CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 1, 2012

diam

Allah,

mana mungkin dalam hati boleh hadir dua cinta yang berlainan arah,
satu selatan, satu utara.

Allah,
aku mahu meninggalkan perasaan ini,
dan terus berlari kepadaMu,

ampunilah ya Allah,
dosa hati yang tidak setia,

kalaupun musim kuat dan lemah selang-seli,
aku tidak mahu peduli tentang rindu,

kerana aku mahu berasa cukup hanya denganMu,
kerana aku merasa tidak pantas,
untuk mencari cinta lain, sebelum harap dan takutku teguh buatMu,

Allah,
hadirkanlah kekuatan itu,

aduhai,
pemilik segala cinta,

cintailah aku,
dan cintakanlah aku padaMu.

:'(

the battle




ketepikan dulu rasa lemah,
dan biarkan rasa payah dan susah tanpa dijengah,

ramadhan ini,
saya mencari cinta pada Allah,

mahu mencari dengan bersungguh-sungguh,
dengan usaha dan azam yang kuat,

semoga setiap detik adalah zikir,
dan cinta ini akan terus mekar dan hadir,

Allah..

memang selama ini,
saya selalu lupa janji,

selalu terpanar dengan duniawi,
dan mudah hanyut dengan emosi,

biar ramadhan ini,
jadi ramadhan terbaik, dan ramadhan paling bermakna,

semoga Allah beri kekuatan dan semoga Allah redha.

:')

Saturday, July 14, 2012

sesuatu yang berbeza

Assalamualaikum,

terasa kosong sangat hari ini.
kosong dari dalam dan luar hati.

dari luarannya, mungkin kerana hari ini tak perlu memikirkan segala Lesson plan, reflection.
ya..walaupun, masih terbayang wajah2 anak murid yang comel dan sangat pandai ambik kesempatan.

semalam waktu sedih2 sebab murid2 super nakal dalam kelas,
sebelum pulang ke rumah, singgah kelas jap jenguk budak2 ni,

ada yang masih bertugas mengemas bilik darjah, semua still menunggu mak ayah,
kalau saya katakan pada diri,
saya mengajar mereka semua kerana Allah.
sepatutnya, saya tak boleh berhenti dengan mudah bukan?

lainnya perasaan ini, bes
perasaan seorang cikgu. *tears running*

bila dalam hati, kita sangat2 mengharapkan ada sesuatu yang anak2 ni dapat dari apa yang kita ajar,
tapi, dorang ni..mak aihhh.. mulut tak berhenti cakap dalam kelas, poking2 kawan, penat2 ticer tinggikan suara.

begitu juga di medan tarbiyyah,

sangat2 mengharapkan,
adik2 ini, satu masa.. bakal menjadi da'ie yang bangga dengan islam sebagai agamanya,
dan merasa izzah utk terus berkongsi apa yang di imaninya.

sebagaimana kita sendiri sedang bergelut melawan jahiliyyah,
sangat berharap adik2 pun terus kuat,

dan kita cuma melihat dari jauh, bagaimana mereka menghadapi hari2 mereka,
kerana kita, tak boleh bersama setiap masa pun.

sebab itu, dalam usrah.. kita selalu di ingatkan..
semua ini kerana Allah,

thats why, tak kisahla ada sesiapa or tak bersama kita,
kita akan terus berusaha.

wahai anak2 murid,
wahai adik2 mutarabbi,

I am trying my best, insyaAllah.
sayang antum semua kerana Allah.

Oh, kembali pasal kosong,
kosong luaran sebab,

sudah lama tidak menerima sentuhan murabbi,
sangat berbeza rasanya,

sekarang sudah jarang di dengari,
ucapan sayang kamu fillah utk diri ini,

tidak, tidak mengharap pun. cuma... terasa berbeza. *sebak lagi*

Allah.. :')

xpa la..terpaksa berhenti di sini.

nak g cari tisu.

Sunday, June 24, 2012

get up or give up!

Assalamualaikum,

hari ini, kembali menyedari dan mengingati.
bahawa menulis, bukan hobi saya. tidak pernah menjadi kesukaan atau kecintaan saya.
tapi menulis, ialah cabang dari dakwah saya,
maka saya perlu menulis.

tidak kisah saat lemah,
futur atau apa-apa.

kerana tarbiyyah ini mengajar saya,
untuk tidak jadi hamba pada perasaan.

tidak dikatakan beriman, kata Rasulullah,
sehingga hawa mengikut apa yang Rasul ajarkan.

dan hari ini saya kembali merenungi,
saya berada dijalan ini kerana kesedaran,
dan saya terus berada di sini, kerana pilihan.

tidak atas upaya saya,
tapi atas izin dan ketentuan Allah.

mana boleh lupa okeh!
ini cinta pertama saya,
anugerah terindah milik saya,
mana boleh cari ganti!

kalau mati pun,
biar mati di jalan ini,

dan sangat berharap,
selalu bertemu dan berada dalam golongan,
mereka yang sanggup berada di jalan ini,

saya tidak menulis dengan sombong, saya sedar, semua ini sungguh sukar.
tapi saya menulis dengan harap.

harap yang tinggi menggunung;

Rabb,
bantu hamba untuk tsabbat.


*airmata ini enggan keluar, dan hari ini makin sakit :'(*

Monday, February 27, 2012

akhawat celup.

Bismillahirrahmanirrahim :)

salam rindu :')

ini satu perkongsian untuk akhwat Dunny & Christchurch yang di rindui.
ana sangat2 merindui antunna, ana mohon doa dan semangat dari bumi tarbiyyah itu, 
untuk kami meneruskan hari2 di "zone islam selesa" ini..

bagaimana pun keadaaannya waqi' kami sekarang,
di sini lah DIA telah mencampakkan kami, dan kami pasti,
tidak ada yang lebih baik dari ini.

bagaimana tidak? sedang antunna tahu, ana juga tahu..
bahawa ketidaksukaan kita pada takdir, hanya bagian dari ketidaktahuan kita pada hakikat.

Saat ini, ana merasa, ana telah di pinjamkan sedikit perasaan rindu yang dalam oleh Allah, rindu pada akhwat yang ana cintai hanya keranaNya, rindu pada saat2 mula ana menerima "anugerah terindah" ini..

ana sudah redha dengan perpisahan kita, kerana ana sedar, kita bekerja di lapangan masing2 bukan?

tidak kira di mana kita berpijak, di situlah dakwah ini kita junjung! 

segalanya sangat berbeza di sini, sangat berbeza..tapi ana tahu, inilah DnT reality yang kita debat2 kan itu. Tapi, tidak seharusnya sesuatu yang berbeza itu menjadikan kita lemah longlai kan? langkah harus terus maju, siapa yang bermalas-malasan, maka dia akan di tinggalkan!

 
ana tahu, "akhwat celup" mungkin punya connotation negative untuk antunna.. the word "celup" sounds so fake, isnt it?

but, for the sake of some terminology, ana rasa itulah diri ana sekarang: ana telah mencelup diri ana dengan celupan tarbiyyah, tapi ana belum setelkan banyak benda dalam diri ana.

ana sangat sedih, tapi ana ok, iA! ana sedang berusaha..

Allah menuntut jihad kita yang paling maksima bukan?

cumanya, ana sangat menghrapkan doa2 antunna, wahai sahabiah solehah.. :')

ana tidak mahu terus-terusan menjadi celupan tarbiyyah ini, tapi ana mahu menjadi akhwat iceberg..
erkk..makin banyak plak term pelik kat cni kan? tapi takpa..self explanatory.

 
ana mahu menitipkan satu kalimah cintaNya, untuk renungan dan tanda ingatan pada antunna. :)


 “Dan Dialah yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,
niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)

ukhuwwah, cuma akibat dari iman. Allahu Allah.. :')
dan ana merindui kehangatan ukhuwwah itu.. :')

salaam,
Dar

Wednesday, February 8, 2012

bila saya tidak menulis :')

assalamualaikum,

tiada kata indah hari ini, tiada madah tarbiyyah hari ini,
hanya sedikit luahan hati, emo?

bila saya tidak menulis,
itu tanda nya, saya sedang melemah,

saya sudah tidak mengatur masa untuk berfikir dan bertadabbur,
dan ini sangat serius. sangat. sangat.

bila saya tidak menulis,
itu juga tandanya, saya rasa saya perlu membuat refleksi,

tentang tulisan-tulisan saya,
dan ia kembali menasihati, apa yang saya mungkin semakin lupakan,

hakikatnya kita memang pelupa kan? mungkin cuma saya.

bila saya tidak menulis,
mungkin saya sudah hilang.

hilang dalam gelap.

mungkin?

jika satu hari nanti, saya memang sudah tidak menulis,

saya memohon doa kalian, wahai orang-orang yang saleh..

supaya Allah memberi saya hati yang baru.


...

Friday, December 23, 2011

nota sisi. ;)

Assalamualaikum,

bismillahirrahmanirrahim ;)
it has been a great year. wasn't it?

how can it not be?
when after all these while,
Allah is still choosing me, regardless of my fallibility and sins,
to stay on this path.

the path of the prophet and the salihin,


It is a really big deal. to persevere.
and I really hope, this ni'mah will last. iA


It really has been a great year, isnt it?

how can it not be?

despite all the troubles and difficulties in the family,

Allah still holds our heart together.

yes. together.
it really is a big deal. you see?

I joked during mak and bapa anniversery,
I told them,

although bapa is a qadi and he utters
"aku nikahkan dikau.." several times in a month,

he never say
"aku terima nikahnya.."
ever. again. after he vows that to mum.

*chuckle*

and bapa has been very patience.
while mak has been very understanding.

jazakumullahi khayran ya abi wa ummi,
for the love.

It really has been a great year isn't it?
how can it not be?

I mean, Allah has given us a lot. a lot.

the best way to show syukr is, to do good deeds.
which I have not done enough.

just yet.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

~hakikatnya, saya tidak tahu,
bagaimana saya akan terus terseret dalam tarbiyyah ini,
yang saya tahu,
saya mahu syahid di jalan ini.
sungguh, insyaAllah!