CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 1, 2010

cinta ini, ada pangkal.. tiada hujungnya..


wahai kekasih..


21 ramadhan
Wahai rasulullah, kekasih Allah..
Saatku menulis surat ini, aku menanggung kerinduan yang sarat padamu, rindu pada pimpinanmu, rindu pada ajaranmu,
Wahai rasulullah, ummat saat ini, menantikan kehadiran seorang murabbi, yang mengajarkan kami erti sabar, mengajar kami erti kebajikan dan menunjukkan kami jalan cinta pada Allah..
Ya rasulullah,
Betapa saat ini, kami merindui sinaran wajahmu,
Ya rasulullah,
Pernah ku terbaca kisahmu, ketika baru pulang dari perkuburan Baqi’ bersama para sahabat, kau katakan pada mereka, bahawa kau merindui ikhwaan, iaitu.. saudara-saudaramu.. mereka yang mencintaimu, dan menyampaikan ajaranmu,. Ya rasulullah, semoga kami berada dalam kalangan mereka yang kau rindui..
Ya rasulullah,
Kau telah mengajarkan kepada umat erti kasih sayang dan cinta, ajarkan pada umat erti sabar dan redha, ISLAM yang kau sampaikan dari Allah, telah mengangkat martabat wanita, bahkan akhlakmu sungguh mulia, kau pembawa rahmat kepada seluruh alam…
Jarang sekali aku menulis surat kepadamu ya rasulullah, sedangkan kau sepatutnya lebih ku cintai dari diriku sendiri, ya rasul, semoga cintaku ini kekal, hingga ke syurga Allah..
Wahai rasulullah..
Umat saat ini, ditindas dan di zalimi oleh golongan yahudi dan nasrani, benar katamu rasulullah, bahawa syaitan sudah berputus asa untuk menyesatkan kami pada perkara-perkara yang besar, dan kau menyuruh kami berjaga-jaga kepada perkara yang kecil, ya rasulullah.. umat sudah makin jauh dari agama yang kau serukan, ya rasulullah.. siapakah yang nanti akan mengajarkan pada kami, apa yang patut kami lakukan..
Ya rasulullah…
Betapa aku merindui pimpinan dan ajaranmu, maafkan kami kerana belum mampu menjadi umatmu yang baik, sebagaimana kau telah menjadi murabbi yang unggul bagi kami..
Ya rasulullah..
Kami rindu dan cinta padamu, semoga kami dapat duduk bersamamu di akhirat kelak, dalam golongan mereka yang mendapat syafaatmu..
Ya rasulullah.. sesungguhnya, hati ini sangat merinduimu.. sangat2..
Ya Allah, sampaikanlah rinduku pada rasulullah.. katakan padanya, aku sedang berusaha menjadi umatnya yang taat, mencuba menyampaikan seruannya, dan cuba menuruti segala sunnahnya..
Aku menanti pertemuan denganmu ya rasulullah..
Tidak indah kata-kata yang mampu ku tuliskan, sekadar menyatakan rasa rindu dan cinta padamu..
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali saiyidina Muhammad,
Wa barik ‘ala saidina Muhammad, wa ‘ala ali saiyyidina Muhammad..

No comments: