CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 14, 2012

Masih ada.



Allah,
seperti selalu,
rindu ini seperti membeku,
meniti detik-detik akhir bersama bulan cinta ini,
sayu lagi, enggan melepasnya pergi.

Allah,
cinta kami, memang bukan pada Ramadhan,
bahkan, kami tidak redha menjadi hamba kepada Ramadhan,
namun, di bulan ini, sungguh terasa,
redup cinta dan rahmatMu,
dan kami ingin sekali, kiranya setiap hari kami seperti Ramadhan,
bulan pengampunan, pesta pahala dan belenggu syaitan.

Allah,
tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan,
natijahkanlah kami taqwa dengan Ramadhan,
sungguh kami tahu, banyak yang belum dilaksanakan,
kasihanilah, dan perkenankanlah permintaan hati ini rabb,

kami tahu,
pasti ada noktah pada setiap masa,
kecuali pada qadimnya syurga,
dan detik disisimu,

semoga Ramadhan kali ini terbaik dari yang sebelumnya,

Allah..

sungguh, kami tidak mampu lagi menanggung hiba atas dosa ini,
leraikanlah ikatan nafsu dari jiwa kami,
kuatkanlah hati-hati kami,

perkenanlah permintaan kecil ini, Rabb. :')

Friday, August 10, 2012

mari memaksa diri!



Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..


sebenarnya, kita bukan memilih untuk bersusah payah sebab kita 'suka' bersusah payah,
tapi mengenangkan, 
selalunya di akhir satu usaha yang kuat dan pengorbanan yang perit akan datang kemanisan,
maka kita redha, jika kita harus bersusah sedikit,
dan semua itu adalah pilihan. Betul, kita yang memilih.

kita harus belajar,
untuk teruskan memberi,
walaupun hanya sedikit kita menerima,

kerana, kita memberi bukan untuk menerima,
tapi kita memberi kerana Allah,
dan menerima pun kerana Allah,
dan memberi dan menerima, dua-duanya di sandarkan pada Allah,
kerana itu,
the absence of one of them, shouldnt be an excuse to weigh us down.

kerana itu,
saya memilih untuk memberi apa yang saya ada,
walaupun sebenarnya, hanya itu yang saya ada,
walaupun saya tahu, ada orang lain yang punya lebih banyak dari saya,
atau mampu memberi lebih baik dari saya,
saya tidak peduli,

kerana masing-masing nanti Allah akan tanya,
apa yang telah kita lakukan dan infaqkan di jalanNya,
yang sanggup kita beri dan persembahkan hanya untuk mencari redhaNya,
maka saya mahu memberi,

memberi yang sedikit dari apa yang saya ada,
kerana hakikatnya,
apa yang di beri,
akan kembali menasihati.
insyaAllah,

ibadah, menguatkan jiwa. 
Allahu Allah..


*referring to a specific pemberian. Semoga Allah redha :')



Thursday, August 2, 2012

13 Ramadhan


dengan nama Allah, tuhanku yang maha pengasih dan penyayang :')

tulisan ini hanya gabungan beberapa kata,
yang dengan pilihan beberapa frasa, 
maka ia dengan rendah hati cuma mempersembah rasa,

tidak akan menjadi kuat,
orang yang hanya tahu berkata,

tapi fiziknya miskin amal,
dan hatinya kontang cinta pada Rabb,

kita sudah jadi orang yang sangat cepat mengeluh dengan takdir,
dan kita buta dengan hakikat,
bahawa walaupun kadang emosi kita berkarat,
ada insan yang lebih hidup melarat.

bulan sangat cantik malam ini. :')
ramadhan malam 13.

kita sudah penat berlari,
dan kita katakan, kita sudah jauh meniti duri,

tapi kenapa ukht,
hakikatnya, kaki kita masih berada di takuk ini,

mungkin ukht,
selama ini, kita cuma syok sendiri.

merasa sudah melakukan sebaiknya,
atau merasa bahawa, ya.. semua ini memang keranaNya,

tapi kita tertipu lagi,
tertipu dengan rasa.

ukht,
Allah tidak pernah meninggalkan,

kalaupun kita merasa jauh,
maka itu semuanya pilihan.

dan Allah,
pelindung bagi mereka yang berhijrah.


Wednesday, August 1, 2012

diam

Allah,

mana mungkin dalam hati boleh hadir dua cinta yang berlainan arah,
satu selatan, satu utara.

Allah,
aku mahu meninggalkan perasaan ini,
dan terus berlari kepadaMu,

ampunilah ya Allah,
dosa hati yang tidak setia,

kalaupun musim kuat dan lemah selang-seli,
aku tidak mahu peduli tentang rindu,

kerana aku mahu berasa cukup hanya denganMu,
kerana aku merasa tidak pantas,
untuk mencari cinta lain, sebelum harap dan takutku teguh buatMu,

Allah,
hadirkanlah kekuatan itu,

aduhai,
pemilik segala cinta,

cintailah aku,
dan cintakanlah aku padaMu.

:'(

the battle




ketepikan dulu rasa lemah,
dan biarkan rasa payah dan susah tanpa dijengah,

ramadhan ini,
saya mencari cinta pada Allah,

mahu mencari dengan bersungguh-sungguh,
dengan usaha dan azam yang kuat,

semoga setiap detik adalah zikir,
dan cinta ini akan terus mekar dan hadir,

Allah..

memang selama ini,
saya selalu lupa janji,

selalu terpanar dengan duniawi,
dan mudah hanyut dengan emosi,

biar ramadhan ini,
jadi ramadhan terbaik, dan ramadhan paling bermakna,

semoga Allah beri kekuatan dan semoga Allah redha.

:')

Saturday, July 14, 2012

sesuatu yang berbeza

Assalamualaikum,

terasa kosong sangat hari ini.
kosong dari dalam dan luar hati.

dari luarannya, mungkin kerana hari ini tak perlu memikirkan segala Lesson plan, reflection.
ya..walaupun, masih terbayang wajah2 anak murid yang comel dan sangat pandai ambik kesempatan.

semalam waktu sedih2 sebab murid2 super nakal dalam kelas,
sebelum pulang ke rumah, singgah kelas jap jenguk budak2 ni,

ada yang masih bertugas mengemas bilik darjah, semua still menunggu mak ayah,
kalau saya katakan pada diri,
saya mengajar mereka semua kerana Allah.
sepatutnya, saya tak boleh berhenti dengan mudah bukan?

lainnya perasaan ini, bes
perasaan seorang cikgu. *tears running*

bila dalam hati, kita sangat2 mengharapkan ada sesuatu yang anak2 ni dapat dari apa yang kita ajar,
tapi, dorang ni..mak aihhh.. mulut tak berhenti cakap dalam kelas, poking2 kawan, penat2 ticer tinggikan suara.

begitu juga di medan tarbiyyah,

sangat2 mengharapkan,
adik2 ini, satu masa.. bakal menjadi da'ie yang bangga dengan islam sebagai agamanya,
dan merasa izzah utk terus berkongsi apa yang di imaninya.

sebagaimana kita sendiri sedang bergelut melawan jahiliyyah,
sangat berharap adik2 pun terus kuat,

dan kita cuma melihat dari jauh, bagaimana mereka menghadapi hari2 mereka,
kerana kita, tak boleh bersama setiap masa pun.

sebab itu, dalam usrah.. kita selalu di ingatkan..
semua ini kerana Allah,

thats why, tak kisahla ada sesiapa or tak bersama kita,
kita akan terus berusaha.

wahai anak2 murid,
wahai adik2 mutarabbi,

I am trying my best, insyaAllah.
sayang antum semua kerana Allah.

Oh, kembali pasal kosong,
kosong luaran sebab,

sudah lama tidak menerima sentuhan murabbi,
sangat berbeza rasanya,

sekarang sudah jarang di dengari,
ucapan sayang kamu fillah utk diri ini,

tidak, tidak mengharap pun. cuma... terasa berbeza. *sebak lagi*

Allah.. :')

xpa la..terpaksa berhenti di sini.

nak g cari tisu.

Sunday, June 24, 2012

get up or give up!

Assalamualaikum,

hari ini, kembali menyedari dan mengingati.
bahawa menulis, bukan hobi saya. tidak pernah menjadi kesukaan atau kecintaan saya.
tapi menulis, ialah cabang dari dakwah saya,
maka saya perlu menulis.

tidak kisah saat lemah,
futur atau apa-apa.

kerana tarbiyyah ini mengajar saya,
untuk tidak jadi hamba pada perasaan.

tidak dikatakan beriman, kata Rasulullah,
sehingga hawa mengikut apa yang Rasul ajarkan.

dan hari ini saya kembali merenungi,
saya berada dijalan ini kerana kesedaran,
dan saya terus berada di sini, kerana pilihan.

tidak atas upaya saya,
tapi atas izin dan ketentuan Allah.

mana boleh lupa okeh!
ini cinta pertama saya,
anugerah terindah milik saya,
mana boleh cari ganti!

kalau mati pun,
biar mati di jalan ini,

dan sangat berharap,
selalu bertemu dan berada dalam golongan,
mereka yang sanggup berada di jalan ini,

saya tidak menulis dengan sombong, saya sedar, semua ini sungguh sukar.
tapi saya menulis dengan harap.

harap yang tinggi menggunung;

Rabb,
bantu hamba untuk tsabbat.


*airmata ini enggan keluar, dan hari ini makin sakit :'(*