CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 21, 2011

tentang seseorang: mencari


dengan nama Allah,
tuhan aku, dan tuhan kamu :).


Assalamualaikum :)


seorang kawan pernah cerita kat saya, dia still mencari-cari, apa sebenarnya yang di maksudkan dengan ghuraba.

iya.. menjadi ghuraba~


dalam satu hadis, Rasul SAW bersabda:

"islam itu datang sebagai asing, dan akan kembali juga sebagai asing, maka bergembiralah bagi orang-orang yang asing"

saya tahu, banyak sumber sebenarnya untuk kita lihat, belajar dan mendalami maksud ghuraba tu. cuma yang pastinya, bagi saya, "ghuraba" itu bukan ILMU, tapi nilai.

bila kita berbicara soal nilai, ada etika yang harus kita fahami. ilmu bermain dalam lingkungan aqal logik manusiawi, manakala, nilai ialah sesuatu yang meresapi hati dan membentuk fikrah kita.

tentu, ilmu itu penting untuk membentuk nilai dan seterusnya menyuburkan fikrah. The point is, untuk mencari dan memahami soal ghuraba.. kita harus bersedia untuk membuka hati, menerima apa-apa pun yang bakal Allah berikan pada kita, lintasan yang Dia ilhamkan pada kita. walaupun, ia bertentangan dengan seluruh paradigma kebiasaan kita.

Kerana sungguh, pencarian untuk memahami sebuah keterasingan di dunia yang keliru ini, menuntut kita untuk mengorbankan apa yang dulunya indah di hati kita, mendodoi nurani kita, dan menghibur duka kita.

Malahan, kita mungkin terhenti dan penat dengan arus dunia yang menghalangi langkah kita untuk mencari yang Haq itu.

Di sana, kita perlu kuat untuk bermujahadah, memisahkan diri dengan kebiasaan/hawa'/syahwat dan godaan2 lainnya.

kerana menjadi ghuraba itu tidak mudah [fullstop].

apatah lagi di zaman ini, yang sangat mengikat dan menekankan kebergantungan kepada materi. sangat mengekang langkah kita jika kita lalai. Dan di zaman inilah, adanya fenomena fatamorgana atau logamaya yang sangat dahsyat.. Ramai telah tertipu. Sangat ramai. [hasbunallah wa nikmal wakil]

bergembiralah dengan pilihan yang kau yakini kebenarannya dan terimalah kebenaran walau darimanapun datangnya. :)



mungkin mudah untuk di gambarkan..bahawa,

berusaha menjadi ghuraba,ialah:

berusaha untuk mengecapi kemerdekaan yang hakiki.


merdeka dari segala belenggu dunia yang mengikat, dan menyempitkan dada-dada kita..

dan menghambakan diri cuma pada satu Rabb, satu Ilah, satu Cinta..

Allah SWT.

bukan study kita, bukan penaja kita, bukan duit kita.. tapi hanya DIA..


wallahu a'lam.

Allah, faqehkanlah kami agama.

p/s: semoga terus kuat sahabat, Allah akan memberi kita apa yang kita cari, dengan syarat, kita benar-benar ikhlas hanya keranaNYA. iA

No comments: