CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 16, 2010

Dengan nama Allah yang maha pengasih, lagi maha penyayang..

Assalamualaikum..

aduhai diriku,

cari kekuatan?

erm.. kekuatan itu, ada dalam dirimu sendiri,

tidak pada sahabatmu, tidak pada hartamu,

dan jika kau penat mencari kekuatan, dan tidak berjumpa,

mungkin kau sudah salah mencari,

kerana, bukankah Allah itu hampir,

untuk kuat, harus lawan apa yang ada dalam diri,

dan melawan diri ibarat mengisytiharkan peperangan dengan kehendak dan kebiasaan naluri,

Oh, bukan mudah,

betul, bukan mudah,

kiranya, hatimu masih terikat dengan dunia,

penuh dengan kehendak dan keingingan kepada kesementaraan,

berhentilah mengeluh,

berhenti hidup untuk dirimu,

kau tahu, hidup tak lama,

akhiratlah kehidupan yang abadi dan hakiki,

dunia ini hanya di tangan aduhai diri,

akhirat patut kau letak di hati,

rampas kembali takhta kerajaan diri yang selama ini direnggut oleh nafsu,

kembalikan pemerintahan pada hati,

tapi, harus bersihkan hati terlebih dahulu,

ya, bersihkan hati,

sekali lagi, tidak mudah..

tapi diriku,

aduhai diriku..

apakah yang lebih berharga dari redha Allah??

tidak ada!!

mari kita doa,

agar Allah membantu..

ya Allah, andai layarku rapuh, teguhkanlah,

andai semangatku pudar, pulihkanlah,

Engkau lah sebaik-baik tempat berharap dan memohon pertolongan..

siapalah aku di depan tuhanku.....


bukan siapa-siapa...


bukan siapa-siapa...


bukan siapa-siapa...


lantas, perlu terus mencari kekuatan,

kerana hanya TAQWA yang DIA pandang..


Ku, benar2 berharap,


agar ramadhan kali ini..

penuh makna..

penuh makna..

mengharap dengan amat...

1 comment:

Faz Nandra said...

adui dik.... puisi buat kata2 semangat untuk diri..=) insyaAllah diri kita akan kuat melawan semuanya.. kerana Allah kan ada sentiasa disisi? =)