CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 7, 2011

Jundu

bismillah~



Sememangnya, tarbiyyah islam ini khusus untuk mereka yang pada jiwanya, terukir kepercayaan yang teguh akan datangnya pertolongan dan bantuan Allah. Dan mereka yang meyakini, saat kebangkitan islam itu pasti datang. Juga mereka yang menanti-nantikan janji berupa balasan keredhaan Allah, dan syurga yang ada padanya sungai-sungai dari air susu yang mengalir.

justeru, mereka-mereka ini berbaris di saff2 tarbiyyah.

dengan ketidaksempurnaan mereka, namun tetap teguh untuk memberi semampunya.

semampu boleh, pastinya!

ada yang sampai mengorbankan kepentingan dirinya demi cinta Allah yang di kejarnya,
dan izzah pada agama yang telah meresapi segenap fikrahnya.

Di satu sisi, jahiliyyah sedang mentarbiyyah dengan hebatnya.

meracuni pemikiran ummah sehingga mereka jadi lupa pada tujuan sebenar penciptaannya,

hiburan, makanan, pergaulan yang bebas, permainan, harta, pangkat, wanita.. semuanya,

memanggil-manggil dan menjanjikan kesenangan yang sementara.

kerana syurga itu telah di pagari dengan duri dan rintangan,

maka mujahadah telah memilih kepahitan sebagai inti utamanya,

~bukan mudah menyentuh hati orang lain,

apa lagi, apabila lidah berbicara tentang sesuatu yang asing,

asing bagi manusia semuanya, tentang akhirat, tentang sifat lagha, tentang jihad~

ia bagai topik yang cukup abstrak, kerana sedikit sekali manusia zaman ini, yang terpanggil untuk memikirkannya,

walaupun kini,

begitu susah untuk mendampingi mutarabbi dan menjadi seorang yang di thiqahinya,

harapanku,moga Allah menerima setiap amal,

dan meredhai setiap hembusan nafas,

juga mengampuni, walau sebusuk mana pun, masa laluku.

hasbi Allah~

No comments: