dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang..
berakhir sudah daurah di timaru..
insyaAllah, besok bergerak ke mukhaiyam di Auckland..
ada satu anologi yg nak di share..
kalau sorang raja tu, memerintah sesuatu negara.. sudah pasti ada peraturan yang dia akan buat dan perintahkan orang untuk laksanakan, kan?
dan jika rakyatnya laksanakan perintah itu, dia syg kan? dan kalau ada rkyat yang bantu dia melaksanakn perintah itu, macam kerah org, ingatkan org utk laksanakan perintah raja dan tegah org dari melakukan perkara yg di larang oleh raja.. mesti raja bagi ganjaran kan? mesti raja angkat martabat orang tu kan?
ok..macamana kalau, raja perintahkan rakyat buat sst perkara untuk kebaikan rakyat, ada rakyat xbuat, tapi, rakyat yg x buat ni, xggu pun org lain.. adakah raja akan hukum mereka?
fikir...
fikir....
fikir....
iya jawapannya.. kenapa tidak kan? sedangkan raja dah buat itu untuk kebaikan, kenapa kena langgar..lagipun sang raja kan raja..kenalah patuh dengan raja.. raja lebih tahu pasal hal ehwal negara...
...................................................
faham x anologi ni?
insyaAllah..
ini cuma raja, apatah lagi Allah kan, tuhan yang menciptakan langit dan bumi ni, kenapa kena ada rasa sangsi dengan sst perkara bila sudah jelas Allah mensyariatkannya kepada manusia.. hebat sgt kah kita? kita ingat idea kita lagi baek ka?
astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah..
sebenarnya, post ni..nak menjawab soalan seorang sahabat ttg beza org islam dan bukan islam..
dalam situasi, muslim biasa dan bukan muslim tapi baik.. kira lebih baik dari muslim yg baik tu..
soalnya lagi..org bukan islam xdpt masuk syurga ka..
jum la kita renung anologi di atas.. kita tumpang bumi Allah ni, ada syariat yg perlu di patuhi..sunnatullah yg perlu di selami.. dan ada "password" yg perlu kita lafaz agar smua usaha dan amalan kita tu valid di hadapan Allah..
apa passwordnya?
"aku naik saksi, bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Esakan pemilik bumi, Esa kan pemilik diri, ruh dan jasadmu, akui ke agungan Nya, fahami akidah ttgNya.. barulah Dia akan memberi ganjaran syurgaNya.. InsyaAllah,
see the point?
Terima... Faham... Amal...
^-^
saya, mahu faham dalam agama.
tuntun langkahku tuhan..
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment