dengan nama Allah :)
Assalamualaikum readers! :) eh..takde readers eh? takpe la..huhu
Kalau lah ada anugerah fav quotation of the week, mine will be this:
untukmu jiwa-jiwa kami
taken from a touching song, insyaAllah.
kenapa favorite
love this line because, normal kot orang nak serah jiwa kat sesuatu or seseorang.. erk, normal eh? I think la.. macam ada yg serah jiwa kat kerjaya dia, ada yang serah jiwa kat passion dia, ada yang serah jiwa kat family/marka/gewe dll, ada yang serah jiwa kat sesuatu yang dia yakini kebenarannya.
dan di situ ada nilai yang kita perlu kita santuni: itulah nilai kematangan kita dalam membuat pilihan, ke arah mana sebenarnya jiwa ini harus kita serahkan.
audience: *sigh* booooooooriiiinnggg~!
wait..wait..jangan baling telor dlu.. :D
sebenarnya, betul tak jiwa kita ni sangat penting dalam hidup kita? yela.. takkan kita nak serah jiwa kita untuk something trivial kan? I mean.. come on, untuk nak serahkan jiwa dan raga kepada sesuatu tu, antara syarat-syarat yang common adalah:
1. mestilah sesuatu yang betul2 gempaq
2. mestilah sesuatu yang best giler
3. mestilah something yang akan bagi kita manfaat yang banyak dan berlipat kali ganda.
4. mestilah soemthin yang sesuai dengan tendency kemanusiaan kita or fitrah kita.
jolo dop? :)
kiranya, sebenarnya, kecenderungan jiwa kita ni, menggambarkan kematangan fikiran kita dalam menilai kan. I give you an example,
budak-budak, jiwanya akan cenderung kepada superman, sailormoon, patung doremon yg boleh bercakap, keropok, dll... kan?
pemimpin negara, jiwanya akan cenderung kepada masalah ekonomi, elaun pelajar-pelajar luar negara, cena nak sustain keamanan, pemBERSIHan, dll..kan?
hakikatnya, kecenderungan kita ni, akan mereflect pemikiran kita, keserasian ruhi kita, dan sekali gus akan menghalakan segala sendi2 dan tulang2 kita untuk berjuang ke arah itu.
Kacamata kecenderungan
sebelum tu, ada satu syarat yg penting untuk kita menilai dan memilih kecenderungan jiwa kita, itulah kacamata yang kita guna untuk menilai,
maksudnya, siapa kita sebenarnya, dan posisi apa yang kita pegang di dunia ini? sangat penting sebenarnya what do we regard our self as dalam dunia ini. then, kita akan tend untuk melihat berdasar kan kepada siapa kita.
wanita kah?
Melayu kah?
cikgu kah?
tukang sapu kah?
ketua kah?
atau..seorang muslimkah?
faham ke?
the point is, life isnt as simple as live and let it be. Perlu ada pemikiran, dan secara serius untuk menilai.
just to share what I feel, because I think, sharing is caring. and I do care for you. yes you! kamu yang sedang membaca ni.. :)
Allah pun suruh kita selalu berfikir dengan khusyuk.. macam dalam ayat ni:
"belumkah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang di wahyukan kepada mereka, dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasiq".
(Q.S alhadid: 16)
kalau kita renungi, sebenarnya sudah banyak kali dalam hidup kita, Allah menyentuh hati kita dengan kebenaran, Allah buatkan kita rasa perlu untuk berubah, Allah beri kita ilmu dan pengetahuan tentang hidup dan jalan yang benar? betul tak?
tapi..setiap kali itu lah, kita sering beralasan.
I am not ready
chill babe~
susah la..
not fair..
nanti..nanti.. kejap lagi aku taubat.
na'udzubillahi minzalik.. :')
Allah kan dah kata, kalau kita asyik nak lari dari yang haq itu, takut2 nanti Hati kita jadi keras dan susah nak terima kebenaran lagi pastu. we dont want that, right?
soalan
sebenarnya, selama ini, adakah kita telah betul-betul mengambil serious dengan ke arah mana kecenderungan jiwa kita?
mungkin kita terlalu cenderung ke arah belajar, tapi niat kita baik, kita nak belajar untuk islam, malahan, belajar tu pun kan sebahagian daripada tuntutan agama, bukannya bila kita belajar, kita dah tak cenderung kepada "kacamata islam" tu.. kan?
sebenarnya, kadang2, itu semua cuma alasan kita untuk tidak mengambil serious hal agama. bila dikatakan deen sebagai cara hidup, adakah kita betul2 nampak bagaimana makan, belajar, dan bersih itu adalah agama.
dan adakah sebenarnya selama ini, kita cuma TAHU, atau FAHAM tentang hal ini.
soalnya ialah, sekiranya kita sudah memilih kaca mata yang terbaik untuk kita melihat kehidupan, insyaAllah kita akan nampak, ke arah mana jiwa kita harus diserahkan.
kesimpulan
aslim, taslim.
jagalah Allah dalam hatimu, nescaya Dia menjagamu :) sungguh!
semoga ada kebaikan. iA
bagi yang sedang mencari, dan cuba untuk selalu teguh memakai kacamata islam pada dirinya, selamat berusaha! kamu tak keseorangan, dan Allah tak pernah mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan. sungguh!
*kami berlindung dengan Allah dari kejahatan nafsu kami sendiri dan dari godaan dan bisikan syaitan yang di rejam*... hasbunallah wa nikmal wakil :)
Anak Pertama
1 year ago


2 comments:
<3 untukMu jiwa2 kami..
kita semuanya punya pilihan, mahu mengambil islam sebagai jalan, atau menjadikan islam sebagai sampingan..
apapun, hidup ini tetap ada tapi terserah pada diri mahu jadikan ia seperti apa.
maka beruntunglah orang2 yang berfikir.
serapkan kebenaran kedalam jiwa. bukan untuk disimpan, tapi untuk dirasa nikmatnya.. betapa kebenaran itulah, yang bila kita percaya dan laksana bisa buat jiwa bahagia.
=)
syahadah al-Haq itu, pembebasan dik. pembebasan jiwa yang hakiki! :)
hanya dengan mengingatiNya jiwa kita jadi tenang. iA
Post a Comment