Nabi dan Para Syuhada cemburu kepada satu golongan kerana kedudukan mereka disisi Allah, Para Malaikat bertanya, "siapa mereka ya Rasulullah?"
Rasul menjawab;
"mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan ruh Allah, tidak ada nasab atau hubungan jual beli antara mereka. Muka mereka bercahaya dan mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut, ketika manusia takut, dan mereka tidak sedih ketika manusia sedih,. kerana mereka ada saudara yang akan membela mereka tanpa mereka minta.
**********************************
Salaam~
saya cuma ingin titip pesan,
kepada hati-hati yang kini merasa terkilan dengan hebatnya ancaman al-wahn,
dan sedang berusaha keras untuk Ihsan,
dan teguh dalam tarbiyyah zatiyyah,
............
dimana pun kamu berada,
aduhai sang muzammil, dan sang mudathhir~
aduhai hati yang lembut dan selalu rindu kepada Rabbnya,
hati yang selalu ingin dekat kepada yang maha pengasih,
ketahuilah,
Engkau tidak pernah berseorangan :)
Malah alam semesta bertasbih memuji kebesaranNya siang dan malam,
Deruan angin dan desiran air adalah bahasa zikir alam yang aqal kita penuh dengan keterbatasan untuk memahaminya,
hiruplah, dan sedutlah kekuatan dari alam,
untuk ruhani mu yang sedang hiba.. :'(
dan janganlah kamu berasa lemah,
dan jangan kamu bersedih hati,
sedangkan kamulah paling tinggi derajatnya di sisi Allah,
jika kamu orang yang beriman. (03:139)
istimewa untukmu,
kak Syafiqah


No comments:
Post a Comment