Bismillahirrahmanirrahim~
Semalam saya keluar menemani sahabat saya ke student health. Bibirnya bengkak dan ada ulser di mulut. Ketika menunggu di ruang legar klinik berkenaan. Tiba-tiba satu perasaan kurang senang menyelinap di hati saya. Tanpa saya sedari air mata saya mengalir.
Ketika sahabat saya datang kepada saya, dia menunjukkan senarai ubat yang perlu di beli. Kami mengatur langkah menuju ke Farmasi yang berhampiran. Kepala masih ligat berfikir punca kecelaruan hati yang tiba-tiba datang. Sepanjang perjalanan, sahabat saya banyak bercerita, tapi tiada apa yang mampu saya berikan sebagai jawapan.
Ya Allah, betapa ujianMu datang dalam semua bentuk yang kadang2 tidak di sangka2.
Ankabut:2
"adakah manusia menyangka mereka akan di biarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka belum di uji"
saya cepat-cepat bermuhasabah. Apa yang berlaku pada hari ini? teringat kisah pagi tadi ketika sedang bersembang dengan sahabat-sahabat.
pada saat itu. mungkin hati ini di uji lagi...
di uji dengan rasa gelisah, mungkin itu teguran dari Allah. ada khilaf yang tak di sedari..bukankah dosa itu, adalah "apa yang tergetar dalam hatimu".. Ya Allah.. hanya padamu kami memohon ampun di atas dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak kami sedari..
Astaghfirullah~
Sungguh, tak layak ke syurgaMu, tapi tak sanggup kenerakaMu.
pimpin langkahku tuhan~
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment