Eh.
Dari siapa hendak kau sembunyikan kata hatimu.
Sedangkan Dia mendengar setiap bisikan, dan melihat setiap lintasan.
Bukankah tuhan maha tahu,
Tentang takdir dan ketentuan.
Kenapa kau enggan mengucap syukur?
dan redha pada ketetapan
Dari siapa hendak kau rahsia dengkimu.
Sedangkan jiwa yang kering itu,
Memancarkan sinar yang malap di wajah.
Bukankah seluruh kulit dan organmu adalah islam,
Mereka gusar pada dosa,
Mereka patuh pada perintah rabb.
Kerana itu, setiap hatimu mendetik kebencian,
Setiap itu, wajahmu suram.
Allah tidak memerlukan zikir dan sabarmu.
Semua itu makanan jiwa, penawar sakit hatimu.
Bukankah telah sampai padamu peringatan,
Tentang sabar dan keadilanNya.
Dan syurga menuntut kesungguhan,
Jika kau kalah dan pencundang,
Kalah dengan nafsu dan amarah,
Maka syurga tak layak untuk kau angan.
Bukankah dunia hanya persinggahan?
Dari kecik ustazah dah pesan.
Dan islam mu bukan Cuma pada solat dan baca quran
Tapi pada perkataan, perlakuan, dan aktiviti seharian.
Kenapa susah untuk kau faham?
Mungkin hati sudah tidak suci lagi.
Kata saidina Ali..
Jika kau tidak lagi merasakan hatimu,
Janganlah membuang masa untuk membersihkannya,
Tapi mintalah pada ALLAH untuk memberi hati yang baru..
Hidup tidak lama dik.
Sedang kemenangan itu,
Adalah bersabar untuk sesaat.
Maka sabarlah..pasti ada hikmah yang besar, insyaALLAH!
Semoga ALLAH,
menuntun langkahmu~
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment