lagi maha penyayang..
wahai diriku,
Solatlah kerana kau cinta,
kerana hatimu tenang saat menghadapNya,
dan hatimu damai dengan mengingatiNya,
solatlah kerana kau cinta,
kerana sudah banyak kebaikan yang diberikanNya padamu,
teman yang paling setia,
dan paling memahamimu,
solatlah kerana kau cinta,
kerana kau temu kelapangan saat merayu padaNya,
terlepas bebanmu bila mengharap padaNya,
solatlah kerana kau cinta,
kerana kau rindu untuk berdua denganNya,
menanti saat-saat bertemu denganNya,
solatlah kerana kau cinta,
kerana Dialah tuhan yang menjadikanmu..
Maha mengetahui isi hatimu,
melengkapkan segala keperluanmu.
solatlah kerana kau cinta,
kerana hanya DIA yang layak di cintai,
Dia memberi di saat yang lain selalu meminta,
dan maha pengampun segala dosa.
Solatlah kerana kau cinta,
kerana pada cinta, adanya kesetiaan,
pada cinta, adanya kepercayaan dan pengharapan,
lihatlah jauh ke seberang kehidupan,
biar dunia hanya di tangan,
tidak di hati untuk di banggakan,
sungguhpun jasad masih di sini,
namun di sana tempatnya hati,
mengharap pertemuan yang hakiki,
menagih janji syurga Ilahi.


No comments:
Post a Comment