Bismillahirrahmanirrahim :)
kita tidak boleh,
berkata tentang sesuatu dosa,
tanpa ada sedikitpun rasa risau,
bahawa kita mungkin akan melakukan dosa itu.
kita tidak boleh,
berkata tentang sesuatu maksiat,
dengan rasa selamat,
bahawa kita terjamin tidak akan terjerumus ke arahnya.
kerana kita pasti akan di uji,
dengan ujian-ujian yang mengenai titik lemah kita,
dan kalau kita sombong dan sudah merasa cukup kuat,
takut-takut, nanti kita jatuh dan tak boleh bangun semula.
kebaikan kita,
bukan kerana kuatnya kita,
tapi kerana Allah masih mahu menjaga,
kerana Allah masih mahu menjaga
penjagaan ini,
bila-bila masa sahaja boleh di tarik,
kalau kita sombong pada Allah,
dengan penuh rasa hina dan rendah hati,
ayuhlah kita sama-sama beristighfar.
mungkin saat ini,
hanya lidah kita sahaja yang bercakap pasal tarbiyyah,
tapi jauh di dalam hati,
iman kita sudah kering dan malap.
ayuh doa,
supaya Allah mengasihani kita,
dan mengampunkan kejahilan dan kesombongan kita.
-Dunny,06 Nov-
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment