Kalau tajmi' kita sekadar maintenance,
insyaAllah ia akan jadi mudah,
kerana apa yang kita perlu buat ialah,
menghimpun dan memberi tazkirah,
maka ilmu itu akan melekat selama beberapa ketika,
sebelum pertemuan yang seterusnya,
namun memandangkan, kita ingin menakluki semula dunia ini,
dengan risalah fitrah,
maka tajmi' kita bersifat membina,
biar hari ini, lebih baik dari semalam,
bagaimana dahulu, boleh lahir jundu2 yang yang hebat,
pemuda seperti Muhammad Al Fateh,
yang pada umur 24 tahun telah berjaya menakluki konstantinopel,
dan bagaimana dahulu,
lahir pencinta2 ilmu seperti Said Bin Jubair,
yang kata imam ahmad bin hambal,
ketika beliau telah di bunuh,
seluruh bumi ini masih mendambakan ilmunya,
kita mengintrospeksi tajmi' mingguan,
sebagai wadah untuk kita membentuk da'ie,
menghidupkan izzah islam dalam diri,
dan menjadi ghuraba di tengah2 masyarakat yang keliru ini,
kerana itu, tajmi' kita bukan maintenance,
fokusnya ke hati, lalu ke aqal,
ilmu bukan sekadar halwa telinga,
tapi ruh yang meresapi jiwa,
lalu menggerakkan sendi2 untuk tarbiyyah,
namun kerana tajmi' kita takwin,
kita perlu usaha lebih keras,
bukan senang menyentuh hati,
apa lagi di zaman kelabu dan kecelaruan yang haq dan batil ini,
dan jika jalan ini mudah,
sudah tentu ramai yang mengikutinya~
kan?
tapi sudah terlanjur jatuh cinta,
maka cinta ini harus di pertahankan,
anugerah terindah yang pernah ku miliki, iA :)
Anak Pertama
1 year ago



4 comments:
terlanjur sounds tak rela.
:)
semoga kita sama2 tsabat dalam memilih di jalan yg kita cintai sepenuh hati.
dan berkorban dengan rela hati.
aminn~
amiin :)
Post a Comment