CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 14, 2009

insan yang kukasihi kerana ALLAH

saja ja mau tulis ni...relez tensen..huhu

Khas untuk insan yang kukasihi kerana Allah,
Aku memohon seribu kemaafan kerana tak mampu menghargai, menghormati dan menerimamu, sebagaimana yang kau inginkan,
Mungkin kita dipertemukan kerana,
Allah ingin mendidik kita berdua agar menjadi lebih sabar dan redha terhadap segala ketentuanNya
Mengenalimu,
Aku mula faham nilai sebuah ukhuwah,
Betapa ia payah untuk diperjuangkan..

Mengenalimu,
Aku menjadi sedar, betapa lemah dan kerdilnya diriku ini,
Aku sedar kekuranganku,
Aku sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri teguh,

Terima kasih ya Allah..
Kerana mempertemukan kami,
Aku menjadi lebih bergantung harap denganMU
Dan aku dapat merasakan betapa aku tidak mempunyai apapun melainkan apa yang Kau berikan..

Terima kasih ya Allah,
Kerana mempertemukan kami.
Di atas nikmat sakit dan buntu,
Di atas rahmat sabar dan redha..
Membuatkan sujudku terasa lebih bererti..
Airmataku terasa lebih berharga,

Wahai insan yang kukasihi kerana Allah..
Aku harap kau mengerti,
Aku Cuma insan biasa, yang serba kekurangan,
Aku mengharapkanmu untuk melengkapi diriku,
Kiranya sangkaanku silap..
Caraku salah di matamu..

Aku kesali..

Semoga kau sentiasa bahagia,
Disamping insan2 yang mengasihimu,
Semoga kau dipertemukan dengan hasanah..
Insan2 yang dapat menjagamu..mengasihi..dan menghormatimu..
Lebih baik dari diriku..
Maafkan silap dan salahku..
Wahai insan yang kukasihi kerana Allah.

No comments: