CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 6, 2011

nota hati

dengan nama ALLAH,
yang maha pengasih, lagi maha penyayang.

Alhamdulillah..Allah masih belum mengizinkan sebuah kesihatan.kaki masih sakit. dan solat pun still dalam keadaan duduk.

tapi tidak mengapa, asalkan orang-orang yang saya sayangi sihat dan bahagia, itu sudah cukup untuk saya merasakan "sihat"! ;)


ada hikmah yang besar dalam setiap rasa sakit, kan? semoga ia menjadi penghapus dosa, dan mendekatkan lagi kita dengan ALLAH.

Allah akan menuntut segala apa yang kita cintai dari kita,
bukan kerana dia nak susahkan kita,
tapi Dia nak, hanya Dia seorang saja yang kita sayang dengan sebenar-benarnya,
hanya Dia seorang yang kita sandarkan harapan sepenuhnya.

dan kiranya Tuhan, nikmat kesihatan ini..sangat aku cintai selama ini,
bantu aku untuk redha ia di angkat seketika.



ajari aku untuk ikhlas Rabb,
supaya aku tahu,

aku tidak ada, tanpa izinMu,
dan semestinya hidup ini hadaf padaMu.

bukan hati, tidak mahu menuju padaMu Allah,
tapi jalan2 yang harus di tempuh itu,
payah dan susah.

Rabb,

izinkan aku,
untuk cinta padaMu,
dekat denganMu,
dan rindu hanya padaMu.

damaikanlah hati ku, dengan segala ketentuanMu Rabb.

I know this path is long, My Lord..make me strong.



~ya lathif..ya lathif..ya lathif..~

No comments: