dengan nama Allah, yang maha pengasih, lagi maha penyayang.
adapun entri kali ini di tulis dengan rasa berat dan payah. sedang mengalami kepayahan dalam mujahadah dan memberi erti pada sebuah kehidupan, yang telah lama belayar, yang tahu destinasi yang di cari, tapi belum pasti, bilakan akan berlabuh ke pengkalan.
ayuh, saya ingin mengajak diri, dan sahabat2 untuk meluaskan skop pandangan jauh ke seberang kehidupan. Ketika diri merasa terhimpit dengan keterbatasan erti dan kebolehan di dunia yang serba sementara ini, saat inilah motivasi akhirat dan syurga terasa amat di perlukan, lantas, siapakah yang boleh di harap sebagai pemberi peringatan?
Bi'ah yahoo messenger :)
apa itu bi'ah? bi'ah maksudnya persekitaran. apa yang menyumbang kepada kekuatan dalaman dan saling menguat dalam menyuburkan akidah dan fikrah itu, adalah bi'ah yang soleh dan solehah. Itulah persekitaran yang sentiasa membuatkan kita tahu diri, sedar, kuat dan saling memperingat akan kesementaraan dunia dan keluasan akhirat.
Betapa, segala apa yang di perjuangkan dan dipertahankan di dunia ini, tidak akan kemana, tanpa sandaran yang kuat dan teguh kepada ALLAH.
Benarlah..
"demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kearah kebenaran dan kesabaran" (Al-Asr 1-3)
hendak jadi cikgu? jadilah..
hendak jadi dokter? silakan..
jadi peguam?? boleh...
tapi, tunjang kepada segala perlakuan itu adalah aqidah. Niat adalah kayu ukur yang penting dalam menentukan validity amalan kita di depan ALLAH. Andai, hati itu, tergelincir dalam mujahadahnya, terima lah itu sebagai teguran dari ALLAH.
Kiranya segalanya baik-baik sahaja, tanpa ada mehnah dan tribulasi, di khuatiri, akan nikmat itu akan menjadi istidraj.
kembali kepada skop pandang; saat ini assignment memang berlambak-lambak, padan muka kerana tidak merancang masa dengan baik. tapi, masih ada kesempatan untuk menyiapkan, InsyaALLAH!
cumanya, saat ini, kerana terlalu mementingkan grade dan keputusan yang cemerlang, tarbiyyah diri hampir tercicir, sehinggakan "defensive-system" yang telah di bina sepanjang ramadhan, bagaikan retak menanti belah. bagaimana jika Allah memanggilku kembali dalam keadaan seperti ini...Na'udzubillah!
penutup
ayuh, melihat jauh ke seberang kehidupan, pada syurga, pada akhirat, pada neraka, pada syafaat, pada perhitungan amal, pada balasan, pada mizan dan pada hari tidak ada pelindung selain ALLAH.
Ayuh, mencari keseimbangan dalam kepayahan. Sungguh, bukan cinta, jika di gadai demi yang lain. ayuh refreshkan cinta pada Rabb,
sungguh; "adakah kamu menyangka, kamu akan di biarkan sahaja menyatakan kamu telah beriman, sedangkan kamu belum di uji" (29:02)
Ya Allah, tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan..
tuntun langkahku tuhan..
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment