dengan nama ALLAH,
tarbiyyah adalah satu wasilah
yang menyantuni ruhi manusia,
menjadi sesuatu yang berbeza.
menjadi lebih kuat, cekal, dan ghuraba
kadang-kadang kita perlu untuk membuang sesetengah perkara yang kita cintai,
untuk terus melangkah di jalan tarbiyyah
perkara-perkara yang memberatkan hati dan gerak kita,
yang mengganggu fikir dan waras kita,
tarbiyyah itu satu perjalanan yang cukup jauh,
bermula dari hari kita merasa 'sesuatu',
dan berakhir hanya bila ajal menjemput kita,
mereka yang berada di jalan-jalan tarbiyyah,
bukanlah orang-orang yang sempurna,
jauh sekali dari mengejar kesempurnaan,
namun kita adalah manusia, yang hatinya cinta pada kesempurnaan itu,
cinta pada kebesaran Rabb,
keagungan Al Quran yang Dia turunkan,
cinta pada keindahan perkerti Muhammad,
cinta pada Agama yang baginda sampaikan,
di jalan tarbiyyah itu,
kita harus berhenti menoleh ke belakang,
mengenang 'manisnya' jahiliyyah yang kita tinggalkan,
kerana yang di hadapan itulah medanmu,
medan mujahadah dan usaha,
selalu, kita merasa ragu untuk melepaskan sesuatu yang kita cintai,
tapi kita tidak boleh terus melangkah, selagi kita tidak kenal erti berkorban,
boleh jadi, yang kita cintai itu,
akan mematikan langkah kita di jalan tarbiyyah,
mengekang ikhtiar kita,
dan menjadikan kita pendusta yang bersembunyi,
perjalanan tarbiyyah itu bukan sesuatu yang mudah,
kerana itu, ia tidak boleh di bebankan lagi dengan bebanan sampingan yang tidak perlu
kita perlu untuk menyingkir perkara yang kita dulu fikir, sangat penting dalam hidup kita,
tapi tidak lagi setelah kita timbang dengan neraca iman yang di tarbiyyah,
ya, kita manusia,
tidak mampu untuk merubah segalanya sekelip mata,
namun rendahkanlah hatimu,
dan rasalah dalam jiwamu,
apa sebenarnya yang kau kejar dan citakan?
tujuan tarbiyyah itu cuma ALLAH,
kerana ALLAH,
kepada ALLAH,
daripada ALLAH,
kerana itulah, jiwa harus di didik,
untuk tidak mengharapkan sesuatu selain dari redha ALLAH,
semoga langkahmu kuat di jalan tarbiyyah:)
merindui sahabat yang sangat terasa kehilangannya,
tiada lagi suara tawa dan senyum manisnya,
semoga Allah memimpin langkahmu di sana sayang
baru kembali dari jaulah dehati 4 hari 3 malam, queenstown, wanaka, twizel, mountcook, melihat kebesaran ALLAH.
dari pergantian siang dan malam, kapal-kapal yang belayar di lautan, burung-burung yang berterbangan, dan binatang yang berenang di lautan, semuanya merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi mereka yang mahu berfikir. (Albaqarah)
-namun, bila tarbiyyah ku datangi, aku jadi malu dengan keteranganku sendiri~
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment