penat mengalun zikir,
kebaikan di dunia dan akhirat.

cukuplah bagiku, kemuliaan ALLAH,
tiada di hatiku, selain ALLAH
cahaya yang terpuji di selawatkan ALLAH
tiada tuhan selain ALLAH.



aku takut mati tuhan. kerana aku banyak berdosa.
ampunihlah ya ALLAH, sebusuk mana pun masa laluku.

mengharap dengan amat~

1 comment:

Woofer Storm said...

slm ziarah dari mlysia..sy pun takut mati daraini^^

follow skli^^