CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2011

menulis kerana apa?

bismillah~



Sudah lama tidak menulis di sini, selalunya, ada saja idea untuk di terjemahkan dalam tulisan. Dan saya suka, bila apa yang ada di minda ini, di oleh dalam kata dan menari di hadapan skrin baby blue (awek saya no,2).

Banyak usaha blogwalking, membawa kepada arah buntu. Saya suka membaca tulisan orang lain, dan suka pada ungkapan yang indah-indah. Saya suka blog ini, ini, ini, dan banyak lagi.


Ada masanya, saya cuba meniru cara mereka yang saya kagumi penyampaiannya. Yang di rasa keihlasannya, tampak ksederhanaannya, namun jelas dan terang mesejnya. Tapi, kawan selalu kata, mereka sukar memahami puisi indah, dan kata yang berbelit. Ha.. never mind that.

Tapi, sebenarnya, ia membuat saya terfikir. Saya menulis kerana apa? Adakah setiap tulisan sekadar pengisi masa lapang dan senggang. Atau menulis untuk melepaskan geram. Mungkin menulis sebagai response dan refleksi kepada keadaan sekeliling. Menulis juga mungkin menjadi sebagai wadah untuk sampaikan mesej kepada pembaca. Any kind of message,really.

Sebelum saya balik bercuti ke Malaysia tempoh hari. Kawan kata kat saya, smoga balik jadi ibadah. Dan baru-baru ini, seorang sahabat juga berkata, teruskan menulis kerana DIA.

Dan saya diserang (sadis kan?) oleh dilemma.

Bagaimana yang dikatakan menulis kerana ALLAH dan ibadah itu?

Sebab itu, saya jadi malas menulis.. tidak tahu kenapa. Mungkin kerana hati ini masih belum register what does it really mean by, write! Because of you LORD!

Adakah semua tulisan di halalkan menggunakan trademark, “ya, saya ditulis kerana ALLAH”,

Maksudnya, segala jenis tulisan.
Ataupun,

Saya boleh pilih untuk terus mengambil ringan….. Maksudnya..
Whats the big deal dar, tulis jak la..

Tapi, it doesn’t feel right. Sampai bila hati ini mahu terus mengambil ringan. Sedangkan hari ini, this kind of thought dah mengetuk fikiran saya.

Dan juga. Umur ini, semakin hari semakin pendek. Noktahnya tidak tahu di mana.
Huhu..

Kalau kalam yang di tulis mampu berkata,
Adakah ia juga jadi saksi di hadapan ALLAH nanti?
Dimana tidak ada lagi penolong kecuali DIA
Dan yang jadi segala-galanya bagi kita adalah amal.


A thought.

No comments: