CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 10, 2011

kuat taw!


kita perlu terus memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri,
untuk membuktikan kemampuan dan daya tahannya,

kita perlu merelakan juga,
saat2 susah dan payah,
sesak dan sempit,
dan kita perlu terus berjalan tanpa henti!

kerana tidak ada penguji terbaik,
penilai terbaik,
pengadil terbaik,
melainkan Allah.

benchmark Nya tidak pernah meleset.
cuma mungkin, kita ini kurang bersabar.





kita tidak tahu,
apa yang bakal menanti kita di medan sebenar,
kerana itu, kita sedang dipersiapkan!
kuat taw!

Sunday, November 6, 2011

belum selamat.

Bismillahirrahmanirrahim :)



kita tidak boleh,
berkata tentang sesuatu dosa,

tanpa ada sedikitpun rasa risau,
bahawa kita mungkin akan melakukan dosa itu.

kita tidak boleh,
berkata tentang sesuatu maksiat,

dengan rasa selamat,
bahawa kita terjamin tidak akan terjerumus ke arahnya.

kerana kita pasti akan di uji,
dengan ujian-ujian yang mengenai titik lemah kita,

dan kalau kita sombong dan sudah merasa cukup kuat,
takut-takut, nanti kita jatuh dan tak boleh bangun semula.

kebaikan kita,
bukan kerana kuatnya kita,
tapi kerana Allah masih mahu menjaga,

kerana Allah masih mahu menjaga


penjagaan ini,
bila-bila masa sahaja boleh di tarik,
kalau kita sombong pada Allah,

dengan penuh rasa hina dan rendah hati,
ayuhlah kita sama-sama beristighfar.

mungkin saat ini,
hanya lidah kita sahaja yang bercakap pasal tarbiyyah,

tapi jauh di dalam hati,
iman kita sudah kering dan malap.

ayuh doa,
supaya Allah mengasihani kita,
dan mengampunkan kejahilan dan kesombongan kita.

-Dunny,06 Nov-

Sunday, October 30, 2011

selain anganmu.

nabi Nuh yang umurnya 1000 kurang 50 tahun,
apabila di tanyakan tentang hidup,

baginya kehidupan ini tidak ubah seperti engkau memiliki sebuah rumah,
yang padanya terdapat dua pintu,

engkau masuk dari satu pintu,
dan keluar dari pintu yang lain.

maka itulah kehidupan.
singkat.pendek. dan itu saja.

Hasan AlBasri,
di suatu pagi hari raya,

melihat kepada sekumpulan pemuda yang sedang ketawa terbahak-bahak,

Beliau lantas bertanya;

"hai orang muda, adakah kamu telah melintasi titian shirat?"

para pemuda menjawab,

"belum"

lantas atas sebab apakah sebenarnya kita merasa selamat dengan panjangnya angan-angan,
banyaknya ketawa,
dan tidur yang berpanjangan?

Pokoknya kembali pada iman.
renungi dan lihatlah zahir iman kita.

adakah telah berhabuk dan berdebu,
atau sudah koyak rabak dan compang camping.

kita terlalu merisaukan masa depan, risau dengan apa yang kita tidak punya kuasa pun untuk menentukan, melainkan berusaha semampunya,

tapi kita kurang risau dengan apa yang lebih terkedepan,
apa yang ada di seberang kehidupan. adakah kita sudah bersedia menghadapinya?

sesungguhnya, tidak akan ada manusia yang tidak suka membaca Quran dan berada di dalam lingkungan majlis ilmu,

melainkan kita akan mendapatinya bersama dengan musik dan lagu melalaikan,
bahan-bahan bacaan yang tidak menunjukkan pun padanya jalan kembali pada Khaliqnya,
dan berpeleseran bertemankan syaitan dan hawa nafsunya.

"sesungguhnya barangsiapa yang berpaling dari peringatan kami, maka kami akan adakan baginya setan (menyesat-nyesatnkannya) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya" (43:36)

yang namanya manusia itu, komputer dari software ke hardware, semua di hafal, tapi tidak tahu jalan ke akhirat. ada juga manusia yang tidak kisah membaca komik, majalah, buku2 chenta, tapi kikir untuk meluangkan masa membaca alquran.

semoga Allah memelihara kita dari perbuatan lagha tersebut.

manusia akan selalu punya angan-angan.
tentang apa yang di inginkan dalam hidupnya dan kebaikan yang dihajati untuk hari esoknya.

tapi kita sering lalai dalam dunia kita sendiri,

dan angan-angan yang panjang adalah salah satu kunci syaitn untuk menyesatkan kita.

mesejnya ialah: berhentilah berangan-angan, dan mulalah menjahit sejadah iman yang terkoyak.

siapa tahu, hidup kita cuma tinggal hari ini, dan tidak ada besok untuk angan-angan kita terealisi.

maka berusahalah kita untuk terus menghidupi hari ini, dengan berusaha untuk beramal salih. kerana itulah pembela kita di akhirat nanti.

Monday, October 10, 2011

jangan sombong ukht

Kerana kita tahu sangat susah sebenarnya,
untuk istaqamah dalam kebaikan,
Maka jangalah kita berlaku keras,
dengan mereka yang masih belum faham,

sedarkah kita?
sekiranya mereka faham,
boleh jadi mereka jadi lebih awesome dan laju,

bukankah seharusnya, bila kita memandang siapa sahaja,
kita perlu merasakan,
kita lebih hina dari mereka;

yang jahil, tidak di hukum kerana mereka masih belum tahu,
yang tua, sudah banyak amal kerana lamanya hidup,
yang budak, masih kecil dan dosanya tak bertompok seperti..

seperti saya dan kamu..


Kadang-kadang kita terlepas pandang,
Berlebihan dalam urusan,
menilai-nilai orang,
sepertinya nama kita ada dalam list 10 nama ahli syurga,

boleh jadi saja kita merasa benar,
kerana syaitan sudah membenarkan,
dan menjadikan terasa indah bagi kita,
tindakan yang berlebihan,

bukankah dulu,
kita cuma berada di jurang neraka ukht?
tapi Allah masih memilih kita,
untuk di sucikan, dan di fahamkan,

Hatta sekarang pun, diri kita masih berlumur dosa,

Bukankah kita ini Cuma pemberi peringatan ukht?
Dan bukan kepakaran kita pun untuk membedah hati dan memberi perasaan,
Sandarkanlah hati-hati pada yang maha memilikinya,
dan berkuasa membolak balikkannya,

kadang ukht,
Memang kita ghairah dan rasa mahu melompat2 even,
Bila kita baru sahaja di topup dan di psycho dalam daurah2,

tapi ada juga masa, bila futur menyinggah,
dan kita sepi tanpa berita,

sedarlah ukht,
kita tidak bisa pun menjamin,
bahawa kita ini akan kekal hingga ke akhirnya di sini.

kita pun masih sedang bertatih bukan?

tidak berniat untuk mematahkan hamasahmu ukht,
tapi bersederhanalah,

"merendahlah, maka engkau akan seperti bintang-gemintang"
"janganlah menjadi seperti asap, yang mengangkat dirinya tinggi, sedangkan diri nya rendah hina" -sang Murabbi-

"dan betapa banyak nabi yang berperang di dampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. mereka tidak menjadi lemah ketika kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah. tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa'a, ya Allah ampunilah kami dan tindakan yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir"

(3:146-147)

..ampuni kami ya Allah...

lelaki warna-warni


Dia sangat bersih, wajahnya berseri-seri,
bagus perawakannya, tidak merasa berat kerana gemuk,
tidak bisa dicela kerana kepalanya kecil, elok dan tampan,
di matanya ada warna hitam, bulu matanya panjang,
lehernya jenjang, matanya jelita, memakai celak mata,
alisnya tipis, memanjang dan bersambung,
rambutnya hitam,
jika diam dia tampak berwibawa,
jika berbicara, dia tampak menarik,
dia adalah orang yang paling elok dan menawan jika,
di lihat dari kejauhan, tampan dan manis setelah mendekat.





-Ummu Ma'bad Al Khuzai'iyyah, tentang Rasulullah-

Saturday, September 17, 2011

nasihati aku, dengan tulisan.

saya meminta, seuntai kata untuk di resapi oleh hati,
agar ia bangun dari tidurnya yang lama.

meminta ungkapan-ungkapan hikmah,
untuk kembali merenungi tanggungjawab yang belum di laksana.

kalau tidak dapat pun,
saya minta doa dari kejauhan,

supaya kami di sini, tetap terus bertahan.

patutnya kita tahu,
tidak sinonim kesenangan dengan sunnah orang berjuang.

dan patutnya kita sudah mampu menilai,
kita tidak lagi kita yang dulu.

kalau kita tidak mampu merubah diri,

takwin semacam apa yang kita andalkan pada mad'u kita,

diri kita saja susah untuk terima kata-kata kita,
bagaimana mungkin hati yang kaku, boleh menghidupkan hati yang belum tahu.

Allah benci pada mereka yang cuma tahu berkata,
tapi lalai dalam melaksana,

sedangkan,
berbanding dengan jutaan manusia di luar sana,

KITA lah yang paling memerlukan tarbiyyah ini.

kita lah yang perlu bernafas dalam oksigen tarbiyyah ini,


dan kalau kita masih belum merelakan,
dengan serela-relanya. untuk diri kita menerima tarbiyyah Allah.

mungkin kita masih belum jelas.

Monday, August 15, 2011

sebuah kekuatan

bismillah,
dengan kudrat dari Allah,
saya menulis lagi..

semoga Allah meredhai dan memberkati hidup ini,
menerima amalan2 ini,
dan mengampuni segala kekhilafan diri ini :'(

"apalah sangat redha kita, jika ia boleh membawa kepada redha Allah"


...................................................

kalau ada yang perlu diperbaiki dari diri seorang da'ie,

maka ia adalah, hubungan antara dia dengan tuhannya.

jika dia masih sukar berlapang dada,

masih belum dapat menarik mutarabbi nya,

masih kurang berhikmah dalam pergaulan dan perkataannya,

masih kurang menjaga masanya,

masih berat meninggalkan jahiliyyahnya,

masih terlalu melayani perasaannya sendiri,

maka dia harus menimbang cacat cela solatnya,


kerana jalan ini,

adalah manhaj rabbaniyyah.

kekuatannya dari Allah,

usahanya menuju Allah,

matlamatnya mencari keredhaan Allah.

maka Allah lah yang menjaga dan memenangkannya..

melalui asbab, kudrat tangan2 insan yang ikhlas dalam beragama keranaNya.


dan kiranya Rabb,

masih belum memilihmu untuk kuat dan tegar,

mungkin ada camping dan rabak pada ruhimu.

pada tarbiyyah dzatiyyahmu.

dan jangan kita terlalu mudah bertanya,

"mengapa dia ok2 sahaja? mengapa dia itu terus awesome dalam dakwah"

tapi reflect la semula diri kita..

cek kembali hubungan kita dengan Allah.


berapa percent sebenarnya telah kita serahkan hati kita untuk Allah?

dan berapa percent yang kita masih ragu2 untuk serahkan, dan kemana jiwa ini telah kita halakan?


logik sahaja, tidak akan mampu menopang segala mehnah tribulasi di jalan ini,

kekangan perasaan, masa, tenaga, juga wang ringgit,

akan selalu membuat kita terhenti,

jika penyerahan jiwa kita hanya pas-pasan~


it needs one reason beyond internal untuk kita mampu terus melakukan kerja gila ini.

and the reason is, Allah.

"jangan dok sembunyik2 la.. dunia takkan berubah dengan orang2 yang bersembunyi" -M.S-



i know the road is long,
make me strong.


Aini,
Dunedin, NZ
Ramadhan 16