CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 14, 2011

malu mengaku cinta.



Allahumma salli 'ala Muhammad,
wa 'ala, aali saiyidina Muhammad,


malu mengaku cinta,
bukan tidak mahu,

malu kerana merasa serba kekurangan,
dan belum cukup dari segi pengetahuan,

malu mengaku rindu,
sedang amal tidak seiring perkataan,

malu melafaz setia,
sedang diri bersalut dosa,

lantaran hati masih diselimuti jahiliyah,

malu sebenarnya.

tapi kerana dia,
telah mencintai kami,
tanpa sebab.

dan telah berkorban,
tanpa mengharap balasan,

aku malu, untuk tidak berusaha,
malu untuk terus berlengah,
malu untuk terus malu.

sedangkan cinta itu rasa,
dan malu itu juga rasa,

maka yang kuat akan timbul,
dan yang lemah akan kelam,

semoga cinta ini kuat,
agar malu ini bertempat,

semoga upaya ini,
se iring cinta,

menuruti ajaran dan sunnahnya,
meneruskan dakwah dan memperbaiki diri,

semoga di akhirat,
dia tersenyum melihatku.

selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhammad,

murabbiku,
rasulku,
imamku,
cintaku.

aku rindu~

No comments: