Allah,
mana mungkin dalam hati boleh hadir dua cinta yang berlainan arah,
satu selatan, satu utara.
Allah,
aku mahu meninggalkan perasaan ini,
dan terus berlari kepadaMu,
ampunilah ya Allah,
dosa hati yang tidak setia,
kalaupun musim kuat dan lemah selang-seli,
aku tidak mahu peduli tentang rindu,
kerana aku mahu berasa cukup hanya denganMu,
kerana aku merasa tidak pantas,
untuk mencari cinta lain, sebelum harap dan takutku teguh buatMu,
Allah,
hadirkanlah kekuatan itu,
aduhai,
pemilik segala cinta,
cintailah aku,
dan cintakanlah aku padaMu.
:'(
Anak Pertama
1 year ago


No comments:
Post a Comment