| kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai |
dengan nama Allah,
yang mencipta rasa takut,
semoga takut kita manis pada taqwa,
dan tidak terkongkong dengan harap pada manusia,
kita akan banyak belajar dari rasa takut,
apa lagi bila kita ditolak ke sisi paling rendah ketakutan,
saat harta dan apa yang kita rasa kita miliki,
tidak dapat sedikitpun menjamin hilangnya ketakutan itu.
dan kita terbina,
cuma apabila kita menghadapi rasa takut itu,
bukan lari darinya.
penawar ketakutan pada cerita hidup,
ialah yakin, sangka baik dan harap,
bahawa selagi kita percaya pada Allah,
dan keagungan takdirNya,
maka tidak ada ketakutan bagi kita.
kita merancang dengan cita,
Dia merancang dengan cinta,
acap kali juga kita merancang dengan cinta,
Dia pula merancang dengan cinta yang lebih besar,
oleh itu,
tidak ada yang dirugikan,
cuma keuntungan dan bahagia mungkin dilewatkan,
atau diganti dengan apa yang tidak disangkakan.
p/s: it was never meant to be.


2 comments:
takut hanya pada Maha Pencipta.. yakinlah segala apa jua kurniaan-Nya buat kita, bersangka baik. Aturan Allah adalah yang terbaik. kte hnya mampu merancang...
betul, I learn the hard way about that. :) jzkk for reminder dear.
Post a Comment