dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha mengasihani..
kullu 'am, wa antum bikhair kepada semua :)
semoga tarbiyyah ramadhan telah menyuntikkan semangat baru kepada kita,
ayuh belajar menjadi hamba yang lebih baik,
sedang membuat kueh mueh bersama housemate sebenarnya,
tapi escape kejap dengan alasan2 tertentu..
teringat dengan keluarga di kampung halaman..
taun ni, xdapat nak merayakan "hari kebesaran dan kemenangan" umat islam bersama-sama dengan mereka yang di cintai..
tapi, di sini jugak, ada keluarga, walaupun bukan atas ikatan darah,
tapi tetap adalah keluarga, saudara seaqidah, saudara bersama-sama, mengenal erti hidup dan belajar untuk redha dalam suka dan duka tarbiyyah diri..
amat besarlah harapan diri ini, agar ramadhan kali ini penuh makna, semoga telah berjaya membentuk sebuah defensive system dalam diri supaya lebih kuat dalam menahan amarah, dan mengawal perasaan dan jiwa, supaya lebih tegar dalam mujahadah..
kerana jalan ini, cuma ada pangkal, tiada hujungnya..
pilihlah..untuk hidup dalam kemuliaan seorang mujahid, atau mati dalam khotimah seorang syahid..insyaAllah!!
sendiri merasa belum cukup, banyak kurang yang perlu ditambah, banyak salah yang perlu di perbaiki..
mujahadah is meant to be difficult, sebab sandaran sebuah mujahadah adalah syurga, cinta dan redha Allah..dan tidak ada yang lebih berharga dari itu..
gempa bumi,
pengalaman gempa bumi malam 24 ramadhan, salah satu pengalaman yang bermakna sejak berada di perantauan ini, apa tidaknya, sebelum ini cerita2 gempa bumi hanya di dengar, tapi kali ini, di rasai sendiri..
kalau Allah mahu, bila2 sahaja DIA boleh menarik nyawa ini, semua yang dimilik sekarang pun adalah kepunyaanNya saja.
"ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah pemilik hati-hati ini dalam perjuangan membela agamaMu, Engkaulah sebaik-baik sandaran, Engkaulah sebaik-baik penolong"
Semoga Allah terus ikat hati-hati ini pada talinya,
semoga hati-hati ini selalu rindu pada asma'nya yang mulia,
semoga lidah ini tidak jemu mengalun zikir,
semoga aqal ini, tidak penat menguntai fikir,
semoga badan ini, tidak lelah beribadaha dan melakukan ketaatan,
semoga titisan rindu dan cinta ini,
selalu ada dalam hati..
ya Rabb, aku tidak mampu menahan ramadhan untuk pergi,
sungguhpun ramadhan berlalu selaras sunnatullahmu,
semoga ia selalu ada, hidup, dan wujud dalam hati..
Rabb,
hanya redhaMu sahajalah yang ku pohon,
padaMu aku meminta dan memohon pertolongan..
selamat eidul fitri..
minta maaf segala khilaf..
uhibbukum fillah..
~Daraini Binti Oyot~
378A Leith Street


No comments:
Post a Comment