CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 2, 2010

maafkan aku ummah...


Di medan ini, suara ku mungkin tidak akan di dengari, tenggelam dalm kabut ribut perbalahan.
Di saat ini, aku juga tidak mungkin kelihatan, justeru hilang dalam kabus kelemahan dan kekhilafan.
Maafkan aku ummah. Tak bisa bersamamu saat kau memanggil namaku dengan seruan.
Maafkan aku ummah. Kerana tak kuat menyumbang, meringankan bebanmu..
Maafkan aku ummah, kerana hanya doa yang bisa ku panjatkan, ku iring keyakinan bahawa Allah bersama kita, selagi mana kita ampuh membela agamaNya..
Bicara Murabbi unggul kita; umat Islam di akhir zaman ini jumlahnya ramai, tapi mereka ibarat buih-buih di lautan..
Itu kita ummah. Di ciptakan dalam hati penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Sedangkan dunia ini sementara sifatnya. Dan mati itu saat pertemuan dengan pencipta. Saat kembali pada tempat asal ruh kita.
Di zaman ini, Allah campakkan dalam hati musuh-musuh Islam, perasaan berani yang membuak. Tidak lagi rasa gementar. Tidak lagi rasa kasihan.
Dan kita ummah, beginilah lagaknya..
Untuk membangunkan ummah dan bersatu, satu cabaran yang harus di galas. Untuk kita mampu mengubah dan mengangkat martabat ummah, harus bermualanya dalam tarbiyah diri. Perkasakan iman, mantapkan jati diri..
Jangan kita jadi buih, datangnya tidak dikesan, perginya tidak disedari.
Ya Allah. Betapa berat ujian yang Kau turunkan kepada Ummah. Ampunilah dosa kami ya Allah. Peliharalah deen Mu ini ya Allah. Bantulah kami untuk mendepani cabaran ini Ya Allah.
Wahai Tuhan. Tanamkanlah keberanian dalam hati-hati kami ya Allah. Berikanlah kekuatan dalam hati pejuang-pejuang agamaMu ya Allah. Andai kami terkorban di jalan ini. Tempatkanlah kami dalam syurgaMu ya Allah.
Ya Allah.. selamatkanlah umat islam, di setiap masa, dan setiap ketika.
Laknat Allah ke atasmu Israel!!.
“dan kami telah tetapkan terhadap bani Israel dalam kitab itu, “kamu pasti akan berbuat kerusakan di bumi ini dua kali dan kamu pasti akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar” (17:04)
Maafkan aku ummah..
Ya Rasulullah, sesungguhnya..kami merinduimu..

No comments: