CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 20, 2011

jangan sombong pada kebenaran.

dengan nama ALLAH, tuhanku juga tuhanmu.
selawat dan salam ke atas junjungan besarku Muhamamd.

43:78

"sungguh, kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tapi kebanyakan daripada kamu membenci kebenaran itu"

43:88

"dan jika Engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab ALLAH; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan daripada menyembah ALLAH"
..........................................................



kadangkala kita membenci kebenaran apabila ia datang kepada kita, kerana ia membuat hidup jadi payah dan sukar. kebenaran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali dua tapak tangan dan muka contohnya, akan menimbulkan persoalan kepada sesetengah orang, kenapa perempuan sahaja yang perlu tutup2. nanti leceh la nak kena pakai stokin..nanti xbley la tunjuk gaya rebond rambut yang comey2.. etc2..

dan lebih dari sekali, kita menafikan kebenaran yang datang itu. kerana kita, merasa berat. dan kita melihat, tidak ramai pun yang terpanggil hatinya untuk memenuhi kebenaran. lantas kita merasa selamat. selamat mengikuti golongan yang ramai, yang memilih untuk mengambil ringan pada kebenaran.

banyak ketika, kebenaran itu juga datang, saat kita belum bersedia untuk menopangnya. kebenaran menjadikan kita merasakan.. islam itu penuh dengan "tidak boleh"

kenapa tak boleh sentuh laki pempuan?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta blye kapel?
sebab tuhan tak kasik

kenapa tak boleh minum arak?
sebab tuhan tak kasik

kenapa ta bley buka tudung?
sebab tuhan tak kasik

dan banyak lagi lah ketidak bolehan yang di bawa oleh kebenaran ini. susah x?





kata kawan

"orang putih ok je kawan laki pempuan, duk serumah jadi flatmate pun ok, bagi aku, itu memerlukan tahap kematangan yang tinggi. kalau kita, semua tak boleh..ntahla..."

saya rasa

"untuk tidak bergaul dengan sebebasnya itulah yang memerlukan kematangan yang lebih tinggi. bergaul cuma bila perlu, atas urusan penting dan bukannya sekadar suka2."

faham ke?

dan kadangkadang jugak, kita perlukan justification bagi setiap kebenaran yang datang mengetuk pintu hati kita.

"oooh..perempuan itu ibarat mutiara, so kena la tutup2 kan..cam mutiara kena tutup"

"ooh..sujud tu mengalirkan darah ke kepala, so kenalah solat kan..untuk sihat"

"ooh..bergaul tu menjaga hati kan, so kenalah jaga kawan"

dan rizen2 ni penting jugak untuk kita paham dan mengambil kebenaran tu. tapi.. the ultimate rizen kenapa kita membuka pintu hati kepada kebenaran adalah.

"because God says so, and I believe this come from God".


ayuh sogokkan kebenaran




jom berusaha untuk sogokkan kebenaran kat hati kita, sampai hati sudah penat untuk lari dan bersembunyi dari kebenaran itu. sampai hati rasa give up and say..

"ok..I submit to the truth! I surrender"

biar ia jadi lelah untuk berpaling, dan jadi kuat untuk menerima.

kita memang tak boleh laripun dari kebenaran sebenarnya. kita tak ada alasan pun kat akhirat nanti nak kata, kita tak dapat hidayah nak masuk islam secara keseluruhan. sebab apa?

sebab pada matahari itu ada kebenaran,
pada denyut nadi itu ada kebenaran,
pada setiap hembusan angin itu ada kebenaran,
pada setiap degup jantung itu ada kebenaran.

dan kebenaran2 ini, bagi orang2 yang kuat bersabar dan banyak bersyukur, is the sign from ALLAH.. that inflicts Taqwa to those who believe.

"jangan ada yang berkata ketika melihat azab, sekiranya aku dapat kembali ke dunia, sudha tentu aku berada dalam golongan baik2. sesungguhnya keterangan2KU telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya dan menyombongkan diri"
39:58-59

2 comments:

ket syakirahim said...

'sebab tuhan tak kasik'
..hurm.mudah dijawab sbg alasan ttp sukar utk memahamkan mereka yg bertanya tentang alasan tersebut
*satu perkongsian yg baik!

Daraini Binti Oyot said...

betul. itu cuma jawapan, tidak semua jawapan memberi pemahaman..

jadi harus lebih kreatif untuk memahamkan =)