dengan nama ALLAH~
tuhanku, juga tuhanmu..
assalamualaikum :)
Generasi terawal kaum muslimin telah menghadapi pelbagai dugaan yang maha hebat. Namun, berkat daripada tarbiyyah langsung dari rasulullah, dan usaha yang keras sesama mereka untuk menajamkan dan meneguhkan fikrah islam, menjadikan mereka bangsa islam yang berkualiti.
Ya. Siapa lah bangsa arab quraisy tanpa islam?
Dan iya. Siapalah melayu, bajau, cina, india, afrika.. tanpa Islam?
Sebagaimana telah datang pelbagai dugaan pada umat mutakhir ini, perang pemikiran dan ideology yang tidak putus-putus. Maka, umat terdahulu juga telah di uji. Bukan hanya penyiksaan dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental dan emosi. Mereka yang mengisytiharkan keislaman, telah merelakan diri mereka menjadi bahan hinaan dan kejian golongan2 yang tidak percaya dan berkepentingan.
Namun, mereka kuat dan terus bertahan.
Kerana umat pada waktu itu, melihat jauh ke seberang kehidupan. Tidak terpedaya dengan angan-angan dan dunia yang penuh kesementaraan ini.
Ketika Sumaiyah di siksa oleh tuannya, rasulullah hanya mampu mengatakan kepada keluarga yasir
“bersabarlah keluarga yasir, bagimu syurga di sana”
Dan untuk syurga, Sumaiyah terus kuat mempertahankan keislaman dan kalimah syahadahnya.
Kerana syurga yang di janjikan, bukan suatu khayalan.
Lemahnya kita, mungkin kerana kita tidak benar-benar menghayati, memahami dan meneliti syarat-syarat kemasukan ke syurga ALLAH. Bukankah kita sudah terbiasa melihat syarat-syarat kemasukan ke uiversiti atau pemohonan suatu kerja? Dan kita akan berusaha bertungkus lumus untuk memenuhi syarat-syarat itu.
Malah kita akan berusaha sebaik mungkin, bukan hanya dengan memenuhi syarat minima
sahaja, malah mahu jadi yang menonjol.
Cth: syarat minima untuk jadi chemist kena dapat sekurang-kurangnya B3. Tapi kita akan berusaha tahap A1.
Kerana kita sudah terbiasa, untuk menggantung harapan setinggi langit, for if you miss you will land on the moon.
Tapi kenapa lupa untuk menggantung harapan setinggi Firdausi? For if you miss.. you will not land on Jahim?
Rasulullah pernah di tawarkan harta, pangkat, malah keislaman orang-orang kafir secara berselang seli sekiranya nabi mahu ikut dalam mengamalkan agama mereka. Tapi nabi menolak dengan sekeras-kerasnya, dan mengatakan.
“sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku untuk aku meninggalkan dakwah ini, maka aku tidak akan pernah meninggalkannya sebelum ALLAH menampakkannya atau aku mati di jalan ini”.
Kenapa nabi tidak terima sahaja pelawaan harta tersebut sebagai modal untuk menggerakkan dakwah? Dan kenapa nabi tidak terima sahaja pelawaan islam bergilir-gilir? Mana tahu, dengan islam selang seli itu, lama kelamaan kaum quraisy akan lembut hati menerima sepenuhnya islam? Siapa tahu kan?
Tapi pengajaran yang harus kita, umat zaman ini ambil ialah, TIDAK SEMUA CARA DIHALALKAN DALAM DAKWAH, walaupun pada zahirnya, mungkin ada keberuntungan atau potensi yang boleh di gali.
Namun politik nabi tidak begitu. Nabi mengamalkan politik yang bersih. Tidak sampai kepada menggadaikan maruah agama dan bersumberkan dari harta yang haram. Dakwah ini, tidak mandul.
Lantas kita bagaimana pula halnya? Adakah kita telah masuk kepada agama ini secara keseluruhan?
Satu ancaman yang telah terbentuk dalam diri masyarakat sedari mula datangnya pengaruh-pengaruh barat ialah taklid membuta, traditionalist dan normalisasi. Kita kurang memahami maksud dan kepentingan syahadah sehingga kita masih berlengah-lengah dalam mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Jika kita kurang faham, tujuan untuk melakukan sesuatu benda, maka lama kelamaan kita akan terasa berat dan stop.
Begitu juga cara hidup penyerahan (ISLAM) ini. Bersikap lengah dan mengikut tanpa ilmu, akan hanya membentuk peribadi yang keliru, yang akhirnya menjadikan kita islam secara keturunan sahaja.
Umat ini kelihatannya sangat suka pada hiburan. Serik dan jemu dengan hiburan nyanyian, tarian, rentak irama yang sesak itu, muncul pulak pelbagai hiburan berbentuk cerita seram, mistik and whatnot.
Jika santapan minda kita sehari-hari adalah perkara serupa ini, kemana harus di andalkan masa depan ummah ini? Dan jiwa ini kelihatannya akan mengalami kemelaratan yang total yang hanya menunggu masa untuk tumbang dan di pijak.
Easy to write here, really. But a hard line to walk.
Ayuh, bermula dari dalam diri. Berubah kearah kebaikan, berhijrah meninggalkan segala jenis perlakuan, hobi dan kesukaan yang tidak memberi manfaat.
Smoga ALLAH redha~
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment