CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 23, 2010

sebelum bermula~

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..:)

fasa pertama ramadhan sudah berlalu, kini masuk fasa kedua..

semoga smuanya baik2 saja..

bila ramadhan, jadi rindu dengan rumah.. Masyitah, adikku yg bongsu tidak dpat berpuasa penuh, mak kata, badannya sngt kurus dan selalu demam2.. semoga adik tabah!


karya seninya..haha




masyitah yg poyo~



why owez number 2? :)


mak kata, apik adik lelakiku sudah jadi makin kurus sejak tinggal asrama.. kenapa semua orang mengurus? kakak juga yang tidak mengurus-ngurus..huhu..~


ketika gemuknya..



rindu dan cinta pada mereka..


saat ini homesick bertamu lagi~

.....................................................................

teringat pada cerita hidup yang pendek ini, adakah sudah cukup makna yang ku beri pada hidupku.. "jangan ada sesal di akhirat kelak duhai diriku~"

"ataukah kamu mengira, kamu akan masuk syurga, padahal belum dtg kpdmu cubaan spt yg di alami oleh org2 terdahulu, mreka di timpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dengan berbagai cubaan, sehingga rasul dan org2 beriman bersamanya berkata "kapankah dtg pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (2:214)

ketika mentadabbur ayat ini, mereflect balik dalam diri, "adakah kau mengira kau akan masuk syurga padahal belum lagi di timpakan kesusahan untuk menguji tahap keimananmu..."

segala apa pun yang terjadi, harus didepani dengan ikhlas dan sabar..

susah atau senang,

payah atau sakit,

sibuk atau lapang,

gembira atau sedih,

kaya atau miskin,

harus mencuba..jadi hamba Allah yang baik!

insyaAllah..

tazkirah bagi diri, tazkiyyatun nafsi~

semoga Allah redha dengan hidup ini...

tuntun langkahku tuhan...

ameen..

Sunday, August 22, 2010

menulis lagi~

semakin payah.
tapi cuba untuk terus melangkah.
hanya kepada Allah di sandarkan segala pengharapan.
Allahlah sebaik-baik pemberi pertolongan.

titipan untukmu...

Bismillahirrahmanirrahim,

dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang..

ini titipan buatmu,

semoga Allah, memberimu kesembuhan untuk sakit yang kau alami,

semoga sakit yang di rasai, menjadi kifarah bagi dosa2, dan mengangkat hijab Qalbu antara dirimu dengan Allah..

wahai insan yang lembut hatinya,

semoga Allah selalu memberimu keteguhan dan ketabahan atas apa jua yang berlaku ke atas dirimu,

kau ku kenali sebagai seorang yg tabah dan cekal,

semoga Allah memberi ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak!

wahai insan yang mengajarku untuk mencintaiNYA..

smoga smngtmu terus teguh dan tidak futur dalam perjuangan membela agamaNYA..

sungguh..

"tarbiyah itu tidak boleh di pegang oleh orang yang main2"

dan katamu juga,

"manusia cuma akan percaya pada kebenaran apabila melihat pengorbanan"..

ya Allah..

sesungguhnya KAU tidak menguji hambaMU melainkan setimpal dengan kemampuannya,

semoga mehnah ini, menjadi mahar untuk melamar syurgaMU..


................................................

saat ini, sdg berusaha menyiapkan essay EDUC yg due besok, tapi, ingatan pada akhwat ini singgah di hati, ya Allah.. kuatkanlah..kuatkanlah..~


ukhti..uhibbuki fillah, abadan abaada~ insyaAllah!

Monday, August 16, 2010

Dengan nama Allah yang maha pengasih, lagi maha penyayang..

Assalamualaikum..

aduhai diriku,

cari kekuatan?

erm.. kekuatan itu, ada dalam dirimu sendiri,

tidak pada sahabatmu, tidak pada hartamu,

dan jika kau penat mencari kekuatan, dan tidak berjumpa,

mungkin kau sudah salah mencari,

kerana, bukankah Allah itu hampir,

untuk kuat, harus lawan apa yang ada dalam diri,

dan melawan diri ibarat mengisytiharkan peperangan dengan kehendak dan kebiasaan naluri,

Oh, bukan mudah,

betul, bukan mudah,

kiranya, hatimu masih terikat dengan dunia,

penuh dengan kehendak dan keingingan kepada kesementaraan,

berhentilah mengeluh,

berhenti hidup untuk dirimu,

kau tahu, hidup tak lama,

akhiratlah kehidupan yang abadi dan hakiki,

dunia ini hanya di tangan aduhai diri,

akhirat patut kau letak di hati,

rampas kembali takhta kerajaan diri yang selama ini direnggut oleh nafsu,

kembalikan pemerintahan pada hati,

tapi, harus bersihkan hati terlebih dahulu,

ya, bersihkan hati,

sekali lagi, tidak mudah..

tapi diriku,

aduhai diriku..

apakah yang lebih berharga dari redha Allah??

tidak ada!!

mari kita doa,

agar Allah membantu..

ya Allah, andai layarku rapuh, teguhkanlah,

andai semangatku pudar, pulihkanlah,

Engkau lah sebaik-baik tempat berharap dan memohon pertolongan..

siapalah aku di depan tuhanku.....


bukan siapa-siapa...


bukan siapa-siapa...


bukan siapa-siapa...


lantas, perlu terus mencari kekuatan,

kerana hanya TAQWA yang DIA pandang..


Ku, benar2 berharap,


agar ramadhan kali ini..

penuh makna..

penuh makna..

mengharap dengan amat...

Friday, August 13, 2010

buat ukhti Azi..:)

Dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang..

salam kak Azi.. dah dua minggu akak tak turun dunny, semalam bila kak Onai buat sharing, baru saya tersedar, saya rindu dengan akak.. rindu sgt3.. T_T

kak Azi,aritu tym mukhaiyam ustaz suruh buat surat untuk murabbi, tapi saya xbuat-buat lagi..huhu..apa la saya ni kan, ni nak buat ni..^_^v khusus untuk ukhti Aziemah Abd Rahman....


pertama, jazakillah khairan kathira..

semoga Allah membalas akak dengan ganjaran yg lebih baik, diberikan kekuatan, ketenangan kelapangan dan di mudahkan segala urusan..

kedua, uhibbuki fillah abadan abada..

akak selalu cakap kan, ukhuwah dalam Islam tu melangkaui hubungan darah, dan semua umat islam tu di ikat atas dasar akidah kan. smoga Allah satukan hati-hati kita untuk setia dalam ketaatn kepadaNYA.

ketiga, take gud care..

kak Azi, sila jaga diri baik2 k.. miss u so much..^-^


banyak benda sebenarnya nak cakap, tapi..tak terungkap, semoga Allah mempermudahkan segalanya bagi akak..insyaAllah ameen..



Thursday, August 12, 2010

diari ramadhan: day 2

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful..
peace be upon Muhammad the messenger, his companions and families..

Alhamdulillah, its the 2nd day of ramadhan!
I start off with a satisfactory ramyun which costs me 99 cents.
Alhamdulillah..

kak Cik knocked my door and ask me to pray jamaah, alhamdulillah..

I read several blogs, courtesy to:

- http://faridul.wordpress.com/2010/08/12/dakwah-pilihan-atau-kewajipan/
- http://saifulislam.com/?p=8429

and i learn something new, Alhamdulillah..

I woke up early and have time for myself, alhamdulillah..

I saw my housemates smile, and I smile back, Alhamdulillah..

I went downstairs, it was dark, but I did not fall down, alhamdulillah..

I have my friends wishing me "selamat bersahur", alhamdulillah..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

and most importantly, I found this..

Rabb, Pintaku jika dakwah adalah pilihan,
Maka biar hati ini memilihnya.
Jika dakwah adalah kecintaan,
Maka ikhlaskan kami merasakannya.
Jika dakwah adalah nada dalam hidup,
Maka izinkan kami memainkan iramanya.
Jika dakwah adalah badai kesulitan,
Maka kuatkan kami untuk bisa bertahan.[2]



alhamdulillah.. May death, remains alive, in the back of my heart..

Oo Allah, from YOU I seek refuge,
From YOU I ask for help..
Lead my way to YOUR path..

sungguh, tak layak ke syurgaMu,
tak sanggup kenerakaMu,
pimpin langkahku TUHAN..

Tuesday, August 10, 2010

Bertemu lagi, yang selalu dirindui..:)

dengan nama Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang..


ku panjatkan syukur pada Allah,
memberi aku kesempatan untuk singgah lagi di bulan ramadhan kali ini,
ku harap, ramadhan kali ini membawa seribu makna pada diriku, insan2 yang ku kasihi, dan insan2 yang mengasihiku,

Ya ALLAH, tidak ada kekuatan melainkan apa yang Engkau berikan,
bantulah ya Allah, hamba2 Mu ini,
untuk menghadapi ramadhan kali ini dengan penuh khusyuk, tawadhuk dan mengharap keredhaanMU semata,

titipkan lah kekuatan, kerinduan padaMu, dan keteguhan dalam agamaMu untuk hati- hati ini ya ALLAH..

wahai tuhanku,
bantulah kami membersihkan dosa dan noda dalam hati..

didiklah hati hati kami dengan cinta padaMU..
agar kami tidak mengarap dan meminta selain dariMu.


Ya Allah, andai ini ramadhan ku yang terakhir,
kumohon berkahMu, mohon maghfirahMu,
kerana hanya dengan rahmatMU sahajalah,
syurga dapat kami diami..

ya Allah,
teguhkan hati ini untuk terus beramal,
ilhamkanlah redha, ikhlas dan sabar..


sungguh,
tak layak ke syurgaMu
namun tak sanggup ke nerakaMu..
tuntun langkahku tuhan..

pegang hatiku erat2..

hanya padaMu, ku sandarkan pengharapan,
hanya padaMu, ku pohon keteguhan,

wahai tuhan yang memperkenankan segala pinta,
perkenankanlah ya Allah..

mengharap dengan amat......