CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 25, 2011

I am Sam

dengan nama ALLAH,
tuhanku juga tuhanmu,
yang sama dari dahulu,
ya..yang itu,
yang tidak pernah putus mengirim rahmat, nikmat dan cinta.

pada aku, pada kamu.

hari ini saya menonton muvi tajuknya, I am Sam. ehsan daripada cik fatehah yang apabila di tanya tentang perkara yang dingin di kongsikan bersama semua, ialah "the message".

rupa-rupanya, mental retardation never stops someone ability to love and be loved. meaning that, it does not take you to be "normal" to love. that is why, even though some one is a retard, they do have feelings and they are capable of extending and offering love to other people.

golongan seperti ini, bukankah di janjikan syurga? bergembiralah! walaupun mungkin dunia ini tidak memberi senyum padamu.

cuti lalu, seorang kawan saya, sejak tahun satu, was admitted to a psychiatry. yep, mental illness. semoga ALLAh memberi kekuatan padanya, dan pada keluarganya.

tersenyum bila mendengar lagu background dalam muvi tersebut.

you dont look different,
but you have changed.

true. in fact, how can we tell right? people look the same at their skin level but suprisingly have become a personality that is alien to your past. best friend maybe. or sister. or brother. there is no longer what we call "the bond" that you thought will last forever.

God plans with His love, we humans plan with our ambition. and sometime, we go too ambitious. that is why we fall, well..maybe. just maybe.

these days, I have been thinking that, it is okay to let yourself to be emotionally fragile once in a while. Just to check things back, to mourn to be sad, to just reflect. but the problem prevails when one chose to dwell too long in it.

*sigh*

I dont know. really.
but just hope that, you are doing good.

Allah, mampu menjagamu, lebih baik dariku.
dan aku serahkan dirimu pada penjagaan ALLAH kak.

semoga DIA memimpin langkahmu.
kerana kau sahabatku,
dan di jalanNya ini,
hati kita menyatu.

I miss you.

......

Thursday, February 24, 2011

malam ini.

di terjah persoalan yang pelbagai.
mohonkan doanya.

selalu.

Wednesday, February 23, 2011

sombong

kadang kaki terlalu angkuh untuk berpijak ke bumi.
sedangkan tangan tak bisa berubah jadi sayap untuk terbang.


biarpun seribu tahun.

gambar.



hanya sedikit gegaran,
pada dunia yang kau kejarkan,
mampu memusnahkan segala kebanggaanmu.

Tuesday, February 22, 2011

T___T

saya selalu merasa arah dan tujuan hidup saya bersimpang siur.

selalu mahu mencuba simpang2 yang baru. sehinggga kadang2 saya lupa,

mana pangkalnya hidup ini.

saya tidak mahu begitu sebenarnya.

saya pernah merasakan, bahawa akhirnya saya menjumpai sesuatu yang indah dalam hidup.

benar-benar indah.betul.

saya hampir percaya, memang percaya..bahawa ini lah yang saya cari.

dan ingin saya usahakan sampai mati.

tapi kata orang tua-tua benar

hidup penuh ranjau dan duri.

jika keinginan cuma secupak, manakan mungkin mampu menanak sebelanga nasi.

dan jika kayu kail panjang sejengkal,

jangan lautan hendak di duga.

hari ini saya berasa sedih.

...

...

sedih merasakan, betapa saya banyak membuat perhitungan yang silap. dewasa ini.

bukan tentang keindahan itu. yang itu benar.

saya silap langkah pada, jalan2 yang saya lalui setelah melalui kebenaran itu.

saya lupa. bahawa barang yang mahal, susah untuk menjaganya.

dan yang saya jumpa itu ibarat mutiara.

salah saya, kerana tidak berjaga-jaga.

saya rindu.

pada rasa rindu dengan tuhan.

saya rindu.

pada rasa takut dan harap hanya padanya.

hari ini, saya benar-benar merasakan..

saya sedih. hiba. dan pilu.

sebelum saya benar-benar terlewat.

saya minta dengan tuhan.

ampunilah lagi diri ini.

walau terpaksa ku meminta berjuta kali.

kerana aku tidak temui hidup dan cinta,

tenang dan redha.

melainkan hanya denganMu.



ya lathif...ya lathif..ya lathif..

Thursday, February 17, 2011

main-main

bismillah~

Masih, dengan permainan dan angan anak kecil,
Semalam dan hari ini,
Berada di laman yang sama,
Terlalu leka dengan impiannya,
Sedang waktu terus bergerak,
Meninggalkan memori jauh di belakang.

Masih, dengan permainan dan angan anak kecil,
Dia masih mencongak waktu,
Berkira-kira untuk berganjak,
Sudah merasa cukup dengan zahirnya,
Sedang dia perlu sesuatu yang lebih besar.

Dan kalau dia masih dengan permainan dan angan anak kecil,
Senja ini, dia pasti ketinggalan,
Tinggal jiwa dan cintanya,
Pada masa dan permainan lampau
Hidupnya Cuma hari ini

Hari esok bukan hidup baginya,
Apatah lagi masa depan
Kerana dia lupa dan leka

Terus dengan permainan dan angan anak kecil

Dunedin,
February, 17 2011

melihat bintang?

bismillah~

sebenarnya semalam,
mahu belajar melihat bintang,

mahu bintang yang paling tinggi,

tapi mata selalu mahu melihat bintang yang paling terang.

tapi kan,
bukankah bintang yang paling terang tu,
maksudnya bintang itu lebih dekat ke arah bumi?

*sigh* apakah??