selalu mahu mencuba simpang2 yang baru. sehinggga kadang2 saya lupa,
mana pangkalnya hidup ini.
saya tidak mahu begitu sebenarnya.
saya pernah merasakan, bahawa akhirnya saya menjumpai sesuatu yang indah dalam hidup.
benar-benar indah.betul.
saya hampir percaya, memang percaya..bahawa ini lah yang saya cari.
dan ingin saya usahakan sampai mati.
tapi kata orang tua-tua benar
hidup penuh ranjau dan duri.
jika keinginan cuma secupak, manakan mungkin mampu menanak sebelanga nasi.
dan jika
jangan lautan hendak di duga.
hari ini saya berasa sedih.
...
...
sedih merasakan, betapa saya banyak membuat perhitungan yang silap. dewasa ini.
bukan tentang keindahan itu. yang itu benar.
saya silap langkah pada, jalan2 yang saya lalui setelah melalui kebenaran itu.
saya lupa. bahawa barang yang mahal, susah untuk menjaganya.
dan yang saya jumpa itu ibarat mutiara.
salah saya, kerana tidak berjaga-jaga.
saya rindu.
pada rasa rindu dengan tuhan.
saya rindu.
pada rasa takut dan harap hanya padanya.
hari ini, saya benar-benar merasakan..
saya sedih. hiba. dan pilu.
sebelum saya benar-benar terlewat.
saya minta dengan tuhan.
ampunilah lagi diri ini.
walau terpaksa ku meminta berjuta kali.
kerana aku tidak temui hidup dan cinta,
tenang dan redha.
melainkan hanya denganMu.
ya lathif...ya lathif..ya lathif..


2 comments:
kayu or kail yg panjang sejengkal?rasanya kail kot.cintai bahasa ibunda :)
aiyaa..baek2.kail, tq pencinta bahasa ibunda!
Post a Comment