
By the name of Allah, the most gracious and the most merciful..
peace be upon Muhammad PBUH the messenger, His families and friends..
What was the topic again? ahha..jumpa bunga ^-^
Hari ini, saya masuk satu taman, taman tersebut sangat indah, setiap hembusan nafas di taman tersebut, terasa memberi kebahagiaan, dan setiap denyut nadi memberi ketenangan..

illustrasi penulis semata-mata
firman Allah dalam surah Al-Asr:
"demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan ke arah kesabaran"
Kalau boleh, nak selalu berada di taman itu, dan sentiasa merindui suasana di taman itu. bila berada di taman itu, terasa hampir dengan firman Allah di atas. Kenapa? sebab dalam hidup ini, kita berdepan dengan sangat banyak pilihan, kalau perempuan kena decide, nak masak apa, nak pakai tudung apa, nak guna beg mana, dan maca-macam lagi. dan salah satu pilihan yang perlu di buat tersebut adalah, pilihan untuk spent masa kita untuk apa..
what 2 hours mean to me? jika saya di beri 2 jam, saya berhadapan dengan pelbagai pilihan; tengok tb, tido, makan, tengok movie, online facebook, blogging, dan macam-macam lagi..
Alhamdulillah, hari ini, Allah bagi saya kekuatan, kesempatan dan peluang untuk spend my 2 hours dalam taman tersebut..
saya sangat berharap, kawan-kawan yang lain dapat merasa berada di taman tersebut supaya saya dapat bersama-sama berkongsi rasa.
mahu tahu apa taman itu? mesti dah boleh teka dari awal kan? :)
taman syurga..raudhatul jannah~
kan, taman ilmu tu, adalah salah satu daripada taman-taman syurga.. bukanlah saya tak pernah berada di taman ilmu sebelum ini. tapi taman yang saya jumpa hari ini, sangat istimewa.. dan, ada bunga di dalamnya.. kiranya, memberi kesan la ke dalam hati ini.. menyentuh hati, jauh di lubuk paling dalam (ewah2..)
I pray to Allah, to grant my daily life with the feelings of wanting and needs of being in his raudhatul-jannah.
semoga titisan rindu ini, selalu ada dalam hati..
InsyaAllah, di entry seterusnya, saya ceritakan bunga-bunga apa yang ada dalam taman tersebut..
besok, pegi Timaru, insyaAllah.. doakanlah kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik..
saya,
tak layak masuk syurga,
tapi, tak sanggup masuk neraka,
pimpin langkahku tuhan..


No comments:
Post a Comment