.......
I went to school this morning.
I am not so happy after coming back.
I went to new world to buy some groceries.
I am not really happy when I came back.
Oh, why?
should not be like this!
stop it Aini.
Anak Pertama
1 year ago
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.' 2:186
.......
I went to school this morning.
I am not so happy after coming back.
I went to new world to buy some groceries.
I am not really happy when I came back.
Oh, why?
should not be like this!
stop it Aini.
Aduhai,
Apa neraka tidak menggerunkanmu?
Ataukah syurga tidak mendetik sedikitpun keingingan dalam hatimu?
Sehingga apabila kau di panggil, kau seperti tidak mendengar?
Banyak alasan kau berikan..
Apa kau fikir, matimu boleh kau ramal?
Dan amalmu boleh kau beli?
Apa kau ingat syurga itu murah?
Dan mujahadah itu sia-sia?
Paling tidak,
Apa kau tega menyingkir cinta nabimu,
Yang sejak dahulu telah mencintaimu,
Apa kau tidak malu pada Tuhan,
Begitu banyak kurniaan,
Terlalu sedikit kesyukuran,
Jangan begitu aduhai hati,
Jangan sekali-kali engkau begitu,
Dunia bukan negeri yang abadi,..
Tegarlah dalam mujahadah..
astaghfirullah~
astaghfirullah~
Aduhai, tetaplah dikau setia..T_T
dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang..
astaghfirullahal adziim,
subhanallah wabihamdih,
subhanallahil adziim~
tarbiyah ramadhan mengajar,
bahawa cinta bukan hanya pada rindu,
dan rindu bukan hanya pada kata dan ucap,
dan rasa bukan hanya pada tangis,
dan kemuncak harap bukan hanya pada airmata,
sungguh,
betapa terlalu sikit yang telah di lakukan,
untuk sandaran segunung harapan,
menagih kasih dan belas,
Rabb yang telah menjadikan
terlalu lemah diri untuk bangkit,
menghidupkan saat bertemuNya,
Tuhan,
bisakah cintaMu kumilik,
tika hati tak sesuci semalam
dan aku hamba yang hina,
tenggelam dalam lautan dosa,
hanyut tanpa sedar,
terlena, terpedaya, tertipu dan terjatuh..
Tuhan,
izinkan aku untuk cinta padaMu,
dekat padaMu,
rindu padaMu,
Tuhan, berikanlah sedikit rasa cintaMu,
supaya ku tidak cinta selainMu,
Tuhan berikanlah sedikit rasa takutkanMu,
supaya ku tidak takut selainMu,
Tarbiyah ramadhan mengajar,
bahawa cinta perlu pada pengorbanan,
dan cinta itu adalah perlakuan,
bukan hanya pada rasa dan pengucapan,
dan cinta pada Rabb,
mengajarku bertatih di landasan mujahadah,
telah menyinar bulan purnama ke atas kami..
ya Muhammad, rahmat keseluruh alam..
Rabb, izinkan aku menguntai rinduku,
dan biar ia menari dalam hatiku,
hadir dalam perbuatanku,
dirungkai dalam lisanku,
dan kekal dalam jiwaku,
Rabb, izinkan aku untuk selalu redha,
dalam nikmat ujian dan sakitMu,
Sungguh, tak layak kesyurgaMu,
tapi tak sanggup ke nerakaMu,
tuntun langkahku Tuhan..
Rabb,
walau cinta ini sering teruji..
aku masih setia..
21 ramadhan
Wahai rasulullah, kekasih Allah..
Saatku menulis surat ini, aku menanggung kerinduan yang sarat padamu, rindu pada pimpinanmu, rindu pada ajaranmu,
Wahai rasulullah, ummat saat ini, menantikan kehadiran seorang murabbi, yang mengajarkan kami erti sabar, mengajar kami erti kebajikan dan menunjukkan kami jalan cinta pada Allah..
Ya rasulullah,
Betapa saat ini, kami merindui sinaran wajahmu,
Ya rasulullah,
Pernah ku terbaca kisahmu, ketika baru pulang dari perkuburan Baqi’ bersama para sahabat, kau katakan pada mereka, bahawa kau merindui ikhwaan, iaitu.. saudara-saudaramu.. mereka yang mencintaimu, dan menyampaikan ajaranmu,. Ya rasulullah, semoga kami berada dalam kalangan mereka yang kau rindui..
Ya rasulullah,
Kau telah mengajarkan kepada umat erti kasih sayang dan cinta, ajarkan pada umat erti sabar dan redha, ISLAM yang kau sampaikan dari Allah, telah mengangkat martabat wanita, bahkan akhlakmu sungguh mulia, kau pembawa rahmat kepada seluruh alam…
Jarang sekali aku menulis surat kepadamu ya rasulullah, sedangkan kau sepatutnya lebih ku cintai dari diriku sendiri, ya rasul, semoga cintaku ini kekal, hingga ke syurga Allah..
Wahai rasulullah..
Umat saat ini, ditindas dan di zalimi oleh golongan yahudi dan nasrani, benar katamu rasulullah, bahawa syaitan sudah berputus asa untuk menyesatkan kami pada perkara-perkara yang besar, dan kau menyuruh kami berjaga-jaga kepada perkara yang kecil, ya rasulullah.. umat sudah makin jauh dari agama yang kau serukan, ya rasulullah.. siapakah yang nanti akan mengajarkan pada kami, apa yang patut kami lakukan..
Ya rasulullah…
Betapa aku merindui pimpinan dan ajaranmu, maafkan kami kerana belum mampu menjadi umatmu yang baik, sebagaimana kau telah menjadi murabbi yang unggul bagi kami..
Ya rasulullah..
Kami rindu dan cinta padamu, semoga kami dapat duduk bersamamu di akhirat kelak, dalam golongan mereka yang mendapat syafaatmu..
Ya rasulullah.. sesungguhnya, hati ini sangat merinduimu.. sangat2..
Ya Allah, sampaikanlah rinduku pada rasulullah.. katakan padanya, aku sedang berusaha menjadi umatnya yang taat, mencuba menyampaikan seruannya, dan cuba menuruti segala sunnahnya..
Aku menanti pertemuan denganmu ya rasulullah..
Tidak indah kata-kata yang mampu ku tuliskan, sekadar menyatakan rasa rindu dan cinta padamu..
Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali saiyidina Muhammad,
Wa barik ‘ala saidina Muhammad, wa ‘ala ali saiyyidina Muhammad..
teruskanlah memberi, walaupun hanya sedikit menerima, kita cuma hamba yang hina didepan Allah.
"sesungguhnya, imbalanku hanyalah daripada Tuhan seluruh Alam" (As-Syu'ara:145,164,180)