CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 2, 2011

Omar Mukhtar

bismillah~


Mungkin jika Allah tidak mengirimkan kepayahan bagi ummah ini,
Kita tidak akan Nampak,
Siapa yang benar-benar ikhlas mencintai agamaNya

Mungkin jika ALLAH mengutuskan kemenangan yang segera bagi ummah ini,
Maka tidak lahir cinta dan prihatin,
Dalam jiwa-jiwa pencinta keamanan dan kedamaian

Mungkin ALLAH belum lagi mahu mengabulkan doa merdeka kita bagi Palestine
Kerana hati kita masih belum bersatu
Dan jiwa-jiwa kita masih terpesona dengan dunia

Kerana ALLAH menganugerahkan cubaan bagi ummah ini.
Mereka yang benar percaya akan janjiNya tentang hari pembalasan
Akan bangkit berjuang, melawan musuh dari dalam dan luar hati

Kerana agama ini,
Adalah agama jihad dan perjuangan,
Di warisi dari para anbiaa’
Dari Ibrahim a.s
Hingga Muhammad saw

Allah tidak menyentuh jiwa dan kemanusian
Dengan limpahan nikmat dan kesenangan,
Kerana hanya dengan payah,
Kita belajar erti cinta, sabar, syukur dan redha..

Bahawa kita semua datang dari ALLAH,
Dan kepadaNya kita akan kembali.

Yang penting bukan bagaimana titik pengakhiran kita nanti,
Tapi bagaimana hidup ini telah kita jalani..

Ah..
Dan hidup ini sebenarnya,
Terlalu pendek untuk di kongsi,
Bersama pencari dan pengejar dunia.

Ya lathif..ya lathif..ya lathif..

Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya niscaya mereka akan berbuat melampaui melampaui batas di bumi, tetapi DIA menurunkan dengan ukuran yang DIA kehendaki. Sungguh, DIA maha teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya
(42:27)

Selepas menonton Omar Mukhtar
Ahad, 03 April, 2011
Room 4, Frederick Street,
Dunedin, NZ

No comments: