Kathirat ialah lintasan hati. Conth, apa yang terlintas di hati kita bila melihat burung, ikan, dll.
Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum.
Mungkin hidup manusia sudah terbiasa dengan aplikasi reverse dan backspace yang ada pada kereta juga computer. Kesilapan, boleh di betul, silap arah boleh di undur.
Sebab itu, ku lihat, ramai sahabat seusiaku, leka dengan dunia sendiri.
Kata nenek, kenapa la, anak-anak muda zaman ini, seperti tidak kasih pada dirinya sendiri.
Bukankah bagus kalau boleh, padam dan undur?
Tapi hidup tidak begitu tradisinya. Tidak ada reverse, tidak ada delete.
Benar, ia memberi ruang untuk manusia kembali ke pangkal jalan, cuma pendekatannya ada sedikit berbeza.
Hidup tidak ada undurnya, Cuma ada kiri, ada kanannya, sekali kau mara, pastikan nilai dulu cukup kurangnya, perlu tidaknya.
Sungguh, justifikasi logic sahaja, tidak cukup untuk menopang kehendak dan lumrah dunia.
Kerana justifikasi aqal hanya akan menyempitkan kotak fikir dan peluang untuk meningkatkan potensi mahu.
Akal memberi tafsiran yang kontang pada tujuan hidup manusia. Kerana itu, kita perlukan tuhan. Kita selalu perlukan DIA.
Taha:124
“barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit”
Dan sempitlah hidup, bagi jiwa yang cinta pada kesementaraan.
lantaran hidup tanpa ilmu wahyu, selalu menjadikan segelintir kita bergerak tanpa halatuju.
burung yang bebas berterbangan, di kenali dengan tawakkalnya, namun manusia berjiwa kosong, hidup dengan angan-angannya yang tidak pernah putus itu ibarat boneka tidak bernyawa.
Seperti tuhan, tidak pernah mengirimkan petunjuk, seperti tuhan tidak pernah mengutus nikmat.
Ya. Mungkin benar hidup tiada reversenya, tapi tuhan sentiasa memberi ruang untuk hamba melakukan pusingan balik, kembali ke dasar bermula, bukan dengan mengundur, tapi dengan teliti dan perhati, dari sisi jalan yang pernah di lalui.
Syukurlah dengan ALLAH andai dia telah menuliskan hidupmu lancar tanpa banyak mehnah dan ujian, kerana dalam perjalanan ini, tidak sedikit yang keciciran.
Tidak sedikit yang hanyut, tidak sedikit yang dilambung ombak.
Dan tuhan tidak memilihmu kerana kamu istimewa, namun kerana tuhan memilih kamu, lantas kamu menjadi istimewa.
Biar erat bila mengendong, dan tangkas bila mengejar.
Enjin kereta punya bahagian-bahagian yang masing-masing saling menempatkan diri, berbeza, dari rupa dan fungsi.
Tapi tidak pernah berbalah, siapa yang paling penting dalam menggerakkan sebuah kereta.
Dari perbezaan tercerna toleransi. Yang besar, perlu pada yang kecil, yang kecil bersandar pada yang besar. Namun kedua-duanya saling perlu.
Manusia tidak semua begitu. Ada yang mahu jadi terpenting, riak dan takbur dengan kelebihannya.
Sedangkan sama saja yang kecil juga yang besar. Berbeza Cuma pada nilaian amal.
menempat diri pada posisi itu, satu skesyukuran, tanda akur pada sunnatullah, itukan bukti penyerahan, maksud ISLAM itu sendiri.
merasa cukup dengan yang sedikit, tidak sombong dengan kelebihan.
Ramai saja manusia, yang mudah hanyut tenggelam dalam lautan puji, tidak kurang yang jadi kuat dan ampuh dalam duga kejian.
Betul. Tidak bertambah dengan pujian, tidak berkurang dengan kejian.
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment