CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 17, 2011

melangkaui kapasiti makhluk

dengan nama ALLAH.
assalamualaikum~


sering, kita berhadapan dengan dua daya dalam hidup. daya ini membantu kita mencorak dan menentukan hala tuju dan warna hidup ini.

daya kemahuan
daya kemampuan

jelasnya, seharian kita cuma meletakkan prioriti dalam hidup kepada perkara-perkara yang seiring mahu, cnth: mahu makan, mahu minum, mahu belajar.

dan kita punya kuasa untuk menentukan apa mahu kita.

daya yang kedua, daya mampu, yang kita tidak tahu what is the limit. hanya ALLAh yang tahu apa sebenarnya limit kita. tapi ramai kita, yang dengan mudahnya meletakkan batas2 pada kemampuan yang akhirnya menyesakkan kemahuan.

kepercayaan bahawa kita sememangnya tidak mempu untuk mengukir arca kemampuan yang hebat, menyebabkan kita jadi umat yang fikirannya tertumpu pada benda yang ringan, benda yang mudah, benda yang furu' dan sementara.

akhirnya, lahirlah rijal-rijal yang hatinya lumpuh pada semangat untuk membawa islam dan umah yang lemah dalam penghayatan erti islam sebagai cara hidup. cinta kepada benda dan perkara yang segera, sehingga lupa pada akhirat dan syurga yang menuntut pengorbanan dan susah payah.

ada yang kata.
"aku dah penat jdik baik"
"aku tak mampu la nak jadi ustazah2 cam korang ni"
"aku dah jauh ni, tak dapat nak patah balik"

kata kawan, kalau kita merasa jauh dengan tuhan,or down, perlu terus untuk istiqamah untuk amalkan amalan2 seharian kerana kita tak tahu dari mana hidayah dan kekuatan dari Allah itu akan datang lagi. dari baca quran kah, dari zikir kah, dari dengar lagu nasyid kah,dsb.

fikirkan ini,

"anda tidak dipilih oleh ALLAH menjadi muslim kerana anda istimewa, tapi, kerana ALLAh memilih andalah, lantas kita jadi istimewa"

oleh itu, kita tak berhak menolak atau mengambil ringan dengan nikmat islam yang ALLAH beri kat kita.

alang-alang islam, biarlah jadi muslim yang effektif! jangan ambil ringan, berhenti memandang enteng.

lain-lain

sewaktu dalam perjalanan pulang dari kota kinabalu, terjeling di muka depan koran hari ini,

"ustaz belasah isteri"

dan tajuk ini menuntut harga yang mahal kepada kredibility semua para manusia yang mengajarkan ilmua agama di sekolah dan madrasah2. seperti, mereka semuanya jahat dan suka pukul isteri. cuba lihat tajuk ini,
"mutusamy belasah isteri"
"Iban belasah isteri"
"lelaki belasah isteri"
"perdana menteri belasah isteri"
"Cina belasah isteri"
"Melayu belasah isteri"

sedar tak effect yang paling besar dalam ayat ini, bukan cuma belasah, tapi pelakunya. bila nama di gunakan, maka tidak masalah kerana fokus adalah kepada seorang penama itu, tapi masalah bila gelaran yang di gunakan, kerana, tumpuan kini beralih kepada title nya, bukan cuma pelakunya.

bila di gunakan ayat "ustaz" dalam tajuk utama berita itu, saya terfikir, mungkin penulis menyangka, ustaz adalah malaikat. mungkin jugak untuk membuatkan tajik lebih hot atau sensasi. dan siapakah golongan ustaz ini dalam masyarakat? ya, golongan mereka yang mempunyai ilmu agama dan mengajarkannya. bahana fitnah seperti inilah, yang semakin hari mengakis dan menenggelamkan umah ini, hilang izzah dengan islam, hilang izzah dengan pembawa islam.

mak kata,
"tak kesah nak kawen jauh2 pun, asal bukan orang kelantan dan kedah, dorang ni suka kontrol bini"

satu nasihat yang agak sinikal dari mak berdasarkan pengalaman dengan ustazah di tempatnya yang mungkin terlalu di kontrol oleh suaminya, yang saya percaya hanyalah perkara biasa. mungkin ketaatan si isteri di tfsirkan berbeza oleh kaca mata mak.

dakpe2~

ini pun satu hal, bahana fitnah yang berasaskan dari ketidak fahaman mungkin.

penat. baru balik dari KL petang tadi, alhamdulillah..

saya merancang untuk balik pada 16, dan ALLAH jugak merancang, malah perancanganNya lebih baik, iaitu, 17hb.

saya tertinggal flite. pertama kali dalam hidup.huhu..

tapi ada hikmah yang besar, insyaALLAH..

seperti biasa, tajuk utama cam xrelated sangat pun ngan isi2. perlu improve lagi writing skill ni.hurm.

semoga bermanfaat. walau sedikit. ameen.

No comments: