CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 20, 2011

jangan sombong pada kebenaran.

dengan nama ALLAH, tuhanku juga tuhanmu.
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhamamd.

43:78

"sungguh, kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tapi kebanyakan daripada kamu membenci kebenaran itu"

43:88

"dan jika Engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab ALLAH; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan daripada menyembah ALLAH"
..........................................................



kadangkala kita membenci kebenaran apabila ia datang kepada kita, kerana ia membuat hidup jadi payah dan sukar. kebenaran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali dua tapak tangan dan muka contohnya, akan menimbulkan persoalan kepada sesetengah orang, kenapa perempuan sahaja yang perlu tutup2. nanti leceh la nak kena pakai stokin..nanti xbley la tunjuk gaya rebond rambut yang comey2.. etc2..

dan lebih dari sekali, kita menafikan kebenaran yang datang itu. kerana kita, merasa berat. dan kita melihat, tidak ramai pun yang terpanggil hatinya untuk memenuhi kebenaran. lantas kita merasa selamat. selamat mengikuti golongan yang ramai, yang memilih untuk mengambil ringan pada kebenaran.

banyak ketika, kebenaran itu juga datang, saat kita belum bersedia untuk menopangnya. kebenaran menjadikan kita merasakan.. islam itu penuh dengan "tidak boleh"

kenapa tak boleh sentuh laki pempuan?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta blye kapel?
sebab tuhan tak kasik

kenapa tak boleh minum arak?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta bley buka tudung?
sebab tuhan tak kasik

dan banyak lagi lah ketidak bolehan yang di bawa oleh kebenaran ini. susah x?





kata kawan

"orang putih ok je kawan laki pempuan, duk serumah jadi flatmate pun ok, bagi aku, itu memerlukan tahap kematangan yang tinggi. kalau kita, semua tak boleh..ntahla..."

saya rasa

"untuk tidak bergaul dengan sebebasnya itulah yang memerlukan kematangan yang lebih tinggi. bergaul cuma bila perlu, atas urusan penting dan bukannya sekadar suka2."

faham ke?

dan kadangkadang jugak, kita perlukan justification bagi setiap kebenaran yang datang mengetuk pintu hati kita.

"oooh..perempuan itu ibarat mutiara, so kena la tutup2 kan..cam mutiara kena tutup"

"ooh..sujud tu mengalirkan darah ke kepala, so kenalah solat kan..untuk sihat"

"ooh..bergaul tu menjaga hati kan, so kenalah jaga kawan"

dan rizen2 ni penting jugak untuk kita paham dan mengambil kebenaran tu. tapi.. the ultimate rizen kenapa kita membuka pintu hati kepada kebenaran adalah.

"because God says so, and I believe this come from God".


ayuh sogokkan kebenaran




jom berusaha untuk sogokkan kebenaran kat hati kita, sampai hati sudah penat untuk lari dan bersembunyi dari kebenaran itu. sampai hati rasa give up and say..

"ok..I submit to the truth! I surrender"

biar ia jadi lelah untuk berpaling, dan jadi kuat untuk menerima.

kita memang tak boleh laripun dari kebenaran sebenarnya. kita tak ada alasan pun kat akhirat nanti nak kata, kita tak dapat hidayah nak masuk islam secara keseluruhan. sebab apa?

sebab pada matahari itu ada kebenaran,
pada denyut nadi itu ada kebenaran,
pada setiap hembusan angin itu ada kebenaran,
pada setiap degup jantung itu ada kebenaran.

dan kebenaran2 ini, bagi orang2 yang kuat bersabar dan banyak bersyukur, is the sign from ALLAH.. that inflicts Taqwa to those who believe.

"jangan ada yang berkata ketika melihat azab, sekiranya aku dapat kembali ke dunia, sudha tentu aku berada dalam golongan baik2. sesungguhnya keterangan2KU telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya dan menyombongkan diri"
39:58-59

Wednesday, March 16, 2011

minta lagi.

Allah, I know that I have asked YOU to lead my way and show me to the right path. And I don’t mean to complain when everything seems to tear apart at this very moment. But ALLAH, I am hoping that you will keep me strong. Make me feel Your guidance and existence in my self.

Allah, I am not hoping for a lighter burden, but ALLAH, please, with all your grace, give me a stronger back. I am no one without You and I have nothing except what you give.

Akan tiba masa,bila Allah mencabut semua kegusaran dalam hatimu,melapangkan bagimu dadamu,meluaskan bagimu jalanmu, sehingga kau nanti merasakan, kau tidak pernah merasa sedih dan tertekan. Kerana itu bertahanlah dalam setiap saat dirimu diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Allah tidak mentakdirkan sesuatu melainkan itu yang terbaik,terpulanglah bagaimana kita hendak memahamkan kebaikan itu.

Kalau tidak baik di dunia,
Maka baik bagimu di akhirat,

manakah kebaikan yang lebih kekal padamu?

tak serasi?

bismillah :)


jasadnya terus bergerak.
kerana aqalnya tahu.
itulah yang perlu di lakukan.
dan inilah masa yang betul.

setelah mencongak dari segala segi.
fikirnya sudah melihat untung.
tapi zikirnya masih tandus.
di mana silapnya?

saat kakinya terus melangkah.
hatinya masih menoleh ke belakang.
merasa ada yang tidak cukup.
dan keraguan itu mengundang sedih.

untung ada sahabat membantu.
menunjuk jalan, menuntun langkah,
wasilah cinta Tuhan,
di zahirkan dengan ikatan ukhuwwah.

Tapi hati yang kosong itu terus meronta.
minta di isi dengan cinta,
supaya jangan hanya jasad yang penat bekerja,
sedang hati menafi ikhlasnya.

dan amal tidak akan ke mana.
tanpa ikhlas dan sandaran pada ALLAH.


semoga hati itu sembuh. mohonkan doanya.

Sunday, March 13, 2011

jum keluar pintu no.2!

dengan nama ALLAH :)

cuba fahamkan analogy ini.

pernah ada rumah? eh. maksudnya.. rumah ada kan?

ada pintu depan x?

pintu belakang?

ok, pintu pertama adalah pintu depan. dan pintu belakang adalah pintu nombor 2.

tujuan dakwah dan tarbiyyah adalah untuk mengajak ummat manusia untuk keluar dari pintu no.2.

kita yang telah masuk kedalam islam, ibaratnya telah memilih untuk masuk dalam pintu yang pertama (pintu hadapan)

tapi hakikat penghambaan tidak cukup dengan syahadah pintu pertama. tapi harus berusaha untuk menuju dan keluar melalui pintu ke dua. iaitu pintu faham islam.

barang yang percuma, orang akan mudah ambil sambil lewa. well.. its free u see.

begitu juga agama ini. jika kita mewarisinya dari darah. dan bukan dari hati. kita cenderung untuk tidak memahami.

oleh itu, harus berusaha untuk memahami dengan lebih aktif lagi supaya kita boleh keluar dari pintu ke dua.



perjalanan dan jarak dari pintu pertama dan kedua adalah berbeza-beza bagi semua orang. cuma fitrahnya saja yang sama. which is. payah, susah, memerihkan, dan penat.

sungguhpun begitu. ganjarannya tidak dapat di bayangkan oleh akal.

untuk keluar ke pintu yang kedua, harus dengan ilmu. memahami agama ini, bukan cuma dengan zikir, tapi bergandingan dengan fikir.

jalan tarbiyyah itu tidak mudah.
kalau mudah, dah ramai yang berada di sini.

dan masanya tidak singkat.

kata brother Joshua

"the best dakwaa that every muslim can do, is to be a real muslim. All muslims are actually like a candle that can light up the dark night. However, we cover our candle up with shield. The shield become thicker as we sin"

so we have to remove the shield. shall we?

kadang-kadang kita susah nak remove the shield because, we are tempted and blinded.

tapi xpe. sebabnya..

kalau kita xnak sst perkara, kita boleh je persembahkan thousands of reasons untuk tak mahu.

tapi, bila kita memang nak kepada sesuatu perkara, despite all the hardships.

kita cuma perlukan satu pendorong.

as simple as

"because I really want to."


dan jika kita mahu meniti jalan mendekat pada DIA, DIA akan menyuluh jalan bagi kita. InsyaALLAH. mungkin di uji sesekali. bercinta perlula ujian kan? nak tahu samada bersungguh2 nak ke DIA. kan?

betul. jahiliyyah is dearer to the heart. because it seems to offer more instant, and clear earthly rewards.

tapi, its temporary.

ayh berusaha.

untuk keluar dari pintu ke 2.





faham ke?

jom!

Wednesday, March 9, 2011

syukur.

alhamdulillah.
dengan nama ALLAH,
tuhanku juga tuhanmu.
selawat dan salam keatas junjungan besarku, Muhammad,
murabbiku. rasulku dan cintaku.

tika di uji. saya selalu rasa, that's the end of this. and I am dead.
tapi sebenarnya, betul je apa yang kak usrah saya selalu kata.

akan sampai masanya,
bila kita menoleh ke belakang dan tersenyum.

betapa pada awalnya seolah kita tidak melihat lagi harapan dan pilihan.
kita tidak melihat lagi jalan keluar bagi segala kekalutan.
dan terkadang kita merasakan, inilah pengakhiran ikhtiar kita.

tapi tidak.tidak dan tidak.

kerana selepas setiap kesusahan, pasti ada kesenangan, dan sebaliknya.

cabaran yang kita hadapi ini,
is just one of the thousands hurdles that we have to either jump or just go through in life.

it is really fundamental to have a strong belief that Allah will not put a burden on one's soul. unless he or she is capable of it.

dan itu janji ALLAH.

when it seems like, ALLAH is putting too many obstacles on you.
it means He acknowledges your potential.

that is why I hate it when I feel like telling myself that

I CANT DO THIS ANY LONGER~

kerana ALLAH tidak memilih saya kerana saya istimewa.
tapi kerana ALLAH memilih sayalah lantas saya jadi istimewa.

dan saya. tidak punya hak untuk menolak hak keistimewaan yang di berikan pada saya.

berikanlah khabar2 yang gembira bagi mereka yang bersabar.

salam rindu, cinta dan sayang, bagi sahabat yang sama berjuang di fikrah ini.

sahabat,
siramilah lalaiku,
dengan embun hikmahmu.

ya lathif..ya lathif..ya lathif..

:)

Thursday, March 3, 2011

menulis kerana apa?

bismillah~



Sudah lama tidak menulis di sini, selalunya, ada saja idea untuk di terjemahkan dalam tulisan. Dan saya suka, bila apa yang ada di minda ini, di oleh dalam kata dan menari di hadapan skrin baby blue (awek saya no,2).

Banyak usaha blogwalking, membawa kepada arah buntu. Saya suka membaca tulisan orang lain, dan suka pada ungkapan yang indah-indah. Saya suka blog ini, ini, ini, dan banyak lagi.


Ada masanya, saya cuba meniru cara mereka yang saya kagumi penyampaiannya. Yang di rasa keihlasannya, tampak ksederhanaannya, namun jelas dan terang mesejnya. Tapi, kawan selalu kata, mereka sukar memahami puisi indah, dan kata yang berbelit. Ha.. never mind that.

Tapi, sebenarnya, ia membuat saya terfikir. Saya menulis kerana apa? Adakah setiap tulisan sekadar pengisi masa lapang dan senggang. Atau menulis untuk melepaskan geram. Mungkin menulis sebagai response dan refleksi kepada keadaan sekeliling. Menulis juga mungkin menjadi sebagai wadah untuk sampaikan mesej kepada pembaca. Any kind of message,really.

Sebelum saya balik bercuti ke Malaysia tempoh hari. Kawan kata kat saya, smoga balik jadi ibadah. Dan baru-baru ini, seorang sahabat juga berkata, teruskan menulis kerana DIA.

Dan saya diserang (sadis kan?) oleh dilemma.

Bagaimana yang dikatakan menulis kerana ALLAH dan ibadah itu?

Sebab itu, saya jadi malas menulis.. tidak tahu kenapa. Mungkin kerana hati ini masih belum register what does it really mean by, write! Because of you LORD!

Adakah semua tulisan di halalkan menggunakan trademark, “ya, saya ditulis kerana ALLAH”,

Maksudnya, segala jenis tulisan.
Ataupun,

Saya boleh pilih untuk terus mengambil ringan….. Maksudnya..
Whats the big deal dar, tulis jak la..

Tapi, it doesn’t feel right. Sampai bila hati ini mahu terus mengambil ringan. Sedangkan hari ini, this kind of thought dah mengetuk fikiran saya.

Dan juga. Umur ini, semakin hari semakin pendek. Noktahnya tidak tahu di mana.
Huhu..

Kalau kalam yang di tulis mampu berkata,
Adakah ia juga jadi saksi di hadapan ALLAH nanti?
Dimana tidak ada lagi penolong kecuali DIA
Dan yang jadi segala-galanya bagi kita adalah amal.


A thought.

Friday, February 25, 2011

I am Sam

dengan nama ALLAH,
tuhanku juga tuhanmu,
yang sama dari dahulu,
ya..yang itu,
yang tidak pernah putus mengirim rahmat, nikmat dan cinta.

pada aku, pada kamu.

hari ini saya menonton muvi tajuknya, I am Sam. ehsan daripada cik fatehah yang apabila di tanya tentang perkara yang dingin di kongsikan bersama semua, ialah "the message".

rupa-rupanya, mental retardation never stops someone ability to love and be loved. meaning that, it does not take you to be "normal" to love. that is why, even though some one is a retard, they do have feelings and they are capable of extending and offering love to other people.

golongan seperti ini, bukankah di janjikan syurga? bergembiralah! walaupun mungkin dunia ini tidak memberi senyum padamu.

cuti lalu, seorang kawan saya, sejak tahun satu, was admitted to a psychiatry. yep, mental illness. semoga ALLAh memberi kekuatan padanya, dan pada keluarganya.

tersenyum bila mendengar lagu background dalam muvi tersebut.

you dont look different,
but you have changed.

true. in fact, how can we tell right? people look the same at their skin level but suprisingly have become a personality that is alien to your past. best friend maybe. or sister. or brother. there is no longer what we call "the bond" that you thought will last forever.

God plans with His love, we humans plan with our ambition. and sometime, we go too ambitious. that is why we fall, well..maybe. just maybe.

these days, I have been thinking that, it is okay to let yourself to be emotionally fragile once in a while. Just to check things back, to mourn to be sad, to just reflect. but the problem prevails when one chose to dwell too long in it.

*sigh*

I dont know. really.
but just hope that, you are doing good.

Allah, mampu menjagamu, lebih baik dariku.
dan aku serahkan dirimu pada penjagaan ALLAH kak.

semoga DIA memimpin langkahmu.
kerana kau sahabatku,
dan di jalanNya ini,
hati kita menyatu.

I miss you.

......